bagi penumbuk baru tau!!!!!!! |
Eeemmmm... Lagi mesyuarat di Kg Parit Karang Laut untuk Program terakhir pada tahun 2012 yang akan diadakan pada 30/12/2012 di tempat yang sama, dan seperti biasa juga aku pergi naik motor jer.
Tak kisah la tu yang penting peranan tugas aku/penerangan :
1. Tempat Backdroup
2. Buku Aturcara
3. Surat Jemput Perasmi
4. Surat jemput wakil setiap K1M
5. Menyelaras dan MC untuk majlis itu....
Itu yang penting, tetapi di sebalik cerita dan tugas yang biasa di hadap di Daerah sepanjang bertugas, yang tak boleh tahan adalah sikap manusia.
Sikap yang macam mane???? Orang tua yang gatal ler..... Aduhhhhh!!!! pening kepala aku nak layan. nak kurang ajar, dia orang tua, ketua kampung pulak tu. Tak boleh ke jaga attitut tu, supaya orang hormat sikit khususnya orang muda macam aku, da la tua, aku ni boleh jadi menantu dia ke apa??, gatai semacam, menakutkan aku jer.
Tak cukup dia duk asyik nak mencuit2, lukis pulak gambar2 agak lucah, MasyakAllah, siap singsing kain paras lutut lagi, aku da le duduk sebelah dia, menakutkan aku jer... apa kene la kan.... agak2 le.... Berani dia cakap, "engkau nak aku tak" eeee....... tak selera mak nyah!!!!! boleh pulak dia cakap "ko tak nak aku jumpa sakai" mak aiiii!!!! pulak gitu.... dalam hati aku ni cakap "tak sedo diri betul org tua ni", walaupun aku senyum jer....
Sambil mesyuarat sempat jugak aku berbalas msj dengan member saiber hahahhaaa... dia suruh cakap kat orang tua tu " rumah kata pergi, kubur kata mari" hahahahahaaa.... gelak je la yang aku mampu, tak tergamak nak cakap macam tu, buat dia jumpa sakai betul2 karang mati aku......
Sebenarnya ini adalah salah 1 faktor aku da tak minat nak kerja di daerah, berhadapan dengan macam2 orang tak boleh buat perangai semacam, nanti susah nak dapat kerja sama, tapi bila bila baik macam2 pulak pe'elnya.... Aku pulak tak suka belakon, tak suka memang aku tunjuk reaksi tak suka.... cuma bernasib baik, molot tak celupar, walau ringgan je nak cakap... tapi biarlah tinggalkan nama yang baik. Mudah-mudahan orang ingat.
Macam2 la karenah org ni..kalau saya pun geli bila ada org miang dan gatal tak bertempat ni. Bukan semua org suka dgn telatah org miang ni.
BalasPadamdalam kerja kita ni banyak dugaan misah, lagi ramai org kita jumpa makin banyak kerenah manusia yg kita tahu..... pening kadang2 org mcm ni, kalau sebaya dengan saya memang kene kutuk....
Padam