Selasa, 18 Disember 2012

Alhamdulillah

Hanya ungkapan Alhamdulillah yang mampu aku lafazkan.

Seperti biasa kakitangan kerajaan dah gaji semalam, terkejut tengok dah keluarkan duit tapi bakinya, amboooiiii!!!! masih banyak lagi Alhamdulillah, terfikir juga duit apa ek!!! sebab setahu aku gaji kene potong RM400++ untuk bayar COLA yang terlebih bayar RM100 setiap bulan, dan selama 2 tahun 1 bulan hahahahahaaaa sedih kene bayar RM2500... tetapi potong gaji selama 6 bulan mula bulan 12, Rungsing juga kepala dibuatnya. 


Bila semak slip gaji, makkk aiii!!!! lagi terkejut aku, kalau tak de potongan COLA tu tambah RM20++ gaji nak sampai 4K, Alhamdulillah, kalau orang lain dapat gaji dan bonus aku dapat alaun tanggung kerja sepanjang bos menunaikan haji, Ya Allah Alhamdulillah. tapi dah tolak COLA jadi sikit, tapi masih banyak la kalau pada aku. 

Duit itu memang banyak tapi banyak juga salurannya, untuk menampung pelbagai kos, terutamanya apa yang telah dirancang seperti keperluan sekolah Asyraaf, duit buku  untuk sekolah agama dan sekolah kebangsaan, sewa rumah, bagi mak, duit ngaji anak, duit upah ank buah ajar Asyraaf, servis motor, urusan di Amanah Raya Berhad yang tertangguh, duit Al-Quran Digital, bayaran sewa lori, diposit rumah untuk berpindah, MasyakAllah dugaan datang lagi di saat anak nak sekolah aku pulak nak kene pindah yang tak tahu kemana hala tuju untuk berpindah, terpaksa berjimat cermat.



Dalam hati niat ada untuk buat kenduri, tapi wang sangat diperlukan ketika ini. Niat hati nak beli kereta tahun ni pun tak kesampaian, nak buat macam mane, duit dah simpan asyik keluar masuk digunakan atas urusan kerja, eeemmm InsyakAllah tahun depan tengok macam mane, harap2 dapat jadi nyata, senang nak balik kampung nanti. 

Masalahnya aku ni lesen je dah bertahun ada, tapi memandu masa belajar jer hehehehe.... lepas tu tak de dah nak bawak kereta, nak buat macam mane kereta orang punya, aku nak bawak tak kasi, akur je la.... dan akibatnya sampai sekarang yang belajar dah lupa semuanya. Tak pe la semuanya dah berlalu, aku usaha untuk kumpul harta sendiri tanpa mengharap dan bergantung kepada sesiapa itu lebih baik. Bukannya boleh diharap pada pagar, pagar pun makan padi ... hehehheeee..

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah Idah..segala kesusahan IDah terbayar dgn apa yg Idah dapat skrg. Sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui segala2nya drp org lain yg hanya tahu menjaja cerita kita. Semoga Idah terus cemerlang dlm kerjaya.

    BalasPadam

SESEDAP RASA