Khamis, 6 Disember 2012

Dia Pun Nak Jugak!!!!!

jalan2 di Muar untuk mengisi masa bersama waktu cuti......

Semalam balik dari JB, anak aku ajak ke kedai, hai!!! tiba2 je kan. aku tanya nak beli apa... nak beli baju sekolah katanya.... Allahhuakbar!!!! dia ingat pulak, macam2 la ank aku ni, tak pergi pun malas nak layan, suruh tunggu esok jer. Balik duduk rehar sekejap, tengok tv, asyraff dekat amboi dia nak sayang (cium) pulak!!!  sana, sini  situ dia cuim, dia kata "ibu ni wanggi sangat" hahahaha ye ke baru balik JB peluh sana sini wangi ke!!! kejap lagi dia p kat sofa, lepas tu, datang balik kat aku, amboi wanginya dia!!!!!..... sah dia kerjakan perfium aku. 

Ini yang mengingatkan aku, pada 1 malam seperti biasa aktiviti menonton tv lepas selesai makan dan kemas dapur, aku suka tengok drama bersiri ni, ada pulak sepupu cakap aku ada rupa heroin drama tu hehehe..... bukan perasan, orang yang cakap... cewah!!!! aku apa lagi tanya le asyraaf bukan apa kan org ada kata, budak ni dia tak pandai bohong, aku tanya "ibu macam artis tu tak (heroin)"???? dia tengok aku, dia tengok tv artis tu le beberapa kali  lambat dia nak cakap. sekali dia jawab, memang tak menjawab soalan betul lah.... dia tanya aku balik "yap macam artis tu tak (hero) ibu?????" alamak!!!!! dia pun nak jugak!!!! melekek2 aku ketawa.... betuah betul anak aku.... ada-ada je yang melucukan hati. Dia lah racun dia lah madu dalam hidup aku sebagai penyeri dan teman untuk aku ketika ini.



2 ulasan:

  1. Kdg2 bila anak buat kelakar terus hilang rasa penat lelah kita waktu kerja. kadang tu bila kita nak marah sbb dia lasak, pandai pulak anak ni ambik hati kita..tu la namanya anak Permata Hati buat seorg Ibu.

    BalasPadam

SESEDAP RASA