Aku ingatkan tahun 2013 ni aku dah berpindah ke tempat lain, tapi dengar2 selepas PRU, aduh!!!! pening juga kepala nak hadap PRU ni, mlm2 ada ceramah pembangkang lagi. Hati aku dah tak de di sini lagi da ni, macam2 cara aku memujuk hati untuk tugguuuuu lagi. Perasaan macam ni la buat aku rasa macam nak "mufarakah" seperti kata pengarah. Tapi saboooo je la...
Macam semalam, Mesyuarat Maulidur Rasul, tiba2 pulak D.O. suruh duduk kat meja bersama dia dan ketua2 jabatan yang lain, masih membincangkan mengenai P.A. sistem, nak seperti semasa Kembara Mahkota Johor di Kesang, memang gah!!! bantuan daripada N9. Aku cakap je nanti bincang dengan bos cuba usahakan. Aku dah tak tahan, sepatutnya JAV yang boleh pergi untuk menerangkan apa yang ada di Daerah ni, kalau aku, mana le aku tahu. Aku dah tak larat nak jawab dan jadi orang tengah, sebab bila tak berjaya aku dipersalahkan, tak adil pada aku, tugas aku tukang cakap jer, cukup le aku bentang laporan untuk mesyuarat keselamatan daerah, semua ni kene ada jawapan jika ada persoalan, jawab di hadapan ketua2 jabatan pulak tu, entah2 aku sorang je S17 dalam meeting tu, terasa malu, walaupun aku dikenali hampir semua ketua jabatan.
Niat dan Azam aku tahun ni nak bekerja bersungguh2, dan nak buktikan pada ketua aku yang baru bahawa aku seorang yang boleh buat kerja. Tapi aku masih disini, terasa sedikit kecewa.
Aku tahu ada orang mempertikaikan bagaimana aku boleh dapat jawatan baru ni. Jawapan aku mudah je, panel lebih arif menilai dan membuat keputusan, jika aku tak layak jangan kata dapat, calon menunggu pun tak dapat jugak. Walaupun aku kurang di mata seseorang tapi masih banyak mata-mata yang lebih adil untuk menilai, jangan kerana 1 faktor menyebab aku tidak layak sedangkan tugas di Daerah terlalu banyak dan pelbagai, aku sedaya upaya laksanakan tugas yang diarahkan.
Tanya la pada setiap pengerusi K1M, bagai mana aku di mata mereka, tanya la tentang aku dengan ketua-ketua jabatan dan tanyalah pada anggota Pejabat Daerah dan Pejabat tanah bagaimana komitmen yang aku berikan kepada mereka. Aku akan pastikan mereka akan rasa kehilangan apabila tiaa aku, kerana bukan semua orang seperti aku, yang sentiasa akur dan tenang menghadapi apa jua tugas yang diarahkan. Hubungan aku dengan anggota pejabat daerah pun sangat baik, dan macam pejabat kedua aku, mana tidaknya asyik bermesyuarat je..
Mungkin aku lemah dalam penyediaan laporan, tapi bukan bererti gagal 100%, ada juga yang aku buat, mengikut masa, tetapi dalam melaksanakan aktiviti, di mana2 pun akan ada aktiviti, bagai mana menguruskan aktiviti, persediaan mengadakan aktiviti, dari persiapan mesyuarat dan perlaksaaan aktiviti, aku cukup yakin aku boleh, kerana aku belajar dari menghadiri mesyuarat yang pelbagai dan bagaimana pengurusan sebuah majlis itu, kerana aku terlibat secara langsung dalam mengacarakan majlis, perlu ke laporan itu semua yang rata2 banyak yang palsu.
Dalam istilah kerja di zaman milinium ni, bodek membodek adalah kerja lapuk, sekarang banyak perkara perlu tahu antaranya ICT, kalau dulu sebelum bekerja di jabatan sekarang aku memang akui, aku manusia yang jahil. Tetapi kini aku sebaris dengan sahabat yang lain, yang mana rata2 mereka berpendidikan lebih tinggi daripada aku. Kalau di sebut web sosial, bukan setakat FB dan twitter sahaja, ada lagi yang lain, blog dan selain email yang bukan jabatan punya sahaja.