BAHANNYA :
1. ½ kilo
tulang
2. 2 bii
bawang putih
3. 7 biji
bawang merah ( 2 biji untuk digoreng)
4. 5 inci
halia ( 2 inci untuk merebus )
5. 2 biji
kentang
6. 1 tangkai
daun bawang - dihiris
7. 1 tangkai
daun saderi - dihiris
8. 1 bungkus
rempah sup tulang adabi
9. Rempah
penumis
10. Air
secukupnya
11. Garam
dan gula secukupnya
CARANYA :
Daging direbus terlebih dahulu dengan 2 inci halia yang
telah dititik dan garam, bila mendidih masukkan bungkusan sup tulang adabi dan
kentang yang telah dipotong 4. Bawang merah 2 biji dipotong bulat dan digoreng
kemudian diketepikan. Bahan 2-4 dikisar terlebih dahulu kemudian digoreng
dengan rempah penumis dan dimasukkan ke dalam daging yang direbus kemudian
biarkan beberapa ketika. Apabila sup sudah masak, masukkan daun bawang dan daun
saderi. Masukkan sup kedalam mangkuk taburkan bawang goreng, daun saderi dan
daun bawang dah pun siap.
P/S : Nak lagi sedap buat sambal kicap atau sup diperahkan
dengan air limau, sedap. Cuba dulu baru tahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan