Sabtu, 4 Disember 2021

Si Moon Yang Hilang


 

Tak dinafikan, inilah antara kucing kesayangan aku, bukan kerana oyen yang sentiasa menjadi bualan ramai, seperti kereta myvi yang digelar king in the rood. Tapi kerana lamaaaaa sangat menanti si kembang ni. Masa kecik-kecik dulu kucing macam ni hanya dimiliki oleh orang yang berkemampuan je.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal kembangnya bulu moon. Kisahnya bila aku nak ke JB, pada hari yang sama aku mohon maintenance repair beberapa kesosakkan dirumah. biasanya mereka akan buka pintu, sebab ramai lelaki. 

Dalam mereka betulkan apa yang patut, si moon ni dengan melenggang kangkungnya dia keluar rumah, mujur aku perasan. Siap semua aku pun berkemas nak gerak ke JB, terperasan si moon tak ada dalam rumah. Puas la mencari di bilik aku perit-jerit panggil nama dia, kot-kot dia melepak kat balkoni jiran sebelah, eh! tak de respon pun. Aku turun parking G & B panggil mati kutu nak cari sebab tak tau dia ke mana. Aku dengan nak mengejar masa nak ambil kunci bilik sewa lagi. Sudahnya aku tawakal tinggalkan je. kot ada sesiapa jumpa mesti post dalam group blok A @ komuniti. Tak pun kalau ada yang berkenan nak ambil, aku bagi je.

Tapi sepanjang aku di JB senyap je group tak de pos apa-apa pasal kucing. Aku pun tak de pulak nak tanya-tanya. Hari Khamis, cukup je waktu kerja aku pun cabut balik Putrajaya. Sesampai Putrajaya, park car dan ambil semua barang. Saje aku jerit panggil "Mmooonnnnn...." Eh!!!! menyahutttt...... hwaaa...... aku ke B tak de, level G timbul tenggelam pulak suara dia. 

Sudahnya aku nak masuk rumah kot dia kat balkoni. terkejut sekejap, jiran sebelah ada depan pintu. rupanya dia pun mencari kucing aku huhuhu. Panjang pulak cerita. Katanya dia nampak kucing aku kat balkoni, menangis berhari-hari katanya. kelako pulak aku dengo. Lepas tu, melulu aku masuk bilik, bukak balkoni, huuuu..... Alhamdulillah. Moon masih ada haha.... Amboi bising pulak molot. Memang berubah la sikap dia. nampak lebih agresif dan bising. Kalau tak peel tu, macam hidup didalam dunia sendiri. Ni kemain manja lagi. nak dekat dengan kita, panggil pun nak datang. Alhamdulillah, seronok moon da ada. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA