Rentetan dari posting sebelum ni. Eeemm... lelaki datang dan pergi dalam perjalanan hidup aku sebagai persingahan adalah perkara biasa. Malah biasa juga orang yang pernah kenal menyepi dan menyapa kembali, sekali, dua kali, entah la keberapa kali. Kadang kala ada antara mereka ni seperti tak faham, bila mesej yang tak berbalas, bererti orang tak berminat. Tetapi mereka masih nak menyapa. Maka terima la hakikat, nak rasa sakit hati atau apa pun. Faham 1 je, bila mesej berbalas bererti orang suka tak berbalas bererti orang tak suka. Move on dan cari la lain... perempuan terlalu ramai melebihi lelaki, pilih la mana yang berkenan.
Begitu juga dengan seorang lelaki ni, entah la! beberapa hari sebelumnya memang aku ada teringatkan dia. Terkejut dan tak sangka, dia menyapa lagi. Itu la tu, aku pun tak pasti yang keberapa kali. Eeemmm... yaaa kalau lelaki seperti dia yang mesej, aku suka hahaha jejaka idaman kalbu. Memang ada sesetengah lelaki yang aku kenal aku admire, tapi tak terus terang sebab segan dan tak kenal lebih rapat dan tak pernah jumpa, eemmm tak pelik kalau aku berkawan tapi tak jumpa, yang janji ditepati je betul-betul aku jumpa. Yang mana kata nak jumpa tapi sekadar kata-kata aku pun tak paksa.
Ok berbalik cerita pasal dia, sebab aku suka dia, yaaaa.... dia kurus tinggi, siapa pun yang macam tu memang taste aku, lelaki kurus. Dia kerja sendiri, dia menager Dunkin' Donuts outlet di sebuah Mall di Selangor. So kerja dia masuk ikut suka dia asalkan cukup jam bekerja. Itu juga buat aku suka, sebabnya Asyraaf pun punya minat yang sama, minat berniaga. Asyraaf pun berminat dengan dia juga kerana minat berniaga.
Dia sama je macam sebelum ni.... dengan niat yang sama kalau mesej, malas nak berkias lah!! niatnya ajak nikah la. Ya! setiap hubungan yang serius kan memang mengimpikan hubungan yang halal. itu aku! orang lain tak pasti la. Cuma dia ni, setiap kali mesej sentiasa memberi harapan, apa yang dia kata buat aku rasa berharga @ maybe lain dari perempuan yang lain, sebab aku memang simple. Aku juga suka lelaki yang ada niat dengan hubungan yang halal, memang aku respect, tak semua lelaki macam tu. Tetapi apa yang aku tak faham, nampak beriya-iya tapi tetap tak ada apa-apa. Macam masak air. Beriya-iya masa panas, bila da sejuk senyap.
Cuma sapaan kali ini buat aku terkejut, dia sudah pun berkahwin, lebih memelikkan lagi nak kawin lagi. Alkisahnya dia ni duda tak de anak, 8 tahun muda dari aku, so memang la jauh bezanya, wife dia pun muda dari aku. Bila dah tahu status sebenar dia memang tak akan aku terima dia la bila da jadi suami orang. Ramai kot suami orang yang nak kat aku, beberapa bulan lepas pun ada kontraktor hubungi aku dengan niat yang sama. Bila mengaku suami orang je, aku terus reject. Allahu.... harap-harap tak sangkut la dengan laki orang. Aku cuba, cuba untuk mengelak, selago boleh elak aku elak. Cuma aku tak pasti dimasa akan datang macam mana. Aku takut kalau ini la ujian buat aku.
Dia ni walaupun tak pernah jumpa, kami pernah friend di FB, so masing-masing hanya kenal dan tengok gambar di FB. secara tak langsung dia tahu lifestyle aku dan aku pun stalked FB dia. Jadi aku tau la dia bekas pelajar tahfiz, pernah juga beborak bila azan terus solat, so tau la selalu solat awal waktu. Mana nak pilih aku kaannnn...., yang berbaju pun ikut cutting, suka menyanyi lagi. Mungkin kerana itu aku bukan pilihan dia. Yeeee.... aku memang bukan wanita muslimah. Aku pun tak mengimpikan lelaki alim, memadai sama-sama niat berubah ke arah yang lebih baik, dan menjaga hubungan sebagai pasangan. Tetapi sebelum nikah semestinya tau batas hubungan dan tak ada niat serong.
Nahh... sekarang dia mengakui kesal tak pilih aku. hemmmm.... dan aku juga dipersalahkan kerana tidak diberi peluang katanya. Aku juga yang bersalah, walaupun dia sendiri yang buat pilihan. Tak kira lelaki atau perempuan semua nakkan pasangan yang memenuhi citarasa kita, setiap orang ada taste yang tersendiri. Namun esiapa pun kita, tak perlu memandang rendah pada orang lain, andai kita rasa kita lebih baik atau lebih bagus kerana manusia tidak dapat dinilai seperti benda yang berjenama di anggap berkualiti begitu juga sebaliknya. Kerana manusia sentiasa berpelung untuk berubah kearah yang lebih baik. Maka aku tutup buku kisah aku dan dia.
,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan