Selasa, 30 November 2021

Bertukar ke JB


Alhamdulillah, akhirnya aku buat keputusan untuk pindah ke negeri kelahiran. Perpindahan ini bukan kerelaan hati sepenuhnya. Puas berfikir berbulan-bulan lamanya kerana aku dapat tahu dah lama, cuma surat rasminya sahaja tak terima.

Jujurnya aku katakan aku memang tak nak ke Johor dan aku sedikit kecewa bilamana mesej kepada bos dengan harapan boleh mencadangkan nama aku di KKMM atau KL dapat disuarakan, namun tidak dibalas. Nah!! ke Johor Bahru aku tercampak, kerana tempat yang aku inginkan diisi satu persatu terlebih dahulu.

Memang berlaku ketidak adilan disitu, ada yang kekal ditempat yang sama bertahun-tahun kemudian naik pangkat pun ditempat sama, hanya menggunakan surat dari SUB, sehingga sekarang aku masih tidak berpuas hati, mana tidaknya mereka bukan orang S tapi diserapkan ke S. Sedangkan orang-orang S khususnya yang bekerja dibanyak tempat banyak pengalaman, setakat dia yang tahu guna system di tempatnya, maka dia dikekalkan, tak ada manusia yang  tak tahu dan tak boleh belajar.

Mereka semua tak fikir, tak de perasaan simpati terhadap staff sendiri yang terpaksa berpindah randah malah jauh pulak jaraknya. Rata-rata mereka yang terima kenaikan gred ini hanya rentas 1 negeri sahaja, contohnya dari Melaka ke Negeri Sembilan, dari Selangor ke Kuala Lumpur, Perak ke Kedah, sedangkan aku dari Putrajaya merentasi Selangor, Negeri Sembilan Melaka baru sampai Johor, tapi tak sampai JB lagi, rentas pulak daerah1 dari Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai baru sampai JB. Mereka berpindah bawa badan je ada juga yang berulang. Sedangkan aku dengan pelbagai urusan, perlu keluar rumah, pindah sekolah anak, pindah pulak ikut bapak dia.  Aku pindah dari sebuah rumah menyewa bilik berdua pulak tu sebilik. Walaupun aku single, tapi segala kos dan tenaga aku tanggung seorang diri.

Sekarang masih belum selesai lagi perpindahan kerana aku masih menunggu kuarters di JB. Untuk berpindah juga tak boleh dalam masa terdekat, sepelas 6 bulan baru boleh pindah. Kerana memangku ambil masa 6 bulan untuk confirm, selepas itu baru aku boleh pindah, dan perlu cuti panjang.

Istikharah tetap buat, tetapi hati ni memang tak tenteram. Aku pun tak tahu, hati ni memang tak mahu khususnya selepas aku melapor diri, tetapi dalam masa yang sama, segala urusan dipermudahkan. Urusan anak berpindah sekolah ke Muar ikut abah dia, BPH Putrajaya pun boleh bertolak ansur untuk lewat pulang kunci.

Sekarang ni yang jadi masalah utama adalah kucing, masih tak ada penjaga yang sudi ambil. Aku tinggalkan semua dengan makanan dan air secukupnya. Harap-harap semua baik-baik je. Masalah kedua adalah kuarters. pihak SUK akan buat meeting Februari nanti, aduh!!! pening jugak aku, punca jugak yang buat hati ni ragu-ragu untuk berpindah. Aku mengharap sangat dapat kuarters secepat mungkin, pertama sekali kucing le yang akan aku angkut ke JB. Sayang semua tu, penghibur hati, pembawa rezeki.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA