Jumaat, 10 Disember 2021

Andai Aku pilih terakhir, bererti kau bukan lagi pilihan


 Saat aku ingin mengukir senyuman, rupa-rupanya ia mengundang hiba. Siapa tak suka, jika jejaka idaman hati menyapa. Namun sapaan itu memberi jawapan duka.

Aku manusia biasa seperti yang lain. Ada hati dan perasaan. Namun terlalu lama taman hati ini terbiar tanpa ada bunga-bunga cinta yang subur dan mekar. Hanya wujud namun terbiar tanpa ada yang peduli.

Itu la Aku yang sebenarnya, meneruskan kehidupan selagi nyawa di kandung badan. Apa daya untuk mengharap sesuatu yang tak pasti.

Sedih sebenarnya, bila aku umpama jadi pilihan terakhir saat dia tersalah pilihan, dan saat itu juga dia bukan lagi pilihan kerana telah menjadi suami orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA