Da lama aim nak ke sini, tunggu masa yang sesuai atau dalam erti kata lain nak pergi bertiga emak dan anak, itu lah sebenarnya. Alhamdulillah sampai juga ke The Shore Oceanarium Melaka, lokasi jalan-jalan terakhir untuk aku bertiga dan ianya termasuk dalam perancangan, tapi diam-diam tak bagi tau anak bertuah. Kebetulan pulak sepupu kenduri terima menantu selepas balik kenduri singgah ke sini.
Macam biasa la, nak masuk kene bayar harganya RM 25 kanak-kanak dan warga emas manakala RM35 untuk dewasa. Dapat gift lagi, malah ada kuiz untuk dijawab menarik jugak suruh kita study aka membaca saya pun buat la sambil-sambil kan haha... Jenuh la mak dan anak saya menunggu nak ambik gambar nak jawab soalan. memang lama la kami betapa disini.
Di kawasan ini bermulanya untuk menjawab kuiz yang telah disediakan, jadi sambil bergambar, melihat apa yang ada kita membaca sambil menjawab soalan.
Apa-apa pun tengok je la gambar tu. Malas pulak rasanya nak cerita memadai la gambar berbicara, bicara bagaimana? Sebagai mana andai fikirkan. Jika positif maka dapat positif, jika negetif maka jadinya juga negetif. Apa yang pasti setiap yang baik dari Allah yang buruk dari diri sendiri, saya manusia biasa yang tak mampu memuaskan hati orang lain dan tak kuasa nak fikirkan apa kata orang. kan!!!! panjang lebo le pulak aku ni, macam nak sampaikan tazkirah pulak hahahaha ok bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan