Khamis, 21 Disember 2017

Mee Kicap Restoran Haji Yahya


Perbukaan percutian saya di Perak kemarin sebenarnya yang pertamanya mencari tempat makan, seperti biasa la sesampai di hotel setelah selesai check inn dan solat, saya memulakan misi mencari tempat untuk minum petang. Macam biasa la kan search tempat makan best. 



  


Nah!! Hala tuju saya ke gerai Mee Daud Mat  Jasak, untuk mencuba "Mee Kicap", malangnya gerai itu belum beroperasi, sedang bersiap-siap untuk buka kedai. Maka untuk tidak membuang masa dan bersusah payah mencari parking saya singgah sahaja tempat makan yang terletak bersebelahan dengan gerai itu iaitu Restoran Haji Yahya, Terletak betul-betul di tepi Jalan Datuk Onn Jaafar, Ipoh. Rupanya disini pun ada jual mee kicap, tanpa berlengah saya terus cari tempat duduk.  

jangan pandang pada rupa kerana rasanya sempurna di kerongkong saya hahaha


Dengan niat nak mencuba menu yang sama dan teruja nak merasai mee kicap. tahu tak? Pada mula hidangan sampai didepan mata nampak macam biasa2 saje, dalam hati "la macam ni je ke"  tapi bila da rasa not bed rasanya sedap jugak of course rasa kicap bergabung pula dengan rasa kari dan sambal yang ada seperti gambar diatas tu, OK la, kene dengan selera saya yang pertama kali mencuba menu yang boleh saya katakan resepi orang Perak. Sebab di tempat lain saya tak pernah jumpa, malah ini pertama kali dengar Mee Kicap.



Selain dari menu mee kicap, mak saya pula order mee kari, yang ini pun tak kurang rasanya sedap juga, secukup rasa seperti mee kari Mak Saya, tapi tetap tak bolek lawan mee kari mak siti la kan hahahaha. Bukan nak kata apa. Saya memang susah nak suka bila makan mee kari kerana rasanya yang tak sama dengan mee kari masakan mak saya. Maklum la kalau itu yang masuk perut kita dulu. Maka yang lain jatuh no. 2. Tapi yang no 2 itu pun payah nak jumpa. So ini kira kene juga dengan selera saya.





Manakala anak bujang saya pula memilih mee sup.  Rasanya biasa-biasa saja, cuma memang pelik la orang johor kebiasaannya makan mee sup dengan sambal kicap tapi disini dengan sambal kisar ke apa hahaha saya pun tak tahu nak sebut sebab rasanya macam tak ada rasa, mungkin sebagai pemedas faham ke? buat rasa pedas-pedas haaa ada ke dalam kamus dewan bahasa tu kikiki.  




macam biasa la minuman saya tak lain tak bukan tak sudah-sudah teh!! baru la mengeteh hahaha. Teh dia pun kene dengan tekak saya ni kalau nak tahu. Tengok macam la air sungai kerana kepekatannya menyeramkan mata yang memandang, tetapi setelah di hirup rasa sedapppp jugak. 





Apa pun Alhamdulillah!! kalau nak tahu ke tiga 3 manu tersebut harganya hanya RM 4 sahaja, murah kan. Berbaloi dengan kedai yang agak selesa dan restoran baru dan terletak betul-betul ditepi jalan besar. Ada juga lauk Pauk yang bermacam pilihan. Menarik juga la untuk orang kampung macam Saya hehe. 


Pekerja disitu memaklumkan waktu operasi atau buka dari jam 7.00 pagi hingga jam 6.00 petang katanya. Ada yang nak mencuba??? boleh je. cuma kalau saya kata sedap tak bererti orang lain kata sedap jugak. Tetapi kalau dah cuba dan kata sedap maknanya kita geng. eh!!! gituwww... sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA