Selasa, 12 Disember 2017

Gua Tempurung



Percutian saya di Perak diakhiri dengan lawatan  ke Gua Tempurung. Yang membawa tuah kepada kami 3 generasi Emak anak dan cucu aka Saya la anak beranak. haaaa ada faham... hahaha gituwww..Kami merupakan orang terakhir dibenarkan masuk malah diiringi tour guide yang hensem malah tanpa sebarang bayaran hehe.






Sungguh!!! gigih saya nak ke sini sedangkan sudah terlepas, kemudian berpatah balik. Alhamdulillah sampai . Sempat la kami meneroka Gua Tempurung yang terletak Di Gopeng Perak. Disini ada pakej untuk kawasan kering dan basah, kalau nak menguji tahap stamina, boleh la ambil tour guide untuk membawa ke kawasan yang lebih dalam. Andainya benar2 berminat datang la awal pagi kerana setiap lawatan mengambil masa yang lama. Ops!! Lupa nak bagi tau, masuk ke sini juga perlu bayaran mengikut kategori yang anda inginkan, ada di gambar tuuu.  





Saya yang tak berapa peduli dengan gua, hutan dan seangkatan dengannya secara tak langsung ada la sedikit input yang diperolehi. Baca la tentang sejarahnya seperti gambar yang di tunjuk ye. Yang berkaitan sejarah dan geografi ni tak boleh nak memandai takut salah information hehehehe.





Yang tak boleh tahan bila nak kene naik tangga. Mak aiiii.... rasa gayat jugak. Tapi yang mencabarnya mak aku releks jer beb 79 tahun beb selamba derk je naik turun tangga, naik anak tangga bukan sikit-sikit. aku yang terkulat-kulat tengok anak tangga. Al-kisahnya, aku search internet sebelum bercuti, salah 1 nya disini la. tapi dalam gambar tunjuk laluan yang rata dan landai. Tak sangka bertangga bagai huaaaa hahahahha... ter kono den. Apa pun x de masalah, sikit punya hal. abam tour guide kan ada. dia la yang bantu ambikkan gambar aku bertiga. Tak mintak tolong tapi dia suka rela nak tolong.... Amboi bestnya kan!!! hahahaha





Dah la tak tau nak story apa. Belanja gambar je la. Nakjoin p sini lagi x de kawan, nak try aktiviti yang basah... hahaha.... serius... saya nak ikut jom hahahaha PM tepi... tarikh boleh pilih hahahaha...




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA