Isnin, 18 Disember 2017

Justberrys Dessert House Ayer Keroh Melaka




Baru tengok gambar yang orang kongsikan di FB saya terliar dibuatnya. Maka dah siap plan awal untuk singgah melaka semasa OTW dari Tangkak balik ke Putrajaya. Gigih beb, dengan jalan jam walhal hari isnin. Tapi sampai jugak ye. Disini pelbagai dessert yang agak moden lagi sejukkkk disediakan sesuai la dengan namanya Justberrys Dessert House yang terletak di Ayer Keroh Melaka.





Saya try Bingo Bingsu iaitu kerean Dessert yang diberi nama Rosy Fragaria didalamnya terdapat caramel crunch, strawberry, rose flacke, strawberry milk . Fuhh! Ice blan dia  agak lembut, memang sedap dari biasa, sedap je masuk mulut, yum..yum...yum.. 





Seriously 1 mangkuk tu boleh makan berdua  tau, banyak bagai nak meletop perut ni memang kekeyangan. Dah la Sejuk, manis dengan ice creamnya, masam pulak dengan rasa strawberry di tambah acon yang sejuk lagi mengigil kepala lutut den dibueknyo. Al-maklum la bagi orang yang kurang minum ais @ air sejuk macam saya ni, terbatuk-batuk dibuatnya. uhuk..uhuk..uhuk... bhahahaha tapi ni betul-betul tau bukan main-main.





Anak saya pulak try Tropican Hawaiian dimana ada 4 pilihan buah so anak saya pilih Dragon Fruit. Sebiji buah naga tu dia hidangkan, bakinya pun dia beri jugak, itu yang ada  extra dalam mangkuk. Saya tolong jugak la makan. Al-maklum la mahal kan hahaha... 





Memang best la teringin nak try cendol durian. dengan isi durian seulas dia letak. sangat menarik, tapi tak mampu untuk makan semuanya seorang diri. so maybe next time boleh singgah lagi. Tak jauh pun dari tol Ayer Keroh.





OK Selesai bab dessert, nak story mengenai tempatnya pulak. Not bed, simple  & bersih, tapikan sejuk... hahaha saya memang tak tahan sejuk... nak bagi tau ni ada orang tegur saya orang yang tak tahan sejuk ni romantik kikikikiki iklan pulak. 





Sebenarnya ada juga ruang di bahagian luar, saya tak perasan dah kesejukkan baru nak perasan, so tak elok duduk berubah tempat. Nanti kawin ramai.... eemmmm... boleh ke caya.. sampai sekarang i tak kawin lagi ca ne tu!!! memang tak boleh pakai dengo je boleh... hahahah . Serius saya memang mengigil sebab dessert tu ice cream, semangkuk pulak tu, sampai mengeletar badan, tapi gagahkan jugak habis kan, mahal kot, walau setitik pun berharga. Peh!!! berkiranya haha...






 Disini disediakan juga permainan untuk kanak-kanak. Haaa nampak tu kanak-kanak bangka pun nak main jugak. Pantang la nampak mainan, geram aku di buatnya. Tapi x pe la senyap sikit. Kalau tak nak balik cepat. Sekurang-kurangnya isi masa lapang dia sementara menunggu dessert sampai. Yaaa... lambat sikit sampai. Maklum la lepas order baru buatkan. Seperti restoran fast food la ye bayar dulu baru sampai yang di order dan memerlukan sedikit masa untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Bagi pengemar ice cream, memang selayaknya kesini, memang banyak pilihan yang berlainan dari biasa, cumanya ada variasi ice ceram, ais blan, selain eksesori yang pelbagai. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA