Setakat ini sepupu aku yang ini je la yang dah sampai ke rumah aku, anak busu, @ Mak Usu aku. memang dari kecik paling rapat dengan dia selain anak arwah Mak Cik. Tapi kali ni dia bawak kakak dan abangnya pulak haaaa tengok tu penuh rumah.
Katanya datang malam, aku pulak kebetulan kerja dan tak sihat ingat nak rehat sekejap, nasib baik la call nak tau sampai jam berapa tub2 nak datang petang, ingatkan petang tu jam 5 ke 6 tub2 jam 3 da sampai.
Ah.... sudah!!!! Kacau, ubi sempat kopek je, nak buat sambal hijau sempat goreng je, nak tumbuk pun x sempat, sudahnya blend je nak cepat, tetamu da sampai, air pun tak masak lagi ko rasa, memang panas hati jugak mula-mula, janji macam keling. Mujur jugak la ada anak dara nak tolong, so aku jadi master chef arahkan je, buat tu buat ini hehehe... satu satu siap, tak masak apa pun ubi rebus dengan sambal hijau, ikan kering, mee goreng, kek batik yang memang da siap dari semalamnya, dengan buah jambu sweet sour.
Lama jugak la dia orang duk rumah aku, yang aku tak boleh tahan sampai2 sepupu aku mintak main pelekat. "HARAP MAAF DISINI TIADA LELAKI SIMPANAN" hahahahaha terang-terang tau status aku tak ber laki kan, mana nqk datang kain pelekat, nasib baik ada kain batik, ha pakai je la kain batik, kat ganu tu ada je lelaki pakai kain batik bhahahaha.
Memang tak terkawal habis rumah aku di jelajah oleh mereka, berbagai peringkat usia tu ha... macam tangga kalau ada anak ramai, sampai ke dalam fridge pun wife sepupu aku tengok, aje pelik la. Aku di dapur je. Siap-siap masak terus hidang. Siap share resepi dengan anak buah.
Lepas dia orang balik je aku terus masuk bilik. Aku tak sihat, tak sedap badan. Esoknya baru la kemaskan dapur dan kemas rumah. Penat tu rasanya macam biasa la. Tidur lagi penat tahap letih. Seronok la bila ada sedara berkunjung di rumah. Bukan senang-senang dia orang nak sampai ke rumah aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan