Selasa, 6 Disember 2016

Sampah Orang


Ni yang aku nak marah sangat. Sakit hati betul, jadi manusia macam tak de akal. Setahu aku yang tinggal di kuarters kerajaan ni semuanya lulus peperiksa tak ada yang tak sekolah. Tapi tu la perangai macam orang tak pernah ke sekolah, lebih memalukan manusia yang mungkin serumah atau mungkin dia sendiri adalah seorang cikgu, so sampai ke tua ke sekolah malah mengajar lagi.

Dah banyak kali buang sampah di tempat yang agak tersembunyi, disebalik tembok rumah aku. Dia ingatkan orang tak tahu, sudahnya aku selongkar  sampah yang dia buang, kebetulan kali ni banyak pulak sampah yang dibuang. Sudah lah tu,  bercampur dengan tin susu, beg2 sekolah anak dia, kertas dan buku sekolah anak dia pun ada, sisa makanan lagi dan dari situ juga aku dapat la kesan salah seorang dari penghuni rumah itu. Nama bukan main sedap Wan Aisyah, cikgu di sekolah 18 (1).


Sekarang ni sampah dah kene asingkan pun dia tak asingkan. Memang banyak kesalahan, buang ditempat yang tak sepatutnya. tak asingkan sampah pun boleh kene kompaun. Aku tak faham la, apa perangai macam ni. Aku sengaja post kat FB, ada pulak cadangan untuk buat aduan kepada PBH. So aku pun cari la, dapat la kesan Pengerusi Persatuan Penduduk. 

Tak cukup situ, aku adukan pada maintenance, sepantas kilat dia mengutip sampah tu. Adoi!!! aku ingatkan nak biokan orang datang buat siasatan. Dah lama sakit hati, banyak kali buang bukan kali pertama ke 2 ke 3. Pentingkan diri sendiri kot. Kok ye nak senang sekali pun, jangan sampai menyusahkan orang. kalau dah malas sangat bayar je sebulan RM 20, setiap malam orang datang depan pintu kutip sampah. Tak tau la spesis apa manusia macam ni. Aku aku ni boleh sumpah, aku sumpah jadi katak ijo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA