Ahad, 4 Disember 2016

Perahu Dondang Sayang


Kesempatan yang ada ini lah dapat diisi dengan aktiviti bersama wajah kesayangan hamba. Bila ada dia juga lah aku akan berjalan-jalan. Seperti abah dia tika dulu-dulunya rajin mengajak. Ni anak dia pulak, bosan la bagai duk rumah, bila hujung minggu dia ajak jalan kadang kala aku tak layan duk rumah je betapa. 


Tapi sekarang dia pun balik masa cuti dan minggu ni last week Sabtu akan ke tahfiz semula, so berfikir-fikir kemana tempat untuk dijadikan persingahan, jalan-jalan dengan buah hati nan sorang  ni. Besar da oiiiii. 


Tak jauh masih di Putrajaya jugak, bertiga aku dengan mak dan anak. Naik perahu Dondang Sayang. Dimana? sama je di Cruise Tasek Putrajaya di bawah Jambatan yang berhampiran dengan Masjid Putra. Anggaran masa dalam 30 minit dengan  bayaran untuk dewasa RM22.00 Kanak-kanak dan warga emas sama harga RM12.70.



Laluan Perahu Dondang Sayang ini bermula dari masjid Putra hingga ke empangan patah balik, melalui kediaman rasmi sultan Selangor, rumah PM dan patah balik. Cadangan untuk menaiki perahu ni semasa pagi atau waktu petang, maklum la da nama pun perahun walaupun berbumbung kalau cuasa panas memang terasa, tapi kalau kebal tak kira le nak naik bila-bila masa, silakan je.


Sebenarnya da lama teringin nak naik perahu ni, ada 3 pilihan sebenarnya, sama ada cruise, perahu atau lepe-lepe. So akan datang nak naik lepe-lepe pulak. Lepe-lepe paling murah harganya. Sesiapa yang datang ke Putrajaya atau nak melihat keindahan pemandangan dari dalam tasek boleh try.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA