Rabu, 14 Disember 2016

Seoul Garden



Kali ini aku bawak mak dan anak ke Seoul Garden,apa lagi makan la tak kan main-main pulak kan. Alhamdulillah niat nak belanja Asyraaf cuti sekolah pada hujung tahun tercapai. Kisahnya, bila dia tengok gambar aku makan dengan kawan-kawan tetapi masa tu di Cyberjaya dan kali ini aku anak beranak makan di IOI Mall City Putrajaya.

Asyraaf sangat teruja dapat makan di sini, bekali-kali peluk aku dan ucap "terima kasih ibu belanja yap makan kat sini". Aku ajar la dia pilih apa yang dia nak. semua nak diambiknya, nak tolong ibu "kononnya" walhal keterujaan melampau.

Masa ni pergi masa cuti sekolah minggu pertama. Mak aku seperti biasa tak banyak cakap tapi nampak jugak teruja disitu. Aku ajar la membakar dan merebus. Aku tak makan nasi yang siap masak tu, minum pun tidak, sebab nak jaga perut supaya tak cepat kenyang. 

Fuh!!! puas hati, bila makan time lapar, sangat menyelerakan dan sangat puas hati sebab bayar mahal kan. Tapi sebenarnya aku terkilan jugak sebab aku tak minum air bhahahaha.... sampai kesudah tak minum air. Al-maklum la, makan ni siap berkuah kah so tak minum pun tak apa.




Disini  memang banyak pilihan, manu jepun  ke korea sama la tu. air panas dan sejuk pun ada, dessert pun ada. Memang makan sepuas-puasnya. Aku pernah jugak makan bersama officemate. dia suruh makan sushi mak aiiii nak termuntah aku di buatnya tak payah la suruh makan makanan jepun. Banyak lagi makanan di malaysia ni yang masih tak tercapai untuk dinikmati. Sungguh aku memang tak suka dengan rasa dia yang entah apa entah> Maklum le aku kan orang kampung, so selera makar-bakar dan sup-sup ni boleh la layan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA