Ahad, 21 Ogos 2016

Terkesan Dengan Penghinaan Ini

Sedih yang tak mampu dibendung

Permulaan tugas yang menyeronokkan tiba-tiba separuh hari hati aku bersedih tak tertahan. Terkesan dan terasa hati sangat-sangat malah tak mampu membendungnya, berjujuran air mata dengan mesej terang-terangan menghina aku. Pedih!!!


Lama sudah aku sedar diri ni siapa!! Atas kesedaran itu, aku berdikari, segala urusan diselesaikan sendiri. Tak cuba untuk mencari dan aku tak berniat nak ganggu hidup sesiapa, aku melalui hidup ini sendiri sedih pun sendiri, nangis pun sendiri  seperti disaat ini. Cuma situasinya berbeza bila aku rasa gembira akan aku kongsi dengan kawan-kawan dan keluarga, sekadar berkongsi, tetapi jika ada yang rasa aku riak takbur dan sebagainya terpulang, Allah lebih tahu isi hati, hambanya yang hina ni.

http://buatapayangdisuka.blogspot.my/2016/02/hatiku.html#more Post bertajuk PERASAAN INI date 8 Februari 2016 ini cukup menjelaskan, keadaan perasaan hati yang pasrah dan redha.

Tambah kapsyen
Kisah yang lalu telah pun berlalu. Apa yang penting masalah yang membelenggu telah pun selesai, ternyata kebebasan ni menjadikan aku rasa lebih selamat dari tekanan perasaan yang hanya tuhan sahaja yang tahu, walaupun hakikatnya menjadikan aku seorang JANDA. Aku percaya kepada Qada dan Qadar Allah, ini sebahagian perjalanan hidup yang telah pun aku laluinya. Namun mengapa ada yang mempertikaikan takdir Aku yang telah ditentukanNya. 

Tetapi jika kerana JANDA ini menjadikan aku dipandang atau dilabelkan sebagai hina,aku yang keji, aku yang buruk, aku yang busuk, aku yang kotor, aku yang jijik, aku yang jahil, aku yang jahat, aku yang dusta, aku yang kurap, aku yang salah, aku yang dosa dan terkutuk, walau dalam apa jua keadaan dan perbuatan, aku juga tetap redha dan pasrah, memang ini namanya kehidupan. Tetapi jujurnya aku juga manusia biasa, yang ada hati dan perasaan, yang kadang kala terasa sedih dan pilu atas salah anggapan. 

Malah lebih sayu hati ini jika segala penghinaan itu sampai ke pengetahuan. Luluh hati jika semua perbuatan, perkataan dan tindakan di salah erti, segalanya dianggapan salah dan dosa hanya kerana aku seorang JANDA, walaupun tiada niat buruk mahupun tersembunyi. Aku sendiri tak pasti, apa makna semua penghinaan ini. Namun andai ini adalah kepuasan kepada yang menghina, andai ini cara untuk melepas perasaan marah, dendam dan benci. Aku pasrah, tak mampu berbuat apa pun, moga Allah lindungi aku walau sehina apapun aku, dimata mereka yang tidak mampu dan tidak percaya pada Qada dan Qadar Allah.

Sebagai manusia biasa yang hina ini hanya menumpang seketika dibumi Allah dengan izinNya jua. Tidak mengharap simpati atau pengertian orang lain untuk memahami apa yang dilalui. Juga sebagai hambanya yang hina lagi jahil ini aku hanya berserah, mengharap dan meyakini takdirNya.


Adalah mustahil bagi aku hambaNya yang hina lagi kerdil ini untuk mengetahui apa yang akan terjadi pada masa akan datang, pada hari ini mahupun kemarin. Setiap yang berlaku itu sudah pasti dengan izinNya jua, jika tidak semuanya pasti tidak akan berlaku. Begitu juga soal hati dan perasaan.

Pertemuan dan perpisahan juga ketentuaanNya. Kadang kala bukan untuk berjodoh lalu kecewa. Itu juga bukan kehendak aku. Hati ini milik Allah, boleh menyukai dan membenci boleh menerima dan menolak seseorang dalam hidup ini.

Aku tidak mengharap kasih dari sesiapa kerana bimbang kecewa, memadai kasih Allah untuk hambaNya walaupun hina dimata sesama manusia. Semoga manusia yang semulia MALAIKAT itu mampu melupakan pendosa yang hina ini. Semoga berjumpa insan SUCI lagi MULIA. Jangan sekali-kali mencari JANDA kerana status mereka semua sama tak akan berubah.

Akhir kata, aku sedar siapa diri ini, dan kerana sedar akan hinanya diri makanya sesiapa pun tak layan untuk aku dampingi, maka tindakan untuk mengundur diri adalah tindakan yang wajar, dan tidak sepatutnya aku dipersalahkan. Aku yang sehina-hina manusia dimata dia, mereka atau kamu, namun harus aku nyatakan disini tidak sekali pun aku mengambil kesempatan zahir dan batin terhadap dirinya mahupun sesiapa. Kini nyata bagai tertutup pintu hati dengan  pengalaman semua ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA