Selasa, 2 Ogos 2016

Nasib Tak Baik Si Bujang

Sejak Asyraaf kembali ke sekolah selepas raya, aku terputus hubungan dengan dia. Sebelum puasa 2 hari sekali aku akan call dia bila abah dia jenguk dia untuk ambik baju kotor. 

Pada 26.07.dapat la berita yang tak sedap di terima akal fikiran, malang tak berbau, Asyraaf kene terajang dengan bapak budak. Allahhu akhbar. Siapa tak terkejut. Cadang untuk berjumpa bapak budak tu jumaat malam.


Aku dah berfikir-fikir apa nak buat. Sudahnya 27hb aku EL. jam 9 gerak dari Putrajaya ke Tahfiz anak, jumpa ustaz, ke balai Polis ambil borang untuk dapatkan pemeriksaan di Hospital, patah balik ke Balai polis untuk buat report, jumpa pegawai penyiasat, semua selesai jam 7 petang, singgah ke masjid muar solat Asar tunggu sampai Magrib. Letihnya masyakAllah seharian uruskan anak, dengan keadaan aku berpuasa. 

Al kisahnya, selepas habis kelas tengahari sebelum solat Jumaat Asyraaf tak keluar kelas dan tinggal berdua dengan budak yang bernama Iqbal, budak tu bergendang, asyraaf suruh senyap, budak tu buat jugak, asyraaf pun naik angin dia sepaknya si Iqbal, ingat nak sepak tang kaki terkena le pulak tang muka, dah lebam muka anak orang. 

Bila mak iqbal jumpa tengok muka anak lebam mengadu pulak pada bapak dia. Ahadnya bapak dia cari asyraaf, "ooo kecik je budaknya, engkau yang buli anak aku!!" diterajangnya asyraaf di bahagian dada, asyraaf jatuh, dia tendang lagi bahagian belakang. Sedih aku dengo. Lebih terharu selepas insiden tu berlaku asyraaf pergi jumpa mak Iqbal dan mintak maaf. Tak sangka asyraaf boleh mintak maaf.

Terharu aku tak sangka ajaran aku di praktikkan, kebiasaanya kami tidur baca doa, bermaafan baca fatihah ayat kursi. Bila asyraaf dah biasa aku pesan nak mintak maaf bukan masa tidur je, kalau buat salah kene mintak maaf. Alhamdulillah dia praktikkan.  

Iklan sekejap tadi, biasa la ceritakan ada ilkan. kikikiki. sambungnya, aku ni buat report bukan nak cari salah sesiapa, tapi nak pastikan Asyraaf dalam keadaan baik, budak kene tendang dengan orang tua, bahagian dada pulak tu. Kalau kat kaki aku tak kisah le jugak. Tampo ke, walaupun hakikatnya ibu bapa tak boleh campur urusan sekolah. Balai bagi borang untuk buat pemeriksaan kesihatan. Agak panjang jugak prosesnya, mujur terus ke kecemasan. pemeriksaan pertama, bayar bil, jumpa doktor, buat x-ray, sempat solat di Hospital sekali, bapak asyraaf pun ikut jugak, dari balai ke hospital. So aku suruh makan dulu. 

Tak habis kat situ, kembali ke balai semula untuk buat report, lepas tu jumpa polis yang in chage kes, polis tanya le asyraaf semula pasal kejadian tu. Pihak sekolah memang tak bagi tau langsung pasal insiden ni, jadi aku pun lambat bertindak, kawan-kawan asyraaf cakap ada kesan lebam kat badan dia, kalau tak ada bahan bukti, tetapi saksi memang ramai. polis nasihatkan kalau bapak  iqbal bekeras, teruskan kes, memang ada masalah.

29hb malam aku kerja dari tangkak bekejar ke putrajaya ada hari penting BOS aku, habis je majlis aku terus balik, mak bekalkan makanan nasi goreng, jemput-jemput dengan sayur lodeh. Jemput-jemput yang aku makan buat buka dalam kereta sementara nak tunggu R&R Ayer keroh dan solat. Siap semua baru gerak ke Muar. Aku yang jauh dah sampai tapi bapak iqbal tak sampai2. Mujur tunggu tak lama.

Memang betul, isteri dia pun cakap yang dia tu panas baran. memang berkeras dan macam dia je betul, aku gertak, nak teruskan kes. senyap!! Konon nak pertahankan anak, beza anak aku dengan anak dia hanya 2 tahun je yang kononnya anak dia paling muda kat sekolah tu. Tapi tak semestinya paling baik. Beza dia dengan anak aku orang tua dengan budak-budak, tetap dia nak memang jugak.

Ikut hati aku, nak aje teruskan kes, sebab dia sendiri pun tak mintak maaf dan tetap bekeras aka EGO nak mampus. Tapi bila tanya polis, dia akan ke DALAM, dende 7 ribu tak silap atau kedua-duanya sekali, dan kes ini akan di beritahu umum khususnya media akan buat liputan, malah aku boleh jamin yang aku memang akan menang kalau kes ni dibawa ketengah, sebab dia serang budak sekolah didalam sekolah tanpa pengetahuan dan berbincang dengan pihak sekolah. kalau nak nasihat nak marah ke, itu lain cerita.

Satu lagi nanti tak pasal-pasal muka aku masuk paper, tak pasal-pasal glamour kan. Ini yang aku tak nak. Sudahnya tarik balik laporan. Yang bestnya polis tu cakap. Kalau bapak budak tu buat laporan polis dia kata Asyraaf pun ke dalam. Apa nak gertak jugak ke? apa ingat aku takut. Budak dengan budak perkara biasa, malah tiada saksi. Mualim pun tau atitut anak aku dengan anak dia macam mana. Anak dia pun boleh tahan ungkal jugak. Aku memang tak kisah kalau Asyraaf ke dalam, aku yakin kalau di bawa ketengah pun anak aku boleh lepas berbanding kes bapak dia.

Tapi sebab aku bekerja dengan orang yang berpengaruh malah aku pun tak nak popular maka aku berundur. Tapi kalau lepas ni berlaku lagi, aku akan pastikan kes ini terus berjalan. Aku memang menyesal kerana tarik report.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA