Al kisahnya duk borak dengan bapak yap, panjang pulak ceritanya kali ni kat whatapp jewwwww. Kebiasanya aku memang tak mmesej panjang berjela-jela @ berhari. Saje nak korek rahsia, dah lama pendam dan rasa teringin nak tanya, masalah dah bertahun bukan berbulan, dan masalahnya melibatkan keluarga aku.
Baru la aku tahu yang mak tiri yap tak suka kat dia, dan rupanya abah yap pun tahu. Kata asyraaf orang lain tak de masalah, tapi sekarang sekeluarga tak suka yap, ibu tiri dia menghasut keluarga dia untuk bencikan Asyraaf, baru la aku tahu bila abah yap buka cerita, dia puas pujuk bininya pun tak jalan, tanya kenapa benci pun tak jawab.
Patut le yap beriya-iya tak nak duduk kat rumah abah dia aka keluarga mertua. Aku nak ketawa, itu rupanya isteri solehah pilihan dia. Dia tanya aku pulak "salah ke jalankan tanggungjawab pada anak". Masalahnya bagi le tau isteri, bukan dia tak tahu sebelum kawin dia akan kawin dengan duda anak 1. Untung 1 kalau 5, habis duit gaji buat sara anak je. Sebelum kawin lain, dah kawin jadi lain, hahahaha aku ketawa kan je abah yap. Padan muka hahahaha.
1 perkara yang aku tak jangka jugak rupa-rupanya bini dia ada ketumbukan dekat rahim, da semakin membesar katanya, tapi tak operation kos tinggi dan jadi masalah lain. Adoi mak aiiii seramnya. Katanya tak jaga makan masa dulu. Suka makan makanan segera. Adoiiii mak aiiii lagi. Aku pun sekarang ni rajin makan mee segera. Tiba-tiba rasa takut nak makan magie lagi hahahaha. Rupanya bini dia pun ada sejarah keturunan tak de anak. Allahu Akhbar.
Tiba-tiba aku rasa macam kifarah atau karma, dulu aku nak anak dia tak nak, masa tu muda lagi nak beranak berapa ramai pun aku tak kisah, tapi aku target 5 je sebab kerajaan bagi kuota 5 orang anak cuti bersalin free, tapi dia tak percaya yang anak tu bawak rezeki, nak tanggung kos anak sorang pun macam menyusahkan dia. Puas aku yakinkan dia, tapi tetap dengan pendirian dia. Sekarang dia kata tak de anak lagi, asyraaf sorang je. OMG aku ni memang susah nak cakap la kan da sendiri....
Kan!!!! kawin bukan jaminan untuk dapat anak kalau bukan dengan izinNya. Memang pada dasarnya setiap pasangan yang kawin akan mengandung sama ada bunting pelamin, atau makan bulan atau mungkin makan tahun. Paling sedih kes macam ni. Abah yap siap tanya ibu yap ada masalah ke tidak. Setakat ni memang le tak de masalah, tapi tak tau le boleh beranak ke tidak, kalau Allah takdirkan ada rezeki JODOH le dulu kan baru ANAK in shaa Allah, Allah memberi aku menerima, dapat kembo lagi aku suka kikikikikii tapi kot dapat laki mandol tak jadi jugak anak hahahaha....
ceh!!!!! sebok tanya aku bila nak kawin. da makin berusia katanya, ceh!!! dia pun nak try aku jugak, buang yang keroh ambik yang jernih katanya. tak payah le, jadi No. 1 pun da serik, nak jadi no 2. baik aku pilih orang kat oversea tu kan... ceh tak nak jugak, jantan emosional.... Kirim salam la. Tapi tak sangka jugak, bapak yap ada hati lagi dengan aku, dua 3 kali menyebut nikah2 kikikiki.... Tak pernah terlintas untuk aku terima dia kembali.
Tu la dulu tak reti nak jaga bini. Sekarang da rasa hidup dengan 2 perempuan yang berbeza, baru kau tahu. Masa senang hidup dengan aku, hampir lupa keluarga sendiri, tapi aku yang ingatkan anak lelaki hubungan tak akan putus dengan keluarga. Sekarang nasib la hubungan bapak dengan anak sendiri pun isteri tak dapat terima, masalah anak dengan bini dia pun masih tak dapat nak selesaikan.
Ye la dia pernah jadi laki aku kan, memang le dia tau bini dia macam mana, kenal dan tahu zahir batin kot!! tau semua tahi lalat ada kat mana kikikiki, dulu duduk bertiga tak campur mak bapak, urusan rumah tangga semua aku buat, dari segi masa, tenaga dan wang ringgit semua kos di kongi bersama, mesti dia terkenang agaknya hidup dengan aku kalau ada masalah. Walaupun kawin dalam usia muda, tanpa orang tua, aku mampu jugak urus rumah tangga, akak ipar puji "rumah kemas" aku pun sebulan je kosong lepas tu da mengandung, anak pun masa kecik aku yang jaga malam2. Abah yap kerja siang malam jaga. Huh!!! tak sangka aku boleh ingat pulak semua tu....
Emmm... cuma aku bagi tau jugak abah yap, kemungkinan bini dia cemburu, sebab dulu asyraaf dengan ibu dia, sekarang dengan dengan abah dia, abah dia banyak uruskan persekolahan anak terutamanya dia basuh baju anak sendiri. Aku dapat rasakan, abah dia yang basuhkan pakaian anak tanpa bantuan bini dia, jumpa anak pun sorang2 je, bini dia da tak ikut lagi dah, orang dah benci.
Memang kesian Asyraaf, nak kata nakal ramai yang tengok dia, memang tak nampak macam budak nakal, aku marah buat muka je dia faham aku marah. Aku memang suruh bapak dia baikkan hubungan anak dengan mak tiri. Mak bapak semakin tua, nanti kerana "ibu tiriku" anak tak nak ikut bapak, tak nak tengok bapak, aku tak de masalah bukan masalah aku pun. Cuma sekarang bila anak cuti sekolah tak boleh nak duduk kat rumah bapak, terpaksa ke rumah atuk itu yang aku kata masalah melibatkan keluarga aku, walhal dia boleh duk rumah bapak dia kalau tak ada masalah. Tapi mana le tau kalau-kalau umur aku tak panjang, jangan di tanya pasal jodoh, takut ajal aku yang sampai, mana nak tau. Tak kan nak suruh mak aku yang tua tu jaga asyraaf, tak patut.
Dan aku rasa abah yap tak de kawan nak beborak, bila di layan macam-macam dia cerita pasal hidup dia sekarang, aku korek!!! tak cerita pasal hidup aku. sebab hidup aku pun bukannya ada apa. Lagi pun memang tak boleh cerita nanti ngungkit, meyampah!!! hahahah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan