Khamis, 11 Ogos 2016

Hati Ini





Hati ini semakin hari semakin tua,
Seiring dengan usia dan pengalamannya,
Hati ini, tak ingin dilukai lagi,
Dan tak ingin melukai sesiapa.

Tapi kadang kala hati ini tetap terluka,
Dek kerana keadaan dan suasana,
Mungkin kerana silap sendiri,
lalu aku merawat luka sendiri.

Nyatanya hidup tidak selalu indah,
Suka duka silih berganti menyentuh hati,
Saat menangis dan tertawa tetap sendiri,
Rasa dihati ini tetap begini, tiada berkongsi.

Namun kadang kala tak sengaja melukai,
Apa yang dikatakan ketentuan Ilahi,
hati yang telah lama menyendiri ini,
Tetap tabah menghadapi apa yang terjadi.

Hakikatnya hati ini sukar difahami,
malah lebih sukar untuk dimiliki,
namun hati ini tidak sekeras kerikir,
Hanya pelembutnya sukar dicari.





3 ulasan:

  1. aslm..haii ida...nape lama menyepi? id wechat i u dah block...lama x dengar kabar u :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam awak siapa? wechat da lama x aktif?

      Padam

SESEDAP RASA