Rabu, 25 Mei 2016

Nasib baik Tak Kenduri Arwah


Orang kata kalau da nasib, ini pun dikira bernasib baik  kerana langgar divider. accident pulak di lorong memotong mujur tak langgar orang atau orang langgar aku. Ada barang dari lori jatuh di tengah jalan,  masing2 break amagency aku pulak tak perasan lampu  break kereta orang di depan macam tak hidup. Itu yang aku pun menyaso break amagency jugak sebijik macam dalam drama.


Aku balik awal selepas bertugas di parlimen, itu pun selepas dapat  green light dari YB. Bertungkus lumus aku ke sana sini, nak kemas baju baru balik. Dalam perjalanan balik la terjadi insiden ni. Huh!!! Sepanjang jalan aku nangis. Sedih tu!!

Mula la aku menuding jari siapa lagi mak aku le. Mula2 rancang nak buat kenduri bulan 6, tapi rupanya cakap dengan aku je banyak kali tapi disurau tak dimaklum-maklumkan lagi. Nak harapkan orang kampung jugak maklumkan kat surau. Sudahnya tarikh tu dah ada orang booking.

Aku da pesan buat antara hari jumaat hingga sabtu sebab aku balik dan boleh jemput YB dia memang ada dikawasan. Bila dapat tarikh baru aku tak setuju. So tak jadi buat kenduri. Tub2 akak maklum 19hb kenduri. Aku tak puas hati, tapi aku diam. Tapi aku bagi jugak duit dan da cakap awal-awal kalau aku kije aku tak balik protes tu tau tak. Malas nak marah2.

Bila sampai rumah ada yang menegur kenapa? Aku pandang muka mak aku, dia senyum, suka le dia aku balik,  tapi aku marah, dalam nada sebak aku pun cakap "kalau  tak buat kenduri arwah terus, nak sangat buat kenduri, da cakap tak payah buat kenduri tapi buat jugak, kerja penat terkejar sana terkejar sini." Dengan sepupu2 yang ada semua dengo.

Molot sedara Mara ni bukan boleh pakai, Ada yang macam molot puaka. Ye la mak aku sendiri buat kenduri setahun sekali je pun kan melampau kalau tak balik. Lagi sekarang ni, selalu balik Tangkak. Sebab itu perkara macam ni nak elak, tapi mak aku nak buat jugak. Kalau tak buat orang tak cakap, tapi bila buat orang Akan bertanya, itu yang boleh buat orang bersangka2. Orang kampung!! Kadang tak de bende pun dijadikan isu.

Itu yang aku pun usaha nak balik, beberapa hari fikir macam mana? Dapat ke dok balik kg, lastly cakap je dengan bos, bila dia kata OK baru aku cabut.Aku memang penat seminggu tu, 3 hari berturut2 dari 7 pagi 12 malam bertugas, orang kije kilang pun 12 jam paling lama. Semua pegawai tak ada itu yang aku kene cover, tak boleh nak cuti, cover di parlimen ke mana je la pergerakkan YB. Aku penat, letih.

Kerja aku ni memang aku bagi tau mak akak aku supaya mereka tau, kerja aku tak tentu masa. Tujuannya aku nak mereka faham je, orang lain aku tak kisah tak peduli, lantak p nak cakap apa, tapi sedih!!itu pun tak faham jugak. Bila dah jadi macam ni. Aku memang buat hal aku. Aku spesis degil mak aku pun tau. Bila aku merajuk jangan harap nak nampak muka aku kat rumah. Jalan balik kampung pun aku tak jumpa. Aku memang independent, susah tanggung sendiri. Silap2 raya pun aku tak nak balik, tengok le.

Kepada yang membaca post ini, saya tau berdosa besar bersikap begini, apa pun sikap ibu kita, Kita jugak yang berdosa  jika tak boleh terima. Aku sentiasa pasrah dalam hidup andai neraka tempat aku. Keluarga aku, aku yang tahu, bukan membuka pekung sendiri atau keluarga. Tapi memang banyak pekung yang aku simpan, Kerana aku pun tau malu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA