Isnin, 30 Mei 2016

3 Tahun Sudah

Cepat sungguh masa berlalu, diam tak diam dah 3 tahun aku bermastautin di Putrajaya. Bermacam-macam kepayahan yang aku dah tanggung, sekarang ni alhamdulillah selesa walaupun tak semewah atau sesenang mana pun.



Ramai yang salah anggap yang Putrajaya ni adalah KL. Berbeza tau sebenarnya. Putrajaya ni Pusat Pentadbiran Kerajaan dan tak dinafikan ramai kakitangan kerajaan. Tengok je la berapa banyak kuarters yang ada.

Ada juga yang rasa tak boleh hidup di Putrajaya ni kerana kos sara hidup tinggi. Tapi bagi aku, itu bergantung pada diri masing-masing, aku ni yang layak menerima B1RM ni boleh je hidup di Kota metropolitan.

Hidup kene ukur baju dibadan sendiri. Kos makan memang mahal di Putrajaya ni, tapi kene pandai memilih tempat, orang kata pasar malam mahal aku belanja disitu jugak. Mudah, dekat dan aku tak kisah mungkin sebab aku selalu memasak yang buat aku tak rasa kosnya.

rata-rata cafe office boleh dikatakan murah. Aku sendiri makan RM 4 je untuk breakfast, lunch jarang makan, kalau makan tu maknenya makan free, ye la da free makan la kan, leaps meeting ke kat parlimen ke, sekarang ni lagi la tak berapa nak keluar duit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA