Ahad, 8 Mei 2016

Cuti Yang tak De Maknenya...


Selepas seminggu baru ada masa, ini pun mencuri masa @ waktu rehat. Permulaan 1 Mei rasa macam seronok je kan tapi tak sangka aku diberi tugas untuk buat banner ucapan sempena hari bekerja. Masyak Allah!!... Aku baru le nak rehat2 selepas beberapa hari ni Ledang dari 27hb sempena program Semarak Johor, Seronok jumpa kawan-kawan jabatan lama-lama. Ramai tak tahu aku bekerja di mana. Disini semakin ramai la tahu, Pengarah baru pun bangga kerana ada orang penerangan dapat tempat istimewa di tempat lain. 




Bermula dari 27hb jam 5 ptg bergerak ke ledang dan ada sedikit tugas kerana follow my BOS hingga 30hb. Dari ceramah agama, majlis perasmian program dan yang lebih penting pada 30hb malam sebab BOS merasmikan pulak program yang ada kaitan dengan kementerian juga daerah. 30hb paling penat 29hb malam datin berurut, tu yang tunggu ceh! macam bodygruad, esok nya pagi datin ajak zumba pulak! amalak... balik da lambat nak keluar awal  pagi, lepas tu berurusan pulak dengan pegawai MPM untuk majlis malam, raptai .... MasyakAllah memang penat. Bila majlis selesai rasa lega. tapi apakan daya. Belum pun sampai rumah dah keluar arahan.

Dengan hati yang memberontak aku pun bukak la lap top tak pasal2 kelkatu pulak masuk bilik, padahal tak hujang. Ah!!! sudahnya aku tutup lap top dan tidur. Esok pagi-pagi lepas subuh, p kedai makan yang aku gemar seawal 7.30 pagi, siap bawak lap top sekali nak buat kije punya pasal. Siap aku pun bagi kat SUS. SUS dah pilih suruh hantar pada BOS pula. Ah!!! bos komen tentang background tak setuju dengan gambar. Final bos setuju... Nak tau siap jam berapa 3.30 ke 4.30 petang. 

Tak habis disitu. Aku mengikuti rombongan Datik ke Kedah. katanya balik 3hb da betul le tu. Tapi sampai tangkak 4hb 4.30 pagi. Cadangnya nak balik putrajaya terus. SUS kata tak payah. Aku pun tak balik. Sudahnya minggu pertama aku tiada di pejabat.. Masyak Allah. Rindu wei!! kat rumah. Tempat paling selesa walaupun bukan hotel. hahaha

Eeemmm.... ini la sebenarnya kije aku. Waktu rehat adalah tidur, waktu rehat dipejabat pun sebenarnya aku tak rehat. Hakikatnya waktu aku banyak untuk kerja tak kira walaupun duduk dirumah. Arahan bila-bila masa.

Tapi aku memang dah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Menerima sebarang arahan dari semasa ke semasa.

Ada jugak yang nak tukar, macam suka sama suka. Eeemm... macam sedap je kan kat sini. Tapi sanggup ke kerja 7 hari seminggu. Bulan Mac je aku bekerja 31 hari sebulan. Sanggup ke. Jangan nak rasa bangga nak glamour sebab kerja di tempat VIP. Tapi tugasnya kadang kala cukup banyak tekanan. Aku tawakal je. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA