Beberapa hari lepas terlintas di fikiran yang aku tak nak ada pasangan kerana seronok bekerja dan sebenarnya tak ada masa. So macam mana nak ada pasangan. Tapi si dia duk cerita pasal masa depan. Pasal hatinya yang bimbang akan kehilangan aku. Entah kenapa? Tapi sehari dua ni he talk about our relationship. Bila dia dapat response positive from me he is very happy.
Niat kami sama. Dengan hati berbunga2 kembang setaman dia datang dari kampung nak bertemu selepas waktu Pejabat. Makan pun di cafe berhampiran masjid. Dia Baru bukak cerita pasal kami pada mak dia. Dia yang aku rasakan sangat perahsia memang pandai menyimpan Rahsia.
Pertemuan yang kononnya untuk berbincang tentang rancangan akan datang perkahwinan dan pertunangan akhirnya jadi perpisahan. Siapa sangka walau dijanji dengan kesenangan kebendaan atau kemampuannya sedikit pun tak mampu mengubah pendirian aku walaupun dia mengharap untuk diberi peluang aku hanya diam dan membiarkan dia bercakap sepuas hati dia. Apa pun alasan aku tetap tak sudi terima.
Dah aku katakan dulu, jangan sampai kejutan yang dibuat, buat aku tak boleh terima nah!!!! rasakan.... Dari awal perkenalan aku da bagi tau. Setakat nak mencuba nasib untuk dapat cinta aku. Sesiapa pun boleh tapi belum tentu berjaya. Hati aku yang agak keras bukan mudah terima seseorang untuk aku sayangi apalagi untuk menjadi pasangan sejati. Harta dan wang ringgit dijadikan jerat untuk memikat, itu ternyata silap. Pendirian aku tak akan pernah berubah walau seinci.
Secara rasminya dia yang memutuskan untuk tidak berhubung lagi, hanya mengharap kalau2 aku berubah hati untuk terima dia disisi. Tapi aku seperti manusia yang tak punya hati dan perasaan no. phone, video dan gambar kami selamat aku delete. Supaya terputus tak perlu bersambung.
Sayangnya yang buat aku terkilan bila bertemu dengan orang yang baik, orang yang berniat baik, hubungan yang baik, akhirnya berpisah juga, Bagaimana lagi nak di kata apa yang jadi bukan kemahuan aku. Biarlah jadi kenangan semuanya, memenuhi episod dalam perjalanan hidup aku yang sedikit bersinar namun akan datang bukan bererti hidup aku dalam kegelapan. Apa pun keadaan aku tetap senyum dan ketawa seperti biasa.
Biar dia tahu, tak semua janda itu mengharap untuk bergantung kepada lelaki dan janda yang dia kenal ini tak terdesak untuk berkahwin atau memilih sembarangan orang untuk berkahwin.
Untuk menghormati permintaan dia, maka aku rahsiakan sebab yang membuatkan aku menolak lamaran dia. Sememangnya dia bersalah dan dia perlu tanggung sendiri kesilapan yang dia sendiri cipta. Aku dah tak mampu menangis lagi. Aku dah tak kuasa nak melayan kerenah manusia.
Aku dah lama redha walau apa pun yang akan terjadi. Aku hanya mencuba andai peluang itu ada. Andai begini jadinya aku pasrah. Aku tak pasti dengan perasaan sendiri sama ada sedih, suka atau kecewa atau mungkin sakit hati. Aku tahu dia lebih kecewa impian dia tak tercapai, kerana harapan hampa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan