Khamis, 5 Oktober 2023

Taste

Sebenarnya yang betul-betul rapat dengan aku sangat tahu taste aku macam mana. Maksud aku lelaki idaman hati hahahaha. Aku sebenarnya suka lelaki yang kurus lebih kurang macam aku. Ketinggian tak kisah, tinggi dari aku atau tidak. Warna kulit aku lebih suka gelap daripada aku. Soal kerja sebenarnya aku kisah tak kisah le jugak. Apa yang penting lelaki tu mampu tanggung aku, bukan aku tanggung dia.

Siapa sangka kan, yang aku paling tak suka itu yang Allah takdirkan untuk aku. Husband aku gemuk. Sebelum-sebelum ni bila aku tahu lelaki tu gemuk aku tak fikir panjang memang kene reject, dia berduit pun aku tak pandang beb haha. Tapi lain cerita denga laki aku.

Semuanya terjadi tak dirancang. Mula-mula jumpa mesti la kita dah tahu saiz badan dia. Tapi dalam hati ni 'kenal je la, kalau aku tak suka aku reject je la" apa susah. Itu le yang selalu aku lakukan. Sesiapa pun kita, lelaki mahupun perempuan, kita berhak memilih. Kalau suka teruskan tak suka, tak perlu pendam buat keputusan dan tinggalkan. Bagi peluang untuk kita atau si dia mencari cinta yang lain. Kebahagiaan dengan orang lain. Semua orang berhak dicintai oleh orang yang sudi menerima seadanya.

Walaupun aku dan husband kenal tak lama, bukan bererti aku tak gaduh, tak berselisih faham. Selalu sangat sampai tahap seminggu nak kawin aku yang tak nak kawin. Asyik gaduh je. Betapa ujian nak kawin tu memang tak kira usia laaaa... Mujur husband pujuk. Banyak perkara dan urusan dari pihak aku tak ada masalah tapi dari pihak suami je selalu sangat pending. Pilihan hall pun gaduh dulu. Macam-macam la.

Tapi tu la bila dah kawin kan. Hubungan dah halal. Lelaki yang dulunya saiz badan kita tak pandang rupanya dia la pendamping kita. Perut yang gemuk itu la sedap dipeluk, buat main tumbuk-tumbuk... kelako... itu le yang selalu menghiburkan hati. Tak sangka laki aku lucu orangnya. Cuma dia ni gemuk yang pejal bukan gemuk lembik atau gemuk air.... Badan laki aku aku pegang lengan dia je bukan main keras. Katanya dia main gym, sebelum-sebelum ni laaa. Dah kawin kata nak p gym... aku tengok ngadap TV tengok movie jeee.... Masalahnya aku pulak dia ajak tengok sekali, masalahnya jugak dia suka tengok terita tembak-tembak gaduh-gaduh. Adoiii la. Pernah dia yang beriya-iya ajak, aku dah tengok, dia ajak masuk bilik tidur hahahaha... Aku tengok dah le menjerit-jerit. Tengok pulak sambil makan, tekejut punya pasal tumbah kuah som tam yang aku makan. Geli hati pulak.

Apa pun Alhamdulillah, Syukur dia seorang yang tak berkira, dalam hati nak mintak RM50 sebab hujung bulan, buat duit makan je. Dia bagi aku 1K bank in terus.... sukanya. Nafkah pun dia bagi lebih dari yang aku nak mintak, aku nak mintak 1K je. Dia bagi lebih dari tu syukur Alhamdulillah. 

1 Perkara yang aku respact dia bukan sahaja jaga solat, malah rajin mengaji. Kalah aku, aku pun tak ngaji hari-hari. Nak-nak da kawin ni, balik-balik kerja je da bekejar-kejar nak masak. Alhamdulillah la. Mudah-mudahan Allah limpah ruahkan lagi rezeki buat dia. Sihatkan dia dan matikan aku dulu sebelum dia. 

Sesungguhnya Allah makbulkan doa "temukan aku dengan lelaki yang mampu zahir dan batin, dan taat perintahMu". Yeee... doa dari seorang prempuan yang pernah berkahwin. Malah di akhir zaman ni, banyak manusia yang melalukan dosa, masa ada leka mahupun untuk meneruskan kehidupan. Syukur atas nikmat yang Allah berikan. Kadang-kala rasa macam mimpi, rasa macam sekejap. Ye la, semuanya tiba-tiba. aku tumpang senang dengan suami. Walaupun suami tak ada rumah lagi. Mudah-mudahan, dia beli rumah pulak lepas ni.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA