Sabtu, 23 September 2023

Honeymoon Trip

Alhamdulillah, hari ini mula bekerja seperti biasa selepas 9 hari bercuti dari 15 hingga 23 Semtember lalu. Ye la husband kesayangan bawak honeymood, honeymood yang tertunda dek kerana aku bekerja Pilihan Raya Kecil. Rancang gerak pada 15 September pun tertangguh beberapa hari dari plan Jumaat, tetapi gerak Isnin pada 18 September. 
Aku siapkan pakaian dan badan je. Sementara menunggu masa nak gerak tu aku sempat la mengemas baju yang menimbun. Sambil-sambil memilih pakaian untuk dibawa dan iron baju mana yang perlu di iron. 

Husband tak sudah dengan mengidam dia, perancangan dia penuh dengan makan-makan, tengok perut la hahaha. Aku tak sempat lapo dia dah nak makan lagi, makan je la. Layankan je la. Risau aku pun akan jadi sama besar dengan dia je nanti huhu

Tak la ke tempat yang best sangat, hanya trip dari JB ke Bentong hanya jalan-jalan dan makan-makan. Sebenarnya ke Bentong ni adalah kampung mak mertua, mak mertua Cina mualaf, menetap di JB pada awalnya, sekarang tinggal di Kota Tinggi.

Rancang nak gerak awal pun terpaksa singgah office husband. Baru la lunch di JB. Dinner singgah la Restoran Chef Ammar yang di idam-idamkan sangat. Dah makan baru dia tau rasa dia biasa-biasa je. Aku dah kenyang sangat macam-macam makan ringgan-ringgan dalam kereta sebelum sampai situ. So order la Spaggeti je. Eeemmm... sedap.

Lepas makan terus ke Bentong, maka tidur di Hotel Bentung 2 malam. Ke rumah mak cik dan berjumpa sepupu-sepupu husband. Sempat la ke outlet Genting Highland dan ke genting theme park. Fuh!! 1st time ni jejak kaki ke Genting, tak pernah termimpi pun nak ke sana. Seronok tu seronok tapi kurang sikit sebab laki aku takut pulak nak main game yang ada. Out door tutup, ada indoor je macam best macam nak main. Tapi laki aku pulak beriya-iya tak mau.... adoiiii.... ajak ke Genting tapi tak nak main. Laki aku harap badan je besar hati kecil lagi kecut. Macam tu pun takut hahaha aku dah teruja nak main, terbantot mood huhu.

Dapat la jugak naik cable car. Balik rumah mertua abang dia tak sangka le laki aku ni boleh naik cable car... Aduhai rupannyaaaa.... itu pun dia takut. Patut le beriya-iya nak bawak kereta kikikii... Gigih jugak le dia layankan bini, walaupun dia takut. hahahaha.... Di Bentong sempat la layan selera husband nak makan lemang To'ki, fuh!! memang sedap. siap ada ayam bakar. Sarap orang bentong makan durian eh pagi-pagi huhu... macam pelik je aku rasa. 

Hari kedua pulak sempat sarap "nasi pulut" laki aku cakap. Ternyata nama yang dia sebut tu salah, asal boleh je laki aku ni ekkk... Nama sebenarnya "Pulut Badat". Pulut yang di makan dengan rendang atau beberapa pilihan lauk yang lain. Tak sangka punya banyaknya pulut, macam makan nasi sepinggan. Jenuh nak habiskan. Orang Johor makan pulut sikit nisbahnya buat kuih. Orang Utara & Pantai Timur makan pulut macam makan nasi.

OTW nak balik sempat la singgah KL tengok wayang. Ni pun layankan laki aku, tengok cerita apa pun aku dah lupa. Nak balik tu aku teringin ke restoran yang 1 namanya x silap mery jane area KL town. TUTUP, sedihnya. Tempat tu cantik sebenarnya huhu.

Kemudian aku ke Nilai tujuannya ke Nilai 3. Fuh terubat kekecewaan tak dapat makan di mery jane. Memang aku borong pinggan yang da lama aku idamkan. Yaaa... aku plan di rumah sekarang ni bertemakan emerald green, gold & black huh!!! yeee yoookkk oooo jeee... 

Sempat la singgah Seremban rumah Kak Long Aku. Apa lagi nak ambik baang yang aku tumpangkan le masa pindah kemarin, bergaduh-gaduh dengan laki muat tak muat muat tak muat. Aku keraskan hati jugak, susun semula barang dalam bonet, muat OK hahaha.... Dengan bini pun nak gaduh kan perempauna always right hahahaha.....










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA