Rabu, 18 Oktober 2023

Si Kiki

Dalam hati da tak de hati nak ada haiwan peliharaan lagi. Alhaklum la, sedih dan kesian dengan nasib kucing-kucing yang dipelihara tidak dapat layanan sebaik mana kita layan. Selain 2 ekor jantan yang terlepas keluar dari rumah. Seekor yang bernama HERO masih ada di sekitar kuarters kerana dah jadi stray cat dari sebelum pindah lagi. Yang seekor lagi namanya SUN memang tak pernah keluar rumah, tetapi kerana ditinggalkan dia melarikan diri dari tingkap dapur, terus tak dapat dikesan.

Si ibu dan anaknya MOON diberikan kepada ex boyfriend, dia suka rela nak jaga, dia suka sebab kucing tu bulu kembang. Si Moon pun hilang dalam jagaan dia. Mana tak hilang, dikurung je dalam sangkar. Masa aku yang jaga Moon bebas dalam rumah termasuk la bilik aku malah seluruh kawasan rumah dia boleh pergi. Sedih sangat sebab tak dapat jaga mereka sampai hujung nyawa. Hanya sempat lihat dari lahir sampai menjadi remaja. Aku pun berpindah ke Johor Bahru.


Tetapi seminggu yang lalu, laki aku terdengar bunyi kucing di luar pintu. Bukak-bukak masuk la anak kucing. Wah! dia pun google. Dia kata bawak rezeki ke apa, dan akan bertambah ahli keuarga sambil usap perut aku. Ye yokkk oooo je laki aku tu. 

kucing datang depan rumah tu biasa kalau rumah landed. Tapi ni rumah bertingkat, 15 tingkat pulak tu, macam sesuatu. Kata dia la... beriya-iya nak jaga kiten tu. Aku pun cakap la. Nak jaga kene beli sangkar, pasir dan bekas taik, makanan dan bekas makanan dan minuman.

Eh! dia sanggup! habis 500 lebih jugak la belikan barang kucing tu semua. Duit dia tak pe, aku tunjuk je apa yang aku nak hehehehe. Hari ni genap seminggu dia duduk dengan aku. Tapi ada masalah kurap, makin merebak di kepala. Jumaat ni baru nak bawak dia ke klinik. Nak mandikan pun tak sempat masa cuti minggu lepas, syampoo dia pun beli online dan semalam baru sampai. 

In Shaa Allah, harapan husband nak beli kucing bulu kembang. Aku pun teringin jugak, cuma masa sekarang ni tak sesuai sebab duduk kuarters. Dah beberapa kali aku suarakan supaya dia beli rumah sendiri sementara masih muda. Tapi dalam tempoh setahun ni menyimpan dulu untuk beli kelengkapan dan keperluan rumah. Mudah-mudahan suami kesayangan aku ni dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus dan dapat beli rumah landa 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA