Akhirnya, selepas berbulan kahwin, Album kawin baru le dapat. Memang wow sangat siap masuk dalam bag macam orang bawak bag ke office tu. Albumnya elok, elok sangat macam album sekarang ni, tapi gambar nikah hingga solekkannya je rasa macam x puas hati. Mujur la masa sanding semuanya ok.
Dapat la simpan jadi kenangan, aku sendiri pun tak sangka. Dengan orang0orang sebelum suami aku tak rancang untuk buat majlis pun. Ingat nak nikah je. Wang hantaran pun aku tak mintak, aku cuma nak nikah cepat je. Sebab aku tak suka hubungan yang terlalu lama. bukan je dah tua tapi x sesuai nak dating mengalahkan orang muda.
Dulu-dulu punya cerita, aku memang mintak wang hantaran 10K aku nak buat majlis. Siapa sangka dengan IzinNya aku dapat apa yang aku idamkan. Pelamin pun indah, nampak gah dan menarik. Gambar beramai-ramai pun boleh cukup meriah walaupun tak ramai jemputan hanya 100 orang je. Itu pun bahagia 2 dengan family suami. Yang bestnya, walaupun suami muda 8 tahun, tapi wang hantaran dia yang naak bagi tanpa aku mintak. Malah nafkah pun aku nak mintak 1K tapi segan, tub2 dia bagi lebih dari tu.
Syukur Alhamdulillah, sekian lama hidup sendiri, sekian lama bersusah payah sendiri. Sekarang dengan duit yang suami bagi aku belikan barang-barang keperluan rumah. mana yang kosnya ribu riban suami dah belikan sofa, katil& tilam, mesin basuh dan peti sejuk dia dah belikan. Aircon pun dia pasang dalam bilik, tu bukan permintaan aku, tapi dia tak tahan panas kikikikiki, gemukkk...
In Shaa Allah jika keperluan rumah selesai, aku nak simpan duit. Sekarang simpan duit sendiri je. Duit Suami aku belikan barang rumah mana yang perlu. Alhamdulillah makin sempurna tapi tak secara keseluruhan. Apa pun Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan