Alhamdulillah syukur kehadrat Allah Subhanahuataala... atas segala limpah rahmat, rezeki yang telah ditetapkan tidak lewat tidak cepat tapi tepat mengikut kemahuanNya. Kita hanya mampu merancang Allah jua menentukan segala-galanya.
Sebulan sudah berlalu usia perkahwinan aku yang begitu mentah atau awal untuk diceritakan. Tanggal 08.08.2023, tarikh keramat yang menjadi pilihan untuk akad nikah. Rasa seperti dah lama sangat berkahwin ni hahahaha... Tak sangka akhirnya aku bertemu juga jodoh. Selepas setahun lebih di Johor Bahru. Tapi sebenarnya aku memang betul-betul serius mencari jodoh.
So cerita sikit la pasal pasangan dan perkenalan. aku dan pasangan kenal tak lama pun. Kenal di App di FB la. Pada penghujung Mac 2023 aku berkenalan dengan dia, hanya borak-borak kosong je pada mulanya. Dia pun muda sangat bagi aku. Sebab dia muda, dan sebab aku biasa kenal orang muda lepas jumpa je senyap.
Tapi dia beriya-iya nak kenal. Beriya-iya suruh bagi peluang. Aku beriya-iya bagi alasan, kerana usia tu aku tak yakin. Macam-macam la aku cakap. Antaranya aku terus terang je aku x nak kenal lama-lama, nak cari yang betul-betul serius, semua kos rumah tangga aku tak nak tanggung, eh macam-macam laaa.
Aku janji nak bagi no phone pun aku tak bagi, sebab tak nak di ganggu. Akhirnya masa nak jumpa selepas raya pertengahan Mei lalu, baru le aku bagi no phone pada hari yang sama nak jumpa dia. Bayangkan 1st date dia boleh pakai baju tak iron. Ingat aku tak memilih ke? Tapi yeee la kita nak reject.... itu hak kita anytime boleh reject hahahaha....
Dia pun sebenarnya nak kawin cepat, masalahnya cepat sangat dari apa yang aku jangkakan. Masa jumpa itu la kami declare untuk serius. Selepas itu aku terus isi borang online untuk kawin. maka dari situ la bermula segala urusan. Buat test HIV, jumpa penghulu, turun naik mahkamah syariah untuk uruskan wali hakim, turun naik Pejabat Kadi Muar untuk dapatkan sijil Nikah emak. Booking temujanji di Pejabat Kadi JB pulak untuk urusan nikah. Syukur Alhamdulillah ada sedikit kesukaran, tapi ada jalan memudahkan.
Itu pasal dokumantasi. Yang lucunya. Bila kata nak serius tu. Aku terus cakap nak jumpa Family dia hahaha... Gila kan, biasanya family yang nak jumpa calon menantu. ini aku yang suruh dia bawak jumpa parent dia. Dia OK je tapi Family dia pulak yang risau. Nak masak apa, rumah tak berkemas la. Yaaaa... aku ke rumah dia jumpa mak bapak dia. Peh!! Aku datang mak dia masak lauk banyak eh!, bapak dia masak nasi minyak eh!! sedap eh!! haha... Lepas tu macam-macam disoal siasat, apa yang mak dia tanya banyak pulak yang tak betul, aku yang pening.
Bila dia kata nak kawin, mak dia terus nak tengok gambar aku. Terus setuju eh. haha.. Yang buat aku pening akhirnya terjawab. Sebelum ni dia pernah bawak perempuan balik. Tub-tub bapak dia tak setuju dengan alasan. Perempuan tu tua sangat. Dia risau jugak kot-kot bapak dia reject aku. Tapi bapak dia tak cakap apa-apa pun lepas dia hantar aku balik. Sebab nak elak parent dia syak aku ni beza banyak usia dengan dia. Maka dia pun kata la aku ni umur lebih kurang dia, anak pun lebih kurang sebaya anak dia, tapi anak aku yang sorang pun dia kata dua, rupaanya dia tengok gambar raya aku dengan asyraaf, dia kata anak aku 2 orang sepasang ajeeee le tau le rabun agak-agak leee. Lupa le tu apa yang aku cerita.
Lom isu suai kenal lagi, dia suka marajuk tak tentu hala. asal sikit merajuk, sikit merajuk. Aku rajin aku pujuk. Tak pun aku buat tak faham je hahahaha..... elok le sendiri. Aku buat tak tahu jeee. 1st time aku kenal lelaki suka merajuk dan dia la yang jadi jodoh aku rupanya hahaha. Alhamdulillah sekarang dia tak de nak merajuk-rajuk macam dulu, ye la kenal tak lama terus kawin, lama-lama masak le perangai masing masing.
Tapiii cemburu tu ada. Dia kata aku ni pelik, tak macam perempuan lain, ada perempuan takut ditinggalkan. Dia pun beberapa kali memberi ugutan. sekali dua aku layan. Lepas tu aku OK fine, tak payah kawin... ha!!! masa tu dia yang mengelupur cari aku balik. hahaha dah kawin punnnn.... Sebenarnya aku yang pelik dengan dia, aku ingat bila muda dari aku tak cemburu, sama je, aku pun x faham. Aku ni dah tua, x de masa nak buang masa, nak layan lelaki sembarangan, apatah lagi nak menambah dosa. Aku nak fokus dengan apa yang dipertanggungjawabkan kepada aku je dah cukup, jaga kerja jaga keluarga. Cukup masa ajal menjemput...
Sebenarnya dengan dia aku hanya mintak gelang tangan je. Alhamdulillah Syukur dia bagi Wang Hantaran 10K tanpa aku mintak, dia yang nak bagi. Cincin emas putih berbatu hijau hadiah dari parent dia. Sebab aku tak nak, dan tak nak susahkan dia. Tapi Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan dan selesai.
Nikah pun di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru, hanya aku, suami dan Asyraaf je yang hadir. Kerana hanya 3 orang je yang dibenarkan masuk. Seperti Wakil Kadi cakap, Pelamin ada disediakan untuk pengantin. Tapi aku booking juru foto untuk ambik gambar out door.
Tepek la gambar nikah kat sini sebagai kenangan, takut phone hilang storage penuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan