Ahad, 4 Ogos 2019

Saunaku In The House


Ya Allah Syukur Alhamdulillah, sekian lama sejak dari tangkak lagi aku  mengidamkan sauna sendiri akhirnya hari ini dah pun aku miliki. Sudah juga aku belajar menyediakan sauna  sendiri, tak susah pun semuanya siap sedia. Hanya perlu belajar cara menggunakan steamer. Yup, itu pun  susah  ada instruction manual sebagai rujukan.




Puncanya yang buat aku berminat nak bersama ni, sebab masa bekerja di Tangkak, Aku berkenalan dengan isteri artis yang bukak SPA. Dia kata amalkan sauna selalu awet muda. Tapi Aku x sauna lagi da nampak awet muda rasanya hahahahahaa perasan tak pe asal kan x menyusahkan orang, dan kerana itu la aku da lama pendam mwnginginkan khemah sauna sendiri.

Ada juga terbaca, sauna ni sangat Bagus untuk orang yang kolestrol tinggi macam aku ni ha, itu pun 1 puncanya untuk aku tekat nak bersauna. Aku tak sempat nak bersukan atau bersenam, mana Ada masa kerja pun selalu Balik lambat. Ini kan pulak nak bersenam hahaha, alasan perlu kukuh, kononnya.

Rumah  aku bau macam ada orang bersalin, dahhhh.... bau rempah macam ada orang beranak. Beranak jugak la 1 pun, dah lama pun huhu bersalin hari2, salin pakaian. Sauna ni sepatutnya seminggu 3 kali, tetapi  kalau yang nak kurus boleh buat setiap hari terutamanya yang dalam pantang.


Tapi lain ceritanya , aku hanya mampu 20 minit je sauna, ya ampun x tahan panas, x dapat nak bayangkan macam mana dalam neraka hahaha. Kesan pada setiap orang berbeza, Aku baca ada yang lepas sauna badan dia jadi segar, Tapi lain pulak pada Aku, Lepas sauna Aku rasa terlalu la letih, sudahnya, Lepas sauna ke Aku mesti tidur, rehat sungguh-sungguh la haha. Tak kisah la yang penting kene buat selalu. Yang disyorkan selama 45 minit itu masa paling lama. Aku mungkin x banyak lemak dosa yang banyak agaknya hahahaa. 

Dalam set sauna ni, selain khemah, dapat juga periuk bersekali dalam set sauna ni. Dapat jugak rempah untuk sauna sangat jimat, 1 uncang boleh buat sauna 3 kali. Sememangnya bau rempah la.




Sebenarnya aku main kutu untuk beli set sauna ni, seramai 6 orang sebulan RM70, Alhamdulillah dah pun selesai. Jadi untuk me dapatkan rempah sauna boleh je PM nak kutu. Aku harap ini Bukan angan- angan je la, kalau buat seminggu sekali pun da baik, yang penting minum air kosong banyak2. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA