Ahad, 25 Ogos 2019

Anak Kucing



Al-kisahnya, hari Jumaat balik kerja lambat, so terus ambik Asyraaf di rumah dan terus ke  pasar malam, makan la apa lagi huhu. Kesian Kat dia kalau lambat masak dia lapar sangat2. Cuma hari jumaat Ibu dia ambik dia bawak ke Masjid jadi, sebelum solat sempat la makan. Hari2 lain dia tunggu la ibu dia balik petang baru masak. Banyak kali tanya nak makan tengahari tak? Kalau nak Ibu masakkan, dia tak nak. Jadi Balik kije la Aku masak, kalau x sempat memang keluar la jawabnya.

Haaaa gituwww.... berbalik pada cerita di pasar malam tu, Asyraaf kata dia ambik kucing Kat Taman, Taman kuarters, bawak balik, aku  da risau buatnya dia kencing berak kang. Rupanya dia bungkus mcm lepat  kucing tu dia letak dalam beg yang dia bawak Allahu Akhbar, anak2. Aku ni memang suka kucing, tapi masalahnya  malas  nak bele kucing, nak bagi makan, paling tak suka bau kencing kucing, ya Allah kalau balik  kampung tu, bau kencing kucing memang menjerit la Aku.

Dah tu, kucing tu tak kan nak buang semula, kecik sangat, masih x pandai nak cari tempat makan.
Anak kucing ni busuk, ada pulak luka di tengkuknya, malam tu jugak aku  letak minyak gamat, hari ni terkopek kuping kudisnya, dah la nampak daging luka tu. Bertambah la kesian.

So ambik je la walaupun hati ni risau. Risau la aku ni bekerja Balik pun petang, nak Balik tengahari Aku ni spesis x suka keluar waktu pejabat. Lepas tu bila keluar time tu jugak la bos duk mesej, time tu la ada kije, time tu jugak la urgent hokkk alohhhh memang susah la nak keluar. Tapi kalau urusan anak perjumpaan di sekolah, Aku memang tunjuk surat sekolah pada bos. Service kereta pun kalau boleh hari sabtu pagi je. Malas nak kacau waktu kerja.

Jadi mcm mana nak jaga kucing. Aku fikir berdosa kalau x diberi makan. Asyraaf juga la jadi sasaran. Dia yang bawak balik so dia jugak la kene bertanggungjawab. Aku pesan siap2, lap kencing buang taik dia, bagi makan minum, Sebelum ke sekolah sementara tunggu Aku bersiap kerja dia la bagi susu kat kucing Tu dan Balik sekolah pun sama. Aku da keluarkan modal Beli keperluan untuk anak kucing tu.


Aku siap tanya mr. Google tau! Dapat la maklumat yang memang sangat membantu di sini http://www.catswonderland.my/panduan-lengkap-menjaga-anak-kucing-yang-kehilangan-ibu/  cadangnya nak beli pasir dan tempat tidur dia. Bila dah baca bertambah pulak apa yang nak dibeli dah sampai pet shop lagi bertambah keperluan dia. Cuma sangkar je tak Beli. Tapi rasa nyesal jugak tak beli, sebabnya kucing ni suka menyorong itu 1 hal, dia kencing ikut suka dia, adoiiiiii buat kije aku nak kene lap kencing dia pulak. Pantang pintu bilik terbuka, ketetel dia lari meluru ke dalam bilik. Mana boleh jadi, tambah kije pulak duk perhati kan dia.

Fuh!! Teruja bila masuk pet  shop, Aku pun beli la susu kambing, yeeeee susu kambing, kitten x boleh minum susu lembu sebab ada lactose  yang boleh menyebabkan cirit birit, dan susu kambing merupakan yang terhampir menyamai susu ibu. Siap la dengan botol susu dia. Beli la pasir untuk ajar dia berak di pasir. Dah tak tau kan Aku dengan bangganya tanya kucing tu boleh mandikan tak? Hahaha maka dia pun syorkan wet wipes, Sebab kitten x boleh di mandikan lagi. Beli juga spray antibiotik untuk lukanya, walaupun aku dah gunakan minyak gamat dan ubat kuning. Tengah nak bayar biji  mata ni terpandang pulak, bed cat, tambah la lagi, memang kesian dia menyelerakan ke kat Aku @ yap, rupanya dia perlukan haba, sepertimana kitten tengah menyusu dengan Ibu dia, di pelik ibu dia, Aku pulak, letak sehelai tuala letak pulak dia dalam toilet, alahai kesian, jadi malam tadi dia tidur agak selesa la jugak, da ada bed sendiri. Memang banyak keluarga modal. Lepas la kalau nak beli baju cantik @ handbag baru. Tapi tu la rasa seronok semuanya dapat disediakan untuk kitten tu, yang Aku beri nama TUAH haaaa berbuah macam yap, jantan. Tuah tu dengan harapan dia membawang tuah, membesar dengan sihat.

Lepas ni nak  beli sangkar pulak, nak ajar dia berak kat pasir. Aku nak kerja takut dia entah ke mana2 jadi kene la masukkan dalam sangkar. Nak ajar dia duduk dalam tu, pasir pun letak sekali, rupanya kene ajar kitten tu mengais pasir. Alahai kesian sungguh la dia
tau la lepas ni jadi. Orang kata bele kucing ni murah rezeki, malah kucing ni haiwan kesayangan nabi. Aku pun memang suka kucing cuma, di kuarters tak boleh bela kucing dan tanam tumbuh- tumbuhan  @ pokok. Tapi Aku ada je kedua2nya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA