Ahad, 11 Ogos 2019

Raya Korban Tahun ni

Raya haji  tahun ni aku tak balik, al- maklum je la sehari sebelum gaji Aku da bayar roodtex kereta, hari gaji cuti ambik mak, tukar tayar kereta 4 biji sekali sempat juga beli baju sekolah Asyraaf sepersalinan menggantikan sepasang pakaian yang hilang akibat kecuaian dia, sempat juga beli stationery untuk dia. Bagi mak duit pun lebih sebab jagakan Asyraaf semasa Aku our station, kemudian hantar nak Balik. Jadi banyak kos dah keluar. So raya tak kemana2 pun.
Rancang nak solat raya di masjid besi aka masjid favourite aku, Alhamdulillah x sangka jiran pelawa untuk terima daging korban. So follow la kalau da rezeki. Bila nak terima daging korban, penerima dijemput sekali, disediakan sekali aturcara majlisnya.

Entah la kenapa agaknya Aku da lambat. Aku terjaga pun lambat, Tapi masih x terlepas la kalau nak p Surau awal, Tapi x tau la, lambat jugak, tambah Asyraaf orang da nak gerak dia pulak nak terberak, sakit hati jugak. Sudahnya sampai Surau da dengar khutbah. Aku dengan confidence cari tempat wuduk, solat sunat tahiyatul masjid dan tunggu khutbah selesai. 

Lepas tu Aku tanya orang sebelah, dah solat ke???? Hahahaha membodohkan diri sendiri nampaknya.  Kecewa la, sudahnya bila semua yang bernasur, Aku solat sendiri je, mudah-Mudahan Allah terima la amal yang ciput ni. Sekarang-kurangnya aku ada la usaha untuk melakukannya. Da la blur, doa masuk masjid pun x ingat, entah doa apa yang aku baca, Aku pun x ingat. Entah la serba tak kene.

Dapat la breakfast kat situ, menyaksikan acara korban, tapi aku cabut lari, duk diam2 bawah khemah,  dengar suara lembu yang da kene sembelih dan lembu yang embooookkk tunggu turns nak kene potong leher,  aku tak sampai hati nak tengok, lembu yang kene sembelih aku pulak nak nangis. Hati yang keras kematu  ni tiba- tiba sayu beno rasanya. 

Lama jugak la kalau da 10 ekor lembu korban, ramai juga orang, bangla pun ramai membantu semasa proses penyembelihan, dan potong2 daging, orang melayu ramai jadi cameraman, videoman termasuk la aku, kerja bangsa lain buat. Da tu nak tolong tak tau nak tolong buat apa, dengan Aku yang tidur lewat, ambik kesempatan lelapkan mata sekejap sementara menunggu. 

Aku pun x tau la macam mana dia orang buat agihan. Adayang da ambil dulu, banyak pulak tu lebih 1KG daging, pakej tulang rusuk bagai, penerima macam Aku ni duk perhati je. Tiba- tiba buat urus setia buat announcement daging tak cukup, pelik la hai. 10 ekor lembu tu bukan sikit-sikit, Aku tak ada ilmu dalam bab korban kiraan daging dan sebagainya. 

Tapi ini Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya, bukan Presint 9 yang punya. So ramai yang datang dari Presint2 yang lain, yang mana tak balik kampung, dan dipelawa untuk hadir ke majlis ini yang di rasmikan oleh Menteri Wilayah. Nama sudah diberi awal, kenapa tak kira berapa jumlah penerima semasa mendaftar. 

Pemberiannya, MasyakAllah, mula2 suruh beratur, sepantas kilat, pemberi daging dikerumun, tak ubah seperti di Palestin berebut, berhempit2 lelaki dan Perempuan termasuk la aku, sudahnya habis, marah la jugak, dari pagi tunggu. Tapi kalau da rezeki, jiran aku  bagi la bahagian dia, itu pun laki bini dapat. Orang ramai tak la seramai mana pun tapi, tapi kalau 1 rumah ada 2 keluarga, pasangan suami isteri pun semua dapat banyak pun jadi tak cukup, itu la silapnya.

Kebetulan, mak aku  pernah buat korban 1 ekor lembu dapat bagi 1 kampung kot. Sepupu aku biasa terlibat dalam Program macam ni. Sebelum apa2 daging korban tu daging sahaja, di kita berapa KG. Kemudian kira pulak berapa jumlah rumah di kg padang lerek 2. Jadi di hitung berapa gram untuk 1 keluarga terima, Alhamdulillah lembu nampak kurus, tapi daging dapat diedar 1 kampung. 

Tapi di majlis ni lain pulak, tak pasti berapa KG setiap plastik, Lom kira seekor untuk buat masak untuk dihidang kepada tetamu. Aku!!!!! Da dapat daging terus cabut balik, kalau diedarkan kepada penerima lagi bagus, tapi x tau la kalau lembu tu di sumbang untuk makan tengah hari. 

Bende2 macam ni perlu ada ilmu, Aku pun nak kene cari maklumat bagaimana daging korban diagihkan, nak cakap banyak pun tak tau betul ke tidak. Aku Bukan la marah cuma, pelik Presint 9 merupakan penempatan terasa berbanding presint yang lain2. Jadi acara korban diadakan setiap tahun. Bagaimana agaknya dia org ni agihan daging. Daging korban ni Bukan gading lembu biasa2. Pe gagihannya kene betul, silap langkah tanggung la dosa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA