Ahad, 25 Ogos 2019

Anak Kucing



Al-kisahnya, hari Jumaat balik kerja lambat, so terus ambik Asyraaf di rumah dan terus ke  pasar malam, makan la apa lagi huhu. Kesian Kat dia kalau lambat masak dia lapar sangat2. Cuma hari jumaat Ibu dia ambik dia bawak ke Masjid jadi, sebelum solat sempat la makan. Hari2 lain dia tunggu la ibu dia balik petang baru masak. Banyak kali tanya nak makan tengahari tak? Kalau nak Ibu masakkan, dia tak nak. Jadi Balik kije la Aku masak, kalau x sempat memang keluar la jawabnya.

Rabu, 14 Ogos 2019

Gaduh

Hahahaha brutal kan aku. Haah boleh tahan. Aku ni malas nak gaduh-gaduh dah tua-tua ni, tapi aku geram, menyampah, dengan sorang minah kat office ni. Aku memang tak berkawan dengan dia sejak insident kerja di Perak masa 2018. huh!!! perangai molek la sangat. Sejak itu aku tak bertegur sapa, ada pun urusan kerja sahaja. Selebihnya tengok muka dengo suara memang aku tak berkenan.

Ahad, 11 Ogos 2019

Raya Korban Tahun ni

Raya haji  tahun ni aku tak balik, al- maklum je la sehari sebelum gaji Aku da bayar roodtex kereta, hari gaji cuti ambik mak, tukar tayar kereta 4 biji sekali sempat juga beli baju sekolah Asyraaf sepersalinan menggantikan sepasang pakaian yang hilang akibat kecuaian dia, sempat juga beli stationery untuk dia. Bagi mak duit pun lebih sebab jagakan Asyraaf semasa Aku our station, kemudian hantar nak Balik. Jadi banyak kos dah keluar. So raya tak kemana2 pun.

Jumaat, 9 Ogos 2019

Teman Rapat


Aku ni jenis yang tak suka berkawan sangat, tapi tak tau la macam mana boleh rapat dengan officemate sorang ni. Kami lain skim, dia PA dan aku selalu ganti tempat dia bila dia cuti. Selalu makan sama di pantry. 

Ahad, 4 Ogos 2019

Saunaku In The House


Ya Allah Syukur Alhamdulillah, sekian lama sejak dari tangkak lagi aku  mengidamkan sauna sendiri akhirnya hari ini dah pun aku miliki. Sudah juga aku belajar menyediakan sauna  sendiri, tak susah pun semuanya siap sedia. Hanya perlu belajar cara menggunakan steamer. Yup, itu pun  susah  ada instruction manual sebagai rujukan.

Jumaat, 2 Ogos 2019

My Green Love


Selesai aku mandikan kereta ni, baru la kereta ni ada rupa tuan dia yg comel 😝😝😝😝😝, kalau tak serabut kepala otak aku, asyik tak sempat je nak cuci, plan tu ada bebulan lamanya, dari hari ke minggu sampai la ni. Ini pun sebab plan nak bawak Pengarah Sabah ke Melaka sempena Program jabatan, x jadi tapi tiba2 kene bawak Pengarah Labuan pulak, mencecet aku keluar cuci kereta, malu oooooo Perempuan kereta bersepah 😎😎😎. Ta

Khamis, 1 Ogos 2019

Andainya Esok.....



Walaupun esok masih tidak pasti,
Namun kehidupan ini perlu  dilalui,
Apa pun yang akan terjadi,
Semestinya ketentuan Ilahi.

SESEDAP RASA