Khamis, 7 Januari 2016

Tahun Baru Nan Sunyi

Masih tak terlewat lagi masuk ke 2016. Dalam keadaan yang berbeza pada tahun ini, untuk saat ini. Aku sendiri memandangkan Asyraaf dah belajar di tahfiz. Rasa janggal dan tak biasa lagi. Memang kurang aktivitinya, malah lebih senyap dari biasa.


Di pejabat aku happy la tapi di rumah aku sunyi sepi. Ada kerja tapi tak terbuat, baju dah nak sebakul tak terlipat. Nak makan pun masak magie je yang sedap, nak masak tak semangat, blur untuk masa ni, rasa hidup macam tak ada makna. Nak berjalan aku ni bukan kaki rayau, suka memerap duk rumah. 

Lepas Isyak cepat2 aku nak tido, tv jangan kata onn, plug yang asyraaf bukak balik kampung pun aku tak pasang lagi dah 3 minggu dalam diam2. Kalau macam ni selalu apa akan jadi ek!!!!! jangan gila sudah.

In shaa Allah, masa banyak lapang semoga hajat nak mengaji tercapai, cukup la al-Quran jadi teman, nak lancarkan baca al-Quran kalau tak dapat 1 muka sehari, sekurang-kurangnya sebaris pun jadi la. Mudah-mudahan lebih banyak, lainnya  nak study BI. hidup paling mudah, duit tak habis, badan tak penat.

Menangis aku saat ini huhuhuhu sedih dengan kehidupan begitu, rindu dengan kesebokkan sebagai ibu.....


2 ulasan:

  1. dah selalu anak ada depan mata, tiba2 dia tak de memang la terasa sunyi Idah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye misah lagi2 kita sorang2, macam rasa tak berguna hidup ni hahahaha rindu saat sibuk uruskan si bujang senang

      Padam

SESEDAP RASA