Khamis, 28 Januari 2016

Niat Tercapai..



Memandangkan si bujang tiada disisi, aku mula mengisi ruang kekosongan khususnya pada waktu malam dengan melepak di Masjid kegemaran aku, sampai sebelum magrib balik selepas isyak. Tetapi setiap Khamis malam jumaat seperti biasa akan diadakan yasinan dan tahlil selepas magrib malah disediakan air mineral selepas tahlil boleh diambil oleh jemaah. 


Ini pic da lama, masa 1st bersama asyraaf

Tapi untuk hari ini, masjid mengadakan ceramah sempena sambutan hari wilayah pada 1 Februari akan datang. Kadang rasa macam seronok pulak bila lepas Isyak jemaah makan beramai-ramai, memang disediakan kepada jemaah. Tapi aku dengan hidup umpama didunia sendiri, jalan sesorang, makan sesorang tak ada aku peduli dengan orang sekeliling.. hahahaha..... itu la aku.


Maka dari situ la niatnya timbul untuk menyumbangkan kek batik  resepi dari aku yang digemari ramai  iyeee kee???? hehehehe.... hari khamis jugak la nak beli container, yang pasti mesti hijau, nasib baik tak beli di kedai jepun mahal sikit, di mydin lebih murah. 

Kebetulan minggu lepas telah di buat pengumuman kepada jemaah untuk menyumbang sedikit makanan setiap orang maka akhirnya kali ini dapat la aku menyumbangkan sedikit makanan. Alhamdulillah habis, da kata pun sedikit, mau tak habis.

Kebiasaanya aku ni asyik lewat je ke jamuan, ada yang sambung solat sunat selepas Isyak aku solat rawatib je, masih tak sehebat yang lain la, dengan witir nya agaknya la hehehe aku pun tak tanya.


Antara mudah yang per ah dihidangkan, alhamdulillah rezeki dari allah

Bila dah lambat tu mata menjeling-jeling jugak duk perhati siapa yang makan kek batik aku hehehe.... teruja dan rasa bangga sebab dapat bawak untuk memberi sumbangan untuk semua, sikit sama merasa, banyak sama kita mencekik yang sampai tercekik hahaha.

Eeeeemmm.... Untuk setakat ini memang la boleh ke Masjid, tapi akan datang di office baru masih kah boleh begini? in shaa Allah, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan aku.



3 ulasan:

SESEDAP RASA