Buat apa datok harimau, buat bodo hahahaha.... itu la aku sepanjang 2 hari bercuti. Memang best rehat-rehat buat apa yang aku suka. Kat mana datuk harimau??????? rumah aje hahaha, jimat sesangat, duit tak keluar, kereta tak jalan aku keluar buang sampah je, aku memang suka duk rumah.
Ini le masa yang ditunggu-tunggu selepas berminggu-minggu aku menguruskan anak, melayan tetamu aka mak datang, anak buah datang. Berulang alik ke kampung urusan persekolahan anak. Masyallah memang busy sepanjang disember, sampai hujung minggu asyik tak ada je di rumah, ada pun masa tu tengah penat, tengah ada orang tak berkesempatan nak mengemas rumah.
Jadi, minggu ni dapat la aku melipat baju, mengemas rumah, menyapu lantai, mencuci balkoni, mencuci toilet luar, selain membasuh baju, dapur pun siap dah bersih, beg-beg plastik yang menimbun pun siap aku lipat elok-elok letak 1 tempat, akalu tidak penuh 1 laci dengan gumpalan plastik. Permainan asyraaf pun habis aku kemas, buku-buku sekolah dah pun aku susun ditempat lain. Sisih kan permainan yang mana tak digunakan lagi. Itu saje dah makan berjam-jam.
Sempat jugak la bercucuk tanam sikit pokok lidah buaya yang mak bagi dah berminggu terbiar berhari-hari atas singki pun dah aku tanam berkawan dengan pokok cili yang masih renek tumbuh melata punya berpokok-pokok, pokok cili yang terpilih pulak dah dimasukkan ke dalam pasu lain yang lebih panjang. Pokok serai 2 pasu aku satukan dalam 1 pasu panjang. Tanah yang dibeli pun dah tak ada bersih buat tanam-tanaman. Seronok pulak.
Aku sempat jugak la memasak nasi berlaukkan sardin je, kebulur tahap gigil jam 4 ptg baru nak makan. Sarap jugak mee sup. Tapi tu la Sabtu seharian makan mee hoon dan magie, itu yang rasa semacam je nak mengigil, masak la jugak nasi. Aku ni dah duduk rumah sorang-sorang kang mati keras kang sape pun tak tahu.
Sempat jugak iron baju 2 pasang, walaupun iron aku tu hidup tak nak, mati pun aku tak kasik. Mana ada iron lain itu je satu-satunya. Nak mati pun tunggu le lepas aku dapat gaji. Nak aku humban je iron tu ke dalam tasek gerammm..... tengah-tengah gawat macam ni buat hal. Belum kes Tab aku yang di caj-caj bateri makin kurang, tub-tub mampos... Adoi!!! 1 hal lagi nak kene keluar modal. Duit aku dah banyak habis untuk sekolah asyraaf.
Bila la aku nak kaya kan, kalau kaya boleh pinang ungku Ismail..... alaaaaa..... yang pelakon tu...... hahahahaha..... Dia tengok aku pun tak hinggin..... Sudahnya macam ni je la..... Tapi yang bestnya dapat panggilan dari Abu Dhabi. jeng...jeng.... jeng.... siapa?????? biarlah rahsia...
Inilah kisah hidup aku yang tak semenggah mana pun. Duduk dirumah perkara yang menyeronokkan kerana dapat bersihkan rumah, bila tengok rumah kemas hati pun rasa lapang. So ikut lah aku kerana "Rumahku Syurgaku"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan