Isnin, 27 April 2015

Drama Karma




Hujung minggu kalau tak duduk rumah brrjalan le aku, tunaikan hajat di bujang senang aku yang sprang tu, Nak ke alamanda katanya.

Kebetulan beras dan habis, dan aku membeli beras memang di aeon big, entah kenapa di mydin tak ada jual beras super 5 tempatan yg 5 kg. 10kg memang tak la aku beli, takut jadi bubuk.



So ke alamanda dia beranak, dan kebetulan baru Nak keluar gaji, dan nama pun alamanda kan, semua ada ATM bank pun ada walaupun ATM maybank tiba2 hilang kerana ubah suai. Hadoi!!!!! Dan kene bayar cukai tak pasal2.

So beli la barang yg agak penting je, bila dah keluar petang baliknya malam, lepas solat di alamanda balik singgah di Taman Warisan Pertanian di presint 16, temp at yang agak popular gujak la di putrajaya ni.

Tapi belum sempat ke gerai, baru keluar kereta aku ternampak eh!!!!! Macam duit, aku buat tak kisah!!! seminit kemudian berubah hati suruh Asyraaf ambik duit tu, baru nak menapak lagi jumpa lagi duit, wah!!!!! Banyak!!!!! bukan seringgit 2. 

Aku ambik bukan sebab nak duit tu, aku terfikir apa salahnya ambik lepas tu masuk tabung masjid, aku kan selalu ke masjid, kebetulan setiap isnin, selasa dan sabtu kan aku ke masjid hantar  Asyraaf mengaji. Sememangnya setiap kali ke masjid aku bagi Asyraaf RM 1 untuk sumbangan, tak banyak tapi konsisten, senjaga menjagar dia dari sekarang supaya jadi kebiasaan, jadi pemurah in syaa Allah.

Sebelum2 ni pun ada juga terjumpa duit, tapi aku tak kasi Asyraaf ambik, aku cakap "itu bukan kita punya". So 1 day terjumpa la duit, aku suruh dia ambik, dia cakap "tak Nak la bukan yap punya". Ini yang dikatakan kepimpinan melalui teladan hahahahahaaaa.

Tapi kali ni aku memang sengaja suruh Asyraaf ambik dan pegang duit tu, aku tak simpan pun ada pada dia, sebab aku memang tak boleh pegang. Al-kisahnya, sejak dulu sekolah darjah 1, barang aku hilang, aku ambil barang orang, tub... Tub barang aku hilang. Ada pulak aku terjumpa!!!! Bukan ambil!!!! Tapi memang la hak orang kan!!!! Bukan curi atau ambil tapi selepas tu barang aku hilang pulak!!!!! Sama ada barang atau duit yang diambil dengan senjaga pasti akan jadi kehilangan di pihak aku pulak, macam pelik tapi ini le hakikatnya. 

Itu yang seumpama karma, memang pantang aku sejak dulu lagi. Jangan kata mencuri, mengambil atau terjumpa apa2 memang tak boleh ambil, kalau tak nanti jaga2 la barang atau duit sendiri akan hilang. Di ini adalah perkara yang aku kata dan tau. Kalau nampak duit kat tepi2 jalan biasanya memang tak peduli dan tak ambik. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA