Rabu, 15 April 2015

Berakhirnya Penantian!!!!!

Ceritanya memang panjang, mau taknya dari 2013 sampai 2015, dari johor dah ke putrajaya dari jabatan dah ke wisma putra. Kalau kawin da mengandung, kalau yang mengandung da meletop.... da belari pun anak nya   kan!!!!

Aku sabar je la... bermulanya kisah dari aku berpindah muar ke tangkak, so COLA atau bantuan sara hidup turun RM100, aku pun tak perasan, bab2 gaji ni aku tak berapa nak tahu. Yang aku tahu kenaikan gaji tahunan. Ditambah dengan kerja yang berlambak, so terlepas pandang. 

Bila Ibu Pejabat dapat tahu terus maklumkan pada aku, jumlah semua RM2500.00, n tanya nak bayar cash @ potong gaji, aku pun tanya, potong gaji sebulan berapa??? dia orang kira2 RM150, so aku pun setuju untuk potong gaji dan dia orang pun proses. Tub2 call bagi tau pembayaran balik tak boleh lebih 6 bulan, suka atau tak, potong la dan bayar la sebulan RM416.16. Bermula dari disember 2012 dan selesai mei 2013.

Bila tengok bulan Jun, Julai, ada lagi tapi amoun RM150, rasa macam pelik je, macam mana ada lagi, macam-macam betul la, masa tu aku dah pindah  putrajaya, call la Johor tanya. Dia orang tak bagi tau maklum balasnya apa. Aku pulak busy sentiasa, kadang2 je lapang, nak kencing pun kadang2 di tahan. Adoi memang la orang tak tau kan kije aku macam mana, hanya orang sekeliling je tau. Sebab tu SKT Khas aku tinggi 90++ siapa lagi yang kasi kalau bukan haji Hashim, sorry!!! aku datang office on time, nak cari senang, nak suruh senang tak membantah, berbanding orang lain. Tut!!!! keluar tajuk. Tapi itu la realiti.

Aku call dan tunggu kerani baru tu suruh dia semak, puas aku menerangkan pasal bayaran tu hanya 6 bulan jumlah sekian2, eh dia kata bayaran tu yang terlebih bayar ting tong ting tong kan!!!!! rupanya AG buat potongan sebab dia ikut surat macam IP bagi bayaran sampai 2014 untuk jumlah yang kecil tu. Huk Aloh!!!! Baru  zita perasan ada kesilapan. Oleh kerana dah hujung tahun pembayaran tak akan dibuat selepas Mac 2014, so aku bertawakal je la kalau ada rezeki adalah.

Nah!!!! ambik ko April 2015 baru dapat, Syukur Alhamdulillah, dapat jugak walaupun RM 900 duit jugak aka duit aku sendiri tau bukan OT atau TNT. Malam2 dapat mesej dari AG... berakhir penantian aku.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA