Rabu, 1 April 2015

Perasaan!!!!

Langkah pertama aku bertukar tempat bertugas banyak mengubah gaya hidup, apa yang penting banyak masa lapang untuk anak. Semenjak dua menjak aku berkunjung ke masjid hantar anak mengaji, aku mula rasa tenang berada di masjid. Bila menjadi rutin aku jadi seronok walaupun agak kelam kabut pada hari Isnin dan selasa kerana terkejar-kejar untuk memasak, mandi, makan dan bergegas ke Masjid, bergantung kepada masa aku juga, kalau dapat sebelum magrib sempat le berjemaah, kalau tak tunggu waktu isyak, memang seronok, lagi seronok bila tau ganjaran solat berjemaah. Bukan aku tak tahu kebaikannya, tapi kalau tak de sebab, memang tak sampai ke Masjid.


Sementara menunggu Asyraaf mengaji, walaupun selsesai cepat aku tetap tunggu waktu Isyak. Bila menunggu masa panjang damai rasa hati, dari situ mula terfikir  untuk menambah amalan2 sunat. Khususnya solat2 sunat. Sungguh!!!! sebelum ni ada terfikir, tapi rasa macam sentiasa sebok dengan hal dunia, semuanya tak menyempat semuanya tak tahu dan tak mahu ambil tahu. Tapi bila anak semakin membesar, amalan begini la yang boleh dilakukan, supaya dia melihat dan mengikut.


Selain itu aku mengamalkan zikir2 ringkas selepas solat, Alhamdulillah, harap2 konsisten la..... Masa usia muda lepas solat malas nak buat, tapi mungkin kerasa usia semakin meningkat, amalan sahaja yang aku fikirkan terutamanya kebelakangan ni atau kerana selalu ke masjid menggerakkan hati untuk tambah amalan Alhamdulillah Allah lembutkan hati aku yang macam batu kikir ni.


Aku sentiasa fikir, kalau la aku mati kan!!!! Ilmu agama tak tinggi amalan apatah lagi, sedih mengenangkan dosa dari pahala. Niat baik itu yang lambat nak bergerak, mujur la sekarang  dah mula nak bergerak, ada masa untuk melakukannya. Dengan cara ini juga lah sebenarnya memberi ruang istirehat kepada tubuh dari melakukan tugas atau kerja rumah, kerja rumah tu lagi berat dari solat2 sunat sebenarnya, tapi bila nak buat, yang ringgan itu yang rasa berat daripada yang lebih berat. MasyraAllah..... teruknya aku... Alhamdulillah.... Allah sedarkan aku sekarang.... ada masa untuk perbaikinya...

Pelan-pelan la buat setakat ni buat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA