Khamis, 20 November 2014

Sekolah Asyraaf


Hari jumaat lepas asyraaf cakap cikgu suruh beli kasut baru, tak nak pakai kasut koyak2. Aku kan!!!!!! Bukan boleh dengar macam tu, harus la koyak!!!!! da hujung tahun ler..... Ini bukan awal tahun semua Nak baru bagai. Adeh!!!!! Da la hujung bulan, bulan malap pulak tu, nasib baik ada kasut spare yg aku simpan beli tahun lepas, ingat Nak guna tahun depan, eemmmm..... Da rasmikan pun, siap kapur lagi. Asyraaf kata dia dapat hadiah, eemmm..... Ye la. Caya tak caya je la aku ni. 

So isnin kelmarin kejadiannya Hari Anugerah Kecemerlangan, Graduasi Prasekolah & Penyampaian Hadiah KAFA 2014. Ye la dapat hadiah, bukan cemerlang dalam pelajaran, tapi peningkatan prestasi bagi sekolah pagi, KAFA pulak dapat kehadiran terbaik, geli hati jugak aku, 3 hari cuti ada yg cuti lebih dari itu ke. Eemm... Tak le la. Cikgu saying dia agaknya. Budak baik kononya.



Sekarang da tukar office tahun depan boleh la ibu dia fokus dengan pelajaran dia, jadi Cikgu peribadi Asyraaf semula. Kerja pun tak sesebok seperti sebelum ni. Alhamdulillah!!! Allah tunaikan niat aku pertamanya dapat tinggal di putrajaya, in syaa allah juga dapat fokus dengan pelajaran asyraaf, dan aku pun ingat Nak beli Dan membaca serta mendalami buku2 perintah am, untuk persediaan KPSL dan temuduga untuk 27. Aku nak cuba je, kalau nak lulus kene  la usaha. Tak ada niat lain, selain niat baik untuk kebaikan 2 beranak ni,  In syaa allah harap2 dimakbulkan. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA