Aku dah tak tau nak cakap apa lagi bila baju kardigen diampaian hilang, mujurlah tak sidai baju banyak2 dan kebetulan baju Asyraaf semuanya disidai dalam bilik. minggu lalu jumpa baju aku di tangga, lepas yang itu, ini pulak. Emmmm....
Masa yang aku terperasan tu rasanya baru berlaku, sebab seluar dalam aku berkumpul 1 tempat seolah2 ditinggal dalam keadaan tergesa, mungkin terkejut suara atau kelibat aku ke dapur, so tak sempat nak ambil itu yang berkumpul di grill. Tak puas hati aku keluar, ada pulak sebatang kayu, yang sebelum ni memang tak pernah ada, rasanya digunakan untuk ambil kardigen sebab ampaian paling hujung kalau dari luar memang tak boleh dicapai dengan tanggan walaupun orang dewasa, manakala Anak tudung aku jatuh di lantai bahagian luar.
Aku memang tak tau nak kata apa, tapi buat aku penting kepala. Ya Allah!!!!! dugaan apakah ini. Aku tak de bergaduh atau bermusuh dengan sesiapa pun setakat ni. Sekadar buat hal sendiri, tapi..... Jadi macam ni pulak. Tak kan orang sakit hati hanya kerana aku tak bertegus sapa atau tak sudi nak senyum Dan seumpama dengannya.
Aku pun tak pasti perkara ni penting ke tidak, macam2 cadangan dan pandangan kawan2 bagi, pasang dawai la bagai, tapi itu boleh menjamin akan keadaan normal seperti sebelum ni ke??
Bila di tanya tentang suspek, aku pun tak de idea, syak tu memang boleh tapi betul ke??? Aku baru perasan memang ada orang yang memerhati, memang asal nampak aku, pandang je!!!! Seolah-olah nak aku balas pandangan dia. Tapi aku buat tak tau, buat tak perasan, buat tak nampak, senyum pun tidak.
Tapi rasanya dah berbini kot. Tapi itu hanya syak je, sebab x sampai 10 orang pun yang tau rumah aku. Bila jadi macam ni baru rasa nak cari pasangan nak kawin. Tapi itu la!!! kawin dalam mimpi je la dengan TMJ hahahahaha.
Sekarang ni nak p buang sampah sorang2 pun aku jadi takut, da la aku selalu buang sampah malam2 buta, masa orang dah membuta. Hai!!!! Ada2 sahaja terjadi perkara yang tak diingini. Saat aku sedang bahagian dengan aktiviti men deco, mengemas Dan menghias rumah.
Cuma kalau bukan kije manusia kerja binatang atau jin ke. Tapi kalau la kerja manusia, agak2 manusia tu normal tak. Apa tujuan buat macam itu, dah ada bini so nak apa lagi.
Di pihak aku, bukan nak menyombong, tapi harus la begitu untuk mengelak umpat cela orang, aku pun tau siapa aku. Kadang-kadang buat baik pun di anggap salah. Buat masa sekarang pun, tak ada perkara yang boleh membuatkan orang mengata aku kerana perangai aku. Tak pernah aku bawak balik lelaki atau lelaki masuk sesuka hati. Rumah aku kawasan Larangan, sebab itu aku tak sanggup Nak sewa bilik untuk orang lain, bukan boleh percaya sangat perempuan zaman sekarang. Nak2 yang dah lama tinggal di kota metropolitan. Silap2 tingkat laku aku lagi baik dari Anak dara, yang belum tentu dara nya.

Banyakkan berdoa..mohon keselamatan daripada Allah SWT
BalasPadamye misah, cuma kadang2 kita selalu fikir positif dan buat hal sendiri, tapi tak sangka orang yg terlalu pedulikan kita tanpa disedari
Padam