Isnin, 3 November 2014

Secara tiba-tiba!!!!!!!!!!!!!!!



Seperti biasa aku nak ke pejabat hari ni, memang agak kelam kebut dan perkara biasa la tu. Tapi tiba-tiba semasa aku nak turun tangga aku ternampak kain!!!!! aku macam kenal tapi terus jalan menuju kereta, tapi tak sedap hati nak tengok jugak aku berpatah semula selepas hidupkan enjin kereta. ceh!!!!! dah macam novel seram le pulak hehehe...

Tapi memang sah!!!! baju aku, sepasang baju dengan bra sekali, alamak segannya. Tapi itu le kenyataannya, aku sangat terkejut le !!!! Aku ambik terus baling ke depan pintu rumah, nak masuk kunci tinggal dalam kereta. Haaaaaaa.......

Puas aku memikir kenapa? Aku sidai baju di tempat yang disediakan, orang kata kalau bencana alam macam ribut petir atau puting beliang pun rumah aku la terakhir kene sebab tingkat 1. Istilah tiup angin ke memang tidak sebab kawasan yang memang kurang berangin kalau ada pun aku yang naik angin hahaha....

Antara ye atau tidak itu adalah perbuatan orang, tak kan hantu kot. kalau hantu pun..... seram!!!!!!! le pulak. Hati aku berdebar-debar dibuatnya. Baju tu sudah di basuh tetapi, masa aku ambik aku terbau busuk macam dah di pakai tapi bau badan aku. MasyakAllah aku dah mula risau.


Aku memang tak de nak baik2 dengan sesiapa pun di kuarters tu, hanya orang depan rumah je aku bertegur sape laki bini, selain tu jiran sebelah,  rumah depan aku ada la bertegus sape dengan perempuan je laki dia aku tak tegur, tapi yang lain termasuk sebelah rumah aku sendiri tak pernah aku tegus atau beborak walaupun nampak masa sidai kain, aku pandang dia senyum pun dia buat tak tau buat tak faham. So tak pe la, aku pun buat macam tu. Lebih elok kalau tak bertembung, dia lebih baru dari aku so tegur-tegur la jiran tetangga. Tapi sombong sokmo.... kecek klate aku, kawe pun minat klate kononnya...

Aku tak pasti apa tujuan orang yang ambik baju aku tu, yang pasti ada yang memerhati gerak geri aku. Nak kata aku buat salah, rasanya ketawa je kuat. Selebihnya aku pun tak pasti la, kalau aku marah asyraaf pun apa salahnya anak aku. Tak salah bagi surat layan kat depan rumah kalau nak menegur, ataupun face to face bagi tau. Tapi ini macam lain macam la.... Rasa nak nangis pun ada,  apa masalah orang dengan aku, sampai pakaian aku nak diambiknya. Dah la tak de sedara mara yang dekat. Jadi pulak macam ni, aku harap tak de apa-apa yang berlaku, risau juga hati ni.


Ini la bajunya!!!!! Terpaksa buang walaupun sayang
kawan aku nasihatkan pakaian tu semua di buang, takut-takut ilmu hitam ke apa yang serupa dengannya. Aku sayang..... baju batik 1Malaysia, bra aku pulak baru beli, cantik pulak tu, tapi nak buang..... eemmm.... akur je la.... mencegah lebih baik dari mengubati. eemmmm.... telefon beratus boleh beli bra lawa banyak lagi kat kedai hahahaha.  Tapi tu la aku kene belajar ilmu pendinding, selama ni aku tak kisah tak peduli. Apa pun keadaanya aku hanya mampu berserah, harap2 tak de apa-apa yang pelik berlaku pada masa akan datang. Amin... Puas aku berdoa setiap hari.

Apa-apa pun terima kasih kerana membaca blog dan penulisan ini, ini cerita betul-betul punya bukan cobaannnnn....... Sekian.

2 ulasan:

  1. Berhati-hatilah IDah...mungkin ada seseorang sedang memerhatikan Idah sepanjang hari. Zaman sekarang ni ilmu hitam pun masih orang amalkan walaupun dah zaman millenium...jadi kena amalkan ayat kursi bila keluar dan masuk rumah. Semoga kita terhindar daripada perkara buru. In Sya Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm... tu la misah.... bila teringat rasa takut pulak timbul.... in syaa Allah.... harap tak de apa2... dah la sebatang kara kat putrajaya ni...

      Padam

SESEDAP RASA