Sabtu, 29 November 2014

Baru Sebulan!!!!!!





Eeemmmm.... Bila sebut bab bulan biasanya orang fikir pregnant huhuu. Tapi kalau aku memang tak la aka buat masa sekarang. 

Hanya cerita realitinya 28 November dah genap sebulan bertugas and first off duty at the foreign ministry aka out stations di Persidangan Agong UMNO (PAU) 2014 di PWTC. Half day only tapi hanya di jabatan aku je, kita orang tukar orang pagi ke petang officer sambung petang ke malam memang hensem le..... Huhuhu. Gatai!!!!!. Dari jabatan lain bertugas sampai ke malam. So memang rasa cepat, rasa tak puas kije pulak, seronok tengok orang ramai, berbanding booth berhampiran. 

Memang banyak goodie, yang register je dapat risalah dan beberapa barang   souvenirs, siapa yang jawab soalan kuiz dapat bag goodie manakala yang dapat jawab soalan betul lebih dari 5 tambah t-shirts ASEAN, maklum le soalan pun berkaitan ASEAN jugak. Itu yang ramai beratur untuk try soalan kuiz ASEAN.




Petugas semua menjalankan tugas masing2,  kije gilir2, Kita orang buat beg goodie, layan pengunjung di kaunter dan pengunjung yang nak try menjawab soalan kuiz.  Tapi aku yang terlebih rajin duk melibat baju hehehehe.... Masa orang tak de la. Itu pun aku cakap dengan officer dulu, dah kata ok baru buat. Aku tak pernah bertugas macam ni aka Java kaunter di jabatan. Tetapi tugas dulu lebih mencabar, releks2 tak de. 

Cuma disini ramai yang berjawatan tinggi, officer W41, memang smart dengan lounge suit gitu. Kat sini BI sahaja nak2 kalau dia orang sama gred, fuh!!!!! berhabuk BI beb, aku dengar je, faham ke dok nasib la, kih.... Kih.....kih.... So here help me to improve the knowledge of the english language.



 Tak sempat sangat pun nak kenal2 ke borak2 ke, aku kenal dengan yang perempuan je kebetulan 2 orang je tanya apa yang patut, yang laki2 sempat la berborak, bercakap pun bila goodie dah habis ke, beg dah habis ke, aku banyak senyum.... diam sebabnya tak lancar berbahasa inggeris, hehehehehe.... tapi kita orang memang cakap melayu pun. 

Tak sempat nak berborak sangat kenal2 je aku kenal dengan yang perempuan, kebetulan 2 orang je tanya apa yang patut, yang lain lelaki india pun ada, borak pun hanya  dengan beberapa orang officer yang mana duk masa aku melibat baju is I beg goodies. Aku orang baru jadi tak berminat nak bertanya @ bercakap banyak, sekadar menjawab pertanyaan.... Maklum le orang baru, kuda belang lom nampak he he....




Tapi sebelumbertugas hari khamis malam aku dah memasak, bangun pagi jam 5, siapkan makan minum Asyraaf atas meja makan, sebelum tinggalkan dia pergi kerja. Memang sangat penat, balik tidur kejap sebelum ambik Mak di TBS. Nasib baik aku masak banyak so tinggal panas je. Semuanya 


Khamis, 27 November 2014

Rabu, 26 November 2014

Bercuti di ioi City Mall La Kita!!!!!!





Entah kenapa rasa macam malas nak p kije terbangun lambat tak masak lagi untuk asyraaf, so rasa kecewa, lepas solat aku pun fikir punya malas punya fikir punya malas pergi kerja, aku pun putuskan ambik E.L. mesej dengan 3 orang yang ada urusan pas tu aku sambung tidur. Hahahahaha..... Tak elok tidur selepas waktu subuh atau waktu Awak pagi. Tapi anggap le sesekali. Mata ni memang degil kawan dengan hati memang menjadi-jadi la jawabnya.



Nak bangun malas je rasa, tapi gagahkan jugak, basuh baju dan sempat masak nasi paprit campur, senang ada sayuran dan lauk pauknya ayam, udang dan sotong, so makanan seimbang. 

Mak aiii!!!!! Asyraaf makan punya le banyak, sedap katanya, hingga menjilat pinggang. Tapi tak tau la, rasanya macam paprit la Hahahaha, coma apa jua masakan aku, pastinya kurang minyak.... Jaga kesihatan bukan untuk dari sendiri tetapi kepada tukang makannya sekali. Alhamdulillah kenyang, walau hanya sejenis lauk aka paprit je.

Kadang kala memasak seperti menu di kedai pun bagus jugak, sebab bila mkn di kedai dan x sedap akan berlaku perbandingan oleh asyraaf ooiiiii budak sorang ni selera besar, makan pun banyak mengalahkan aku. Yang best asyraaf kata boleh bukak kedai, sebab Ibu dia masak sedap sangat hehehehee.... Kelako betul anak aku ni, macam ibu dia.... "Ye ke?? Ye yooo okkkk je. Hehehehee...

Eemm.... Target cuti ni untuk berjalan, Siap masak, mandi, makan dan solat aku dua beranak ni bersiap la untuk merayap king's Hohoho...

Sebenarnya aku ni teringin nak ke IOI CITY MALL, mall yang baru bukak dan dalam putrajaya, so merupakan saingan kepada alamanda sekarang ni hehehehe memang bagus!!!!.

Beberapa kawan da post kedai2 yang ada di IOI mall tu. Aku dah attack 1 kedai "HOME PRO" yang katanya macam IKEA Alamak teruja aku nak kesana, maka pergilah aku. Emmm.... Sebelum ni laluanya jauh sikit, tapi yang ini dekat sikit, masuk je tempat parking ada kosong, fuh!!!!! Senang hidup aku. Paling best tak de bayarang parking, lom ada lagi, bukan tak ada, tapi tunggu la nanti. Apa pun Alhamdulillah di permudahkan semuanya.


Antara barang yang dibeli daiso..... Hijauuuuuuu..... Hehe

Dapat ke home pro, dan apa yang tak disangka, ada DAISO barang berharga RM 5 besar atau kecil tapi yang lebih dari harha itu akan ada label. Tapi ada 1 tempat yang buat aku rasa Nak try jeng....jeng....jeng... Ini dia Iescape.... Aku!!!!!! Memang suka sesuatu yang mencabar, macam di taman tema air, tapi lom ada peluang tak pe... Apa pun tunggu la, minggu depan aku cuti, aku datang bawak mak sekali ke sink Nak aku hari penonton aka penyokong he he he.... Silap2 dia tidur, bukan boleh terletak orang tua tu, mesti tidur..... Aku pulak yang terikut.



Lepas ke ioi city mall aku pun singgah ke mydin presint 15, biasa la kalau dah ke sana, berbelanja dapur la apa lagi. Alhamdulillah barang dapur untuk sebulan atau lebih dah ada, itu yang penting, barang basah boleh beli di pasar malam, sampai rumah siapkan makan malam, selesai kisah 1 hari, seronok, 2 kali seronok, beronok-ronok hahahahahaa.

Haaaaa.... Macam2 ada..... Alhamdulillah rezeki dan dengan Izin-Nya




Isnin, 24 November 2014

serves kereta




Cepatnya masa berlalu, walaupun belum 5K tapi da cukup 3 bulan untuk service my green love, but already over 6 days, salah sendiri jugak sebab tak buat appointment awal. Lebih kurang 1 jam 30 minit, so tunggu je la, boleh up date blog huhuhuhuuu.

Apa yang  penting kosnya hanya RM 9.80 because it is still under warranty... new car want?????, alhamdulillah!!!!! Inilah bagusnya kalau beli kereta baru, selain dari itu, kurang kerosakkan aka tak de masalah.




Untuk service 1st lebih mahal sebab tukar minyak gear, tapi itu pun murah tak sampai pun RM 100, RM 60++ jer and for next services, mungkin sama bayaranya dengan 1st servise. 

Service waktu Pejabat kan, so Siap je terus ke opis,  tak sangka pulak boleh jumpa mantan D.O. ledang di Pejabat aka lobby WP1, Tuan Haji Amran Abd Rahman, tak Silap dengan Datuk Obet Tawil mantan SUK Johor, agaknya la. Yang penting D.O. tu memang hensem, dia banyak Bantu aka backup aku masa dalam mesyuarat kalau aku tak dapat jawab. Dia agak terkejut tengok aku ada di wisma putra aku pun sama, buat apanya di situ. 

Timbul tanda tanya, tuan haji bertugas di tempat yang sama ke apa, mereka yang di negeri boleh ke persekutuan ke???? Aku friends di FB  dengan tuan haji ni, rasa macam nak tanya dgn dia sendiri @ kawan2 di FB, tapi tak jadi, takut orang salah faham. So abaikan sahaja.




huh!!!!! Untuk hari ni sahaja rasa sangat penat, ke hulur ke hilir, ke opis, balik rumah sarap, pergi serves kereta, opis semula, balik rumah tengok anak, ke opis dan balik.

Aku ni sebenarnya tak suka kesana sini, terutamanya kalau x de urusan penting, walaupun rumah dekat dengan opis, nak balik rumah pun malas, banyak jimat, masa, tenaga dan kos.... Hehehehee sekarang ni kene  berkira, walaupun banyak perkara aku tak berkira.



Ahad, 23 November 2014

Kisahnya Di Karnival Upin & Ipin PICC!!!!!!



Karnival Upin & Ipin ni dibuat di putrajaya international convention center @ PICC. Mula dari 21-23.11.2014. Tapi aku ke sini pada 23hb sebelah petang. 

Sebenarnya ada 4 lokasi dalam rancangam untuk pergi. Mula2 ke presint 16, ada kolam mandi berbayar tapi murah je RM2 selama 2 jam hehehe. Oleh kerana terdatang awal jam 3 petang so ke lokasi kedua ke IOI mall shopping kompleks baru bukak, ingatkan salah jalan, tub2 sampai, tapi punya le banyak kenderaan so cancel, mana nak cari parking nak jalan lagi, memang, "Lain Kali  la" hahaha. 



Patah balik ke presint 16, makan2 minum2, tak juga jam 5, Siap suruh Asyraaf solat asar dulu sementara menanti jam 5, siap salin sut swimming poll, jam 5 baru bayar nak ambil tag, hujan pun turun, memang tak dibenarkan mandi, alahai kesian si buah hati aku nan sorang ni. 

Cadangnya nak balik, tapi jalan terus ke picc saje2 kot2 ada parking,  pusing jugak 360 °. Akhirnya sampai juga ke karnival upin & Ipin ni, sebenarnya ini perancangan pertama, oleh kerana kawan aku kata masuk kene  bayar la, parking tak de la,ramai orang la..... Memang wajib la ramai orang cuti sekolah, itu yg malas nak pergi. Rupanya yang berbayar itu muzikal upin & ipin.


Eemmm.... Layankan aje bujang aku tu, lagi pun hari sabtu tak keluar langsung, terkurung je 2 beranak dalam rumah. Tapi sebelum keluar rumah dah pesan berkali2, jangan mintak macam2. Alhamdulillah tak de buat perangai, duit aku pun tak habis RM 20 hehehe tapi masalahnya kandas sebab hujan lebat, baik2 nak balik jam 7, jam 9 baru balik. Parking luar kawasan picc tepi jalan pulak tu. Cadangan Nak ke alamanda ada event jugak, tapi......


Asyraaf nyanyi2 masa balik seronok le tu. Eeemmm.... Tapi apa yang penting aku dapat 2 CD percuma cerita karton upin & ipin the musical, 2 coupon KFC, 11 keping discount voucher ke bukit gambang water park di Pahang. 

Jeng.....jeng....jeng......dah alang2 dapat ni, jawabnya kene  pergi. Entah bila aganya episod merayap king'sss. Nak cerita pasal dapat coupon & voucher tapi punya panjang berjela story, boleh buat cerekarama DIY TV 3 kih....kih.... Kih...




Sabtu, 22 November 2014

Hooks Sticker Room Decor


Ini pulak sebahagian dari hiasan rumah 2 in 1, hiasan dan penyangkuk. Seperti biasa berbentuk sticker, tampal sahaja, Siap!!!!! Tak perlu menebuk lubang dan tidak  merosakkan permukaan dinding. 

Sebelum aku membeli dan mendapatkan ini, ada sedikit perasaan sedih yang tersimpan dalam hati. Memang berkenan tapi macam kurang pentingnya. Tapi bila tak beli, perasaannya sentiasa fikirkan benda yang satu ni, so  setelah berfikir kepentingan hooks untuk sangkut kunci rumah dan kereta maka ia jadi satu keperluan.

Kebiasaannya aku membeli hiasan berbentuk sticker di Mr. DIY, so bila ke sana dan nak beli!!! tak ada, puas aku mengembur kawasan hiasan berbentuk sticker, memang tak ada, beberapa kali pergi pun tak ada, sebab tu rasa terkilan sangat, itu la masa ada tak nak beli, dah tak ada baru tercari-cari, sedih betul. 



                                        

Rupa-rupanya bukan di Mr. DIY tapi di Japanese Home Centre alamak berbunga rasa hati, akhirnya dapat jugak..... Kan!!!!!! Banyak lagi sebenarnya, tapi cukup aku ambil satu dengan 2 hooks sesuai sangat untuk kunci rumah dan kereta memang tak boleh lebih, dah nama pun sticker, aje runtuh bende alah itu nanti kalau banyak hooks.

So ini la baru dapat menampal. Eemm... Seronok. Semuanya kerana salah tempat, nak kata banyak tempat pergi tak pulak, tapi boleh pulak tersalah tempat huhu tanda-tanda penuaan, tapi tak pe yang penting aku dah dapat pun, da bersenang lenang hari ni ha......


Jumaat, 21 November 2014

Garam Gunung Tulen Faiza



Ini maknanya garam kat Rumah dah habis. So pilihan kali ini produk dari faiza. Kenapa????? Kerana mencari yang halal itu fardu. So garam memang betul2 habis, kebetulan ke aeon big so cari la garam, memang banyak pilihan dan murah2 pun banyak, tapi hanya Faiza sahaja yang ada logo halal, yang lain tu memang tidak di yakini halalnya, biasalah cha ya nun alif punya ada juga yang tak de langsung halal. Memang bagi orang yang berkira akan pilih yang itu sebab lebih murah dari faiza tak sampai pun Rm 1.

Memang tak dinafikan garam faiza ni lebih mahal sekali ke dua kali ganda, tapi aku tetap pilih yang ini, selain halal dapat membantu produk bumiputra itu yang penting dan seperkara lagi garam ni beli mahal pun tak pe, bebulan tahan, gula sekilo pun berbulan guna tak habis, lagikan garam rasanya mau setahun agaknya baru habis.

Memang tak dinafikan sebelum ni aku tak kisah mengenai ni, tapi dalam masa yang sama aku selalu pantau jajan atau makanan ringgan yang Asyraaf pilih, sama ada ais krim atau gula2, aku surah tengok dulu ada halal ke tidak, tunjuk sekali halal yang diiktiraf, so kalau x de memang aku tak kasi walaupun murah, da la banyak bukan makanan dari Malaysia, lagi la tak meyakinkan aku.

So 1 hari aku dapat sumbangan bersama jajan,   Asyraaf pun ambik, habis dia bedal. Tapi ada gula2 2 biji, dia letakkan didapur memang budak2 tengok akan berkenan sampul pink dengan gambar karton yang menarik.

Dah ada kat dapur masa nak memasak aku pun bedal. Da tak de Asyraaf pun tanya, ingatkan nak makan, rupanya dia kata tak de halal sebab itu dia tak makan. Subhanallah tak sangka aku, dia ingat apa yang aku ajar, alhamdulillah. Tapi tu la "Wa Kena beb". Hahahaha.... Macam2, cerita aku ni kan. Ada2 je....


Khamis, 20 November 2014

Sekolah Asyraaf


Hari jumaat lepas asyraaf cakap cikgu suruh beli kasut baru, tak nak pakai kasut koyak2. Aku kan!!!!!! Bukan boleh dengar macam tu, harus la koyak!!!!! da hujung tahun ler..... Ini bukan awal tahun semua Nak baru bagai. Adeh!!!!! Da la hujung bulan, bulan malap pulak tu, nasib baik ada kasut spare yg aku simpan beli tahun lepas, ingat Nak guna tahun depan, eemmmm..... Da rasmikan pun, siap kapur lagi. Asyraaf kata dia dapat hadiah, eemmm..... Ye la. Caya tak caya je la aku ni. 

So isnin kelmarin kejadiannya Hari Anugerah Kecemerlangan, Graduasi Prasekolah & Penyampaian Hadiah KAFA 2014. Ye la dapat hadiah, bukan cemerlang dalam pelajaran, tapi peningkatan prestasi bagi sekolah pagi, KAFA pulak dapat kehadiran terbaik, geli hati jugak aku, 3 hari cuti ada yg cuti lebih dari itu ke. Eemm... Tak le la. Cikgu saying dia agaknya. Budak baik kononya.



Sekarang da tukar office tahun depan boleh la ibu dia fokus dengan pelajaran dia, jadi Cikgu peribadi Asyraaf semula. Kerja pun tak sesebok seperti sebelum ni. Alhamdulillah!!! Allah tunaikan niat aku pertamanya dapat tinggal di putrajaya, in syaa allah juga dapat fokus dengan pelajaran asyraaf, dan aku pun ingat Nak beli Dan membaca serta mendalami buku2 perintah am, untuk persediaan KPSL dan temuduga untuk 27. Aku nak cuba je, kalau nak lulus kene  la usaha. Tak ada niat lain, selain niat baik untuk kebaikan 2 beranak ni,  In syaa allah harap2 dimakbulkan. 



Selasa, 18 November 2014

Semua Isi Hatimu - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah




 Semua Isi Hatimu  : Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah

Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu

Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu


Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu

Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Cubalah tu cubalah tuk mengerti aku
Cubalah tuk merasa aku
seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu


Isnin, 17 November 2014

Wallpaper Di Ruang Tamu


Jeng....jeng.... Jeng..... Nah!!!!! Inilah hasilnya, tercapai juga hasrat untuk pasang wallpaper di ruang tamu ni. Tak sia-sia aku bersabar untuk mendapatkan wallpaper yang menarik, ini pun beli sikit2 sampai cukup dan banyak, dimana lagi kalau bukan di Mr. DIY, kali ni banyak stock yang datang so aku sapu semua hehehehee. Eeemmm.... Baru puas hati aku.



Banyak sebenarnya design wallpaper yang ada cuma sikit banyak je, ada design atau corak batu blok, batu pantai, berbunga2 bunga besar dan kecil,  macam tikar getah pun ada. Sebenarnya aku nak cari warna hijau, banyak kali dah pergi tak ada, ada pun mcm yang dah pasang sebelum ni, tapi semalam ada pulak 3 design yang berbeza, tapi itu la tak berkenan pulak. Aku suka yang murah tapi nampak macam mahal "macam" OK, Dan yang penting alegan Hahahahaa... Sangat!!!!!

Sebenarnya murah je segulung RM 3.30 je, dengan ukuran 2 meter X 45 CM. aku guna 12 roll, so modal RM 39.60, modal wallpaper la, kos pergi balik ke kedai tu pada setiap minggu tidak  di kira, kerana dianggap riadah aka jalan-jalan. Putrajaya bangi 15 KM x sampai pun 30 minit. Kalau tak kereta aku 1 bar tak gerak2 hahahahaha....



Berjam juga nak siapkan, start dekat 5 ptg habis dalam jam 11 mlm. Termasuk la rehat dan solat hahaha. Rumah aku ni tak de tangga so gunakan la meja makan, asal  boleh jerkan guna la apa yang ada, yang tak due itu jangan ditunggu, aje jadi penunggu hahaha....



Cadang nak beli tangga dari pindah sampai sekarang dah 11 bulan lebih x terbeli, segan nak angkut dari kedai ke car park hahahaha itu yg sampai ke sudah tak terbeli, wal hal kat Mr. DIY ada jual, lebih murah dari tempat lain pulak tu, tapi 1 hal jugak, masa duit x cukup aka hujung bulan ada, masa gaji x de pulak, macam mana aku nak beli kan poyo...... Daya tarikan untuk beli tangga tak kuat la agaknya, tengok wallpaper, aku rembat, asal ada yang menarik aku rembat. Ada tangga tak te rembat Hahahahaha...... Nak tunggu aku berumahtangga agaknya kih....kih.....kih...... 

Aku pos la kat FB dan deco rumahku syurgaku, alamak banyak pulak komen, alahai 1 hal duk menjawab soalan dia orang pulak, dah macam exam pulak rasanya, conform semua jawapan betul..... Kih.....kih..... Kih.....  tapi seronok dapat berkongsi idea bagi mereka yang ada minat yang sama. Aku melalui perasaan keterujaan itu.... Sekarang bagi kat dia orang pulak hehehehehe.... Kira berfaedah le jugak, cantik kan rumah beb, balik kije penat, landing pandang yg kelabu asap itu, berangan senyum sorang2 berjam2, apa kije pun tak jadi kwang..... Memang.... Kwang.....





Ni ha ada lagi wallpaper Nak pasang dalam bilik, terpaksa kiv dulu, aje tak senonoh meja makan sampai ke dalam bilik. agak-agak le huhuhuhu..... Apa yang penting aku puas hati huh!!!!!! Berbaloi2


Sabtu, 15 November 2014

Gilakan Mr. DIY




Bila sudah jatuh hati ini le jadinya, hampir setiap minggu aku ke Mr.DIY berdating hua hua hua....nasib baik kedai, kalau lelaki naya aja. Apa lagi kalau  tak lain tak bukan mencari wallpaper, selebihnya kalau ada yang berkenan akan aku beli, itu pun ikut pada kepentingan, kalau ikut hari may aku beli kedainya terus huah....huah... huah..... Kayo, mak cik kayo...

Mungkin ramai tak tau, aku pun tau bila join Doce Rumah Ku Syurga Ku di FB, kawan 1 opis yang bagi tau di warta Bangi ada di tingkat atas. Eemmm..... Dah tau apa lagi tak lepas peluang aku nak tengok apa ada didalamnya.




Fuh!!!!!! Memang banyak barang kelengkapan Rumah, barang pelastik, perkakas dapur, hiasan Rumah, eksesori kereta, mainan kanak2, pinggang mangkuk, eemmm..... Macam2 la. 

Apa yang menarik buat aku, hiasan berbentuk sticker, sesuai la sebab aku  tak boleh Nak tebuk2 dinding, dengan sticker lekat aje, sangat mudah. Lebih seronok murah je, Dan nampak cantik. Bosan dengan rumah yang kosong.


Masih banyak lagi wallpaper yang tak pasang, sticker2 deco, cadangnya Nak pasang wallpaper dulu. Tapi itu la ada tapi tak cukup, Nak tunggu stock baru sampai, kalau2 ada yang sama boleh tambah Dan bila dah cukup baru boleh pasang.

Seronok sebenarnya buat sesuatu yang kita minat, happy, teruja dan puas hati dengan hasil kerja dengan modal yang kecil. Sekurang2nya ada juga aktiviti yang berfaedah, walaupun sekadar, menghias rumah  atau mengemas rumah, ini pun 1 aktiviti yang menyihatkan badan dan otak, kerana berfikit dan segala pasang memasang buat sendiri, bepoluh den dia bueknyo.. 1kepuasan bila rumah kelihatan menarik.





Jumaat, 14 November 2014

Ini Adanya



Aku tak pernah kisah apa yang akan jadi pada masa akan datang. Cukup melalui liku-liku perjalanan hidup ini selagi hayat dikandung badan dengan rasa gembira, penat dan adakalanya sedih, inilah lumrah kehidupan namanya. Tetapi ada juga manusia yang agak sebok untuk bertanya mengenai pasangan,  jodoh dan takdir aku, maybe they care about me, so thanks. 

Dalam hidup ni, aku dah melalui beberapa fasa, sekarang walaupun hidup sendiri, aku mampu berdiri dengan kaki sendiri, tak perlu di tanggung atau bergantung harap pada sesiapa, susah senang tanggung sendiri dan tak menyusahkan orang malah aku usaha untuk perbaiki diri sendiri, mungkin bunyinya macam angkuh, ego atau bangga, tapi inilah realiti sama ada suka atau tidak harus aku tempuhi, inilah kenyataan apabila hidup sendiri. Apa yang lebih penting, aku tak perlu menjaga hati sesiapa, memakai apa yang aku suka, berjalan kemana yang aku mahu membeli apa yang aku mampu, tanpa ada pertikaian mahupun pergaduhan. Semuanya hak eksklusif diri sendiri untuk membuat keputusan.

Jodoh itu adalah takdir, memilih itu bukan alasan walaupun aku juga berhak memilih, bermacam permainan kaum adam untuk menewaskan dan boleh buat aku kecundang, oleh itu lebih baik menyendiri, hati tidak terluka, hati tidak berprasangka, hati juga tidak mengharap, andai kebaikan yang dicari In Syaa Allah hanya Allah akan memberi jalan petunjuk sama ada terus begini atau sebaliknya.

Semua manusia ada impian dan keinginan, andai jodoh aku tiba, maka adalah!! andai tiada maka biarlah.  Sekurang-kurangnya aku telah merasai hidup berumah tangga, merasa bagaimana sakitnya untuk melahirkan anak. Sekarang aku pasrah dan redha, keredhaan ini mengajar aku terima segala dugaan dengan hati terbuka, kesedihan memang adakalanya menyentuh hati, namun hidup ini memang begini, suka dan duka, sedih dan ketawa, berpasangan bukan jaminan bahagia, berpasangan juga bukan jaminan bertiga berempat atau bertambah keluarga, segalanya bergantung pada rezeki Allah. 

Banyak pengajaran yang dilihat di sekeliling. Berpasangan dan kemewahan bukan ukuran  dan jaminan kebahagian setiap pasangan. Rupa paras bukan ukuran kesetiaannya. Kecurangan berlaku dimana-mana, malah didepan mata, apa sebenarnya erti hubungan dan pasangan. Sekurang-kurangnya aku tak berdosa dengan lelaki yang namanya suami. Kerana ramai isteri yang tak tahu tanggungjawab pada suami, tidak menjaga maruah suami, malah melebihi teman dari menemani pasangan hidupnya sendiri.... Lari dari jalan yang sepatutnya... Entah kenapa agaknya. Mungkin dunia hujung zaman... Walaupun aku agak ketinggalan zaman atau kolot barangkali....




Walau apa pun keadaan, aku bersyukur dengan apa adanya aku, aku belajar dari kesusahan sedikit demi sedikit untuk merasai kesenangan, laluan yang kadangkala berliku sentiasa buat aku berjaga-jaga dan berhati-hati. Hidup ini mudah, andai kita tak mendatangkan masalah, cuma dugaan sesekali hadir mengajar dan menegur kita, itu semua dari Allah... 

Khamis, 13 November 2014

Nasi Ayam Penyet



Alhamdulillah rezeki for lunch di kedai Dapur Penyet, presint 15,  aku makan ayam bakar penyet, asyraaf makan ikan keli @ lele penyet, eemmmm..... Sedap berbanding di alamanda sup pun x de nasib baik tak tercekik ambo, ambil sup sendiri aka layan diri so ambik la mangkuk besar hehehe. 

Kedai baru so agak comfortable, bersih. Style painter, order dan bayar dulu baru boleh mamam.

Seperti biasa selepas selesai berlanja dapur di mydin. Cari makan mengalas perut yang kebuluran. Biasa la kalau makan luar anggaran RM 10, 1 kepala. Asyraaf kalau makan memang macam orang dewasa. Sesekali boleh la, lagi pun sebab nak makan nasi so makan je la. Dimulakan dengan bismillah disudahi dengan alhamdulilah.

Rabu, 12 November 2014

Solat Sendiri!!!!!




Ibu yap ni dah tua jugak 3 series walaupun nampak muda dan comei, alamak!!!!! Terperasan la pulak'szz huhu, tapi tua yang bergetah lagi, getah segerap naaaa hahahaha bukan tua ganyut, so masih la period. Itu yang jadi masalah nak fahamkan Asyraaf. Bila aku tak solat tapi suruh dia solat mula la nak pertikai, aje pening aku nak terangkan.

Nak tak nak paksa juga, sampai pecah rotan dibuatnya, bukan pukul asyraaf, tu dia lantai jadi mangsa keganasan aku, nasib baik lantai, kalau tak!!!! dia yang kene, itu je cara nak ajar dia, rotan adalah benda yang menakutkan dia. Tapi memang geli hati aku bila dia baca surah dan ayat2 dalam solat tu dalam keadaan menangis, maklum le kene  paksa, ha!!!!! Boleh pun and so sweet, verry nice voice. Sayangggg..... sangat kat dia.

Syukur alhamdulillah, sekarang ni dah tak susah, dia tau bila ibu dia cuti dia akan solat sendiri. Ye la, anak orang lain pandai solat lebih muda dari usia Asyraaf, tapi aku tetap bersyukur akhirnya dia dah boleh solat sendiri. Orang kata sejuk perut ibu mengandung. Andai kata esok lusa aku pejamkan mata tinggalkan dia sekurang-kurangnya dia dah tahu solat.



Cuma ada masa suruh solat tak bergerak, ada masa lepas azan terus nak solat, apa yang penting sentiasa ingatkan dia untuk solat, kadang2 kene  main tarik tali jugak, masa nak solat, masa itu ada karton, so biar kan dulu. Sama ada iklan atau cerita yang tak best itu, baru dia gerak. Eemmmmm.... Seronok tengok dia solar, tenang hati dan perasaan. 

Walaupun ada yang menegur aku bekeras dengan anak sebab dia kecik lagi. Tapi semua tu perlu bermula dari sekarang, kan ada pepatah berbunyi "melentur buluh biar dari rebungnya". Inilah cara aku, dan degil2 Asyraaf, dia masih boleh dengar cakap aku, kekerasan dan kegarangan aku bertempat bukan setiap masa, anak adalah amanah, ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan kepada anak. 

Apa yang penting aku rasa beruntung diberikan anak seperti dia, tak banyak kerenah, dari dalam perut sampai la sekarang, tak susah menjaga dia dan apa yang aku lakukan banyak perkara semata-mata untuk kepentingan dia, hanya ibu yang kenal anak dan hanya anak yang tahu sikap ibu dia. Apa yang penting kita berdua happy dengan live kita, biarpun keluarga kecil yang tak cukup sempurna, sesungguhnya kesempurnaan juga bukan jaminan kebahagiaan dan kegembiraan.

Mengaji dah habis  Sekian, sadakallahhulazim...... 

Selasa, 11 November 2014

Air Detox





Bahannya :

1. 1 biji lemon
2. 1 biji limau nipis
3. 1 biji limau sunquick
4. 2 biji buah kiwi
5. 7 biji buah strawbery
5.  3 tangkai serai
6.  3 potong kulit kayu man is
7.  1/2 mangkuk kecil madu
8.  1 mangkuk besar ais
9.  3 pucuk daun pudina
10. 500ml air




Caranya :

Mudah sahaja selepas semua buah-buahan siap di basuh buah kiwi dikupas kulitnya, kemudian dipotong termasuk semua buah dan serai, kemudian kesemua bahan di susuh ke dalam balang sehingga buah potong habis. 




Masukkan daun pudina dan madu ke dalam balang, kemudian ais dan terakhir air. Siap semua masukkan kedalam freezer semalaman.

P/s : Air detox atau infused detox water bukan minuman biasa tapi minuman untuk kesihatan bukan untuk kesedapan semata-mata, rasanya memang tawar, sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, macam den ni ha...

Boleh juga guna bahan yang mudah didapati di pasar atau mungkin juga didapur, seperti serai, kulit kayu manis, timun, limau nipis, limau kasturi, lemon, apple atau tabahan buah kegemaran sendiri.

First time buat ni memang tak de rasa sedap, masam ada la ye la air detox, tapi inilah antara kebaikannya :


1. Mengukuhkan sistem imun
2. Mengelakan sembelit 
3. Menurunkan berat badan
4. Seimbangkan pH & gula dalam darah
5. Meningkatkan tenaga
6. Membersih &  membina semula sel
7. Mencantikan kulit &  wajah



Isnin, 10 November 2014

Lagi!!!!!!



Aku dah tak tau nak cakap apa lagi bila baju kardigen diampaian hilang,  mujurlah tak sidai baju banyak2 dan kebetulan baju Asyraaf semuanya disidai dalam bilik. minggu lalu jumpa baju aku di tangga, lepas yang itu, ini pulak. Emmmm....

Sabtu, 8 November 2014

Shampoo & Condition Dove



Inilah pilihan pencuci rambut aku. Still no idea untuk tukar shampoo lain, barangkali dah selesa dengan dove.

Bau pun wangi, mencuci rambut menggunakan shampoo saje tak mencukupi, tapi perlu ada conditioco selepas bershampoo, so mudah pilih aje perapi dari produk yang sama.

Jumaat, 7 November 2014

Misteri!!!!!! bolayan la....


Kebelakangan ni aku selalu dapat call dari orang yang tak dikenali. Bila tengok no tanpa nama itu maknanya tak Kenal la. Tak tau pulak kalau Kenalan sebelum ni tapi no di deleted sebab dah tak kawan. Itu pun perkara biasa. Ada aku kisah, memang dah tak penting.

Hanya ada 1 no yang aku simpan, sebab rajin call dan SMS, gila tak kuasa aku Nak layan. Oleh kerana tak kenal aku bagi nama Yang sedap di sebut "BODOH" hahaha ada aku kisah, sengaja Nak tau siapa dia, dengan save no dia di tipon aku boleh jejaki dia ada whatsapp atau wechet ke tak, ya!!!!! memang dapat kesan tapi gambar dia memang orang yang aku tak pernah kenal. 


Tapi itu la yang peliknya, macam mane la dapat no tipon aku. Orang yang ada no tipon aku biasanya atas urusan kerja, aku memang tak suka, tak de hati  nak bagi orang no aku sesuka hati. Sebab itu kalau orang nak Kenal, aku bagi id wechet, so selamat, kalau Whatsapp memang tak la, hanya orang yang dikenali sahaja.

Tapi itu la, kadang2 call tu mungkin kecemasan ke ada kematian ke??? Kan!!!!! So angkat la jugak. Tapi bila tak tau siapa dia, mesti tanya siapa? Eh!!!!! Suruh teka pulak, bak ayat mak aku, "kimak punya budak" macam le aku suka sangat Nak berteke teki. Sekarang jawab take meneke  pun boleh dapat duit tau, bangun cepat dengar sinar pagi2 jam 7 lebih. Ini nak teke saja.... Saja.... Saja..... Owwwww memang tak la. Ingat dia tu siapa fahrin Ahmad, Faizal Tahir, aduhai meluat aku..... Terus terang lebih baik dari main tarik tali dengan aku, menyampah.


Itu yang kadang2 fikir sebelum nak angkat, sampai senyap tipon di buatnya. Tapi bila tak call semula maknanya tak penting le tu, bukan tak boleh SMS kalau urgen. So, bolayan la. Aku pun lama dah x bergayut kreadit pun just for internet only. Call pun kawan2 opis, itu pun kalau ada hal. Biasanya whatsapp sahaja.

Apa yang penting aku tak suka di ganggu seperti mana aku tak suka mengganggu orang lain. Hidup aku simple. Aku tak kacau orang, orang jangan ganggu aku. Hidup perlu pandang ke depan Dan fokus. Sesekali pandang belakang supaya sedar kesilapan, permainan manusia yang mencuri kesempatan jika leka, itu tujuaannya agar lebih berhati2.



Khamis, 6 November 2014

Selasa, 4 November 2014

Room Decar Stiker



Inilah aktiviti dirumah sewaktu hujung minggu. Sekarang ni hiasan berbentuk stiker lebih menjadi pilhan aku, mudah tak perlu menebuk dinding, tak merosakkan permukaan dinding dan yang paling penting murah jer.... tak sampai pun RM10. 

Hiasan gambar yang dipilih memang khas untuk ruang makan, maklum le gambar berbentuk minuman dan makanan juga. Memang sengaja memilih yang itu dan di letakkan disitu sebab tak ada apa hiasa sebelum ni.

 Alhamdulillah memuaskan hati, meriah nampak daripada putih segala seluruh ruang rumah, kuarters kerajaan katanya.




Isnin, 3 November 2014

Secara tiba-tiba!!!!!!!!!!!!!!!



Seperti biasa aku nak ke pejabat hari ni, memang agak kelam kebut dan perkara biasa la tu. Tapi tiba-tiba semasa aku nak turun tangga aku ternampak kain!!!!! aku macam kenal tapi terus jalan menuju kereta, tapi tak sedap hati nak tengok jugak aku berpatah semula selepas hidupkan enjin kereta. ceh!!!!! dah macam novel seram le pulak hehehe...

Tapi memang sah!!!! baju aku, sepasang baju dengan bra sekali, alamak segannya. Tapi itu le kenyataannya, aku sangat terkejut le !!!! Aku ambik terus baling ke depan pintu rumah, nak masuk kunci tinggal dalam kereta. Haaaaaaa.......

Puas aku memikir kenapa? Aku sidai baju di tempat yang disediakan, orang kata kalau bencana alam macam ribut petir atau puting beliang pun rumah aku la terakhir kene sebab tingkat 1. Istilah tiup angin ke memang tidak sebab kawasan yang memang kurang berangin kalau ada pun aku yang naik angin hahaha....

Antara ye atau tidak itu adalah perbuatan orang, tak kan hantu kot. kalau hantu pun..... seram!!!!!!! le pulak. Hati aku berdebar-debar dibuatnya. Baju tu sudah di basuh tetapi, masa aku ambik aku terbau busuk macam dah di pakai tapi bau badan aku. MasyakAllah aku dah mula risau.


Aku memang tak de nak baik2 dengan sesiapa pun di kuarters tu, hanya orang depan rumah je aku bertegur sape laki bini, selain tu jiran sebelah,  rumah depan aku ada la bertegus sape dengan perempuan je laki dia aku tak tegur, tapi yang lain termasuk sebelah rumah aku sendiri tak pernah aku tegus atau beborak walaupun nampak masa sidai kain, aku pandang dia senyum pun dia buat tak tau buat tak faham. So tak pe la, aku pun buat macam tu. Lebih elok kalau tak bertembung, dia lebih baru dari aku so tegur-tegur la jiran tetangga. Tapi sombong sokmo.... kecek klate aku, kawe pun minat klate kononnya...

Aku tak pasti apa tujuan orang yang ambik baju aku tu, yang pasti ada yang memerhati gerak geri aku. Nak kata aku buat salah, rasanya ketawa je kuat. Selebihnya aku pun tak pasti la, kalau aku marah asyraaf pun apa salahnya anak aku. Tak salah bagi surat layan kat depan rumah kalau nak menegur, ataupun face to face bagi tau. Tapi ini macam lain macam la.... Rasa nak nangis pun ada,  apa masalah orang dengan aku, sampai pakaian aku nak diambiknya. Dah la tak de sedara mara yang dekat. Jadi pulak macam ni, aku harap tak de apa-apa yang berlaku, risau juga hati ni.


Ini la bajunya!!!!! Terpaksa buang walaupun sayang
kawan aku nasihatkan pakaian tu semua di buang, takut-takut ilmu hitam ke apa yang serupa dengannya. Aku sayang..... baju batik 1Malaysia, bra aku pulak baru beli, cantik pulak tu, tapi nak buang..... eemmm.... akur je la.... mencegah lebih baik dari mengubati. eemmmm.... telefon beratus boleh beli bra lawa banyak lagi kat kedai hahahaha.  Tapi tu la aku kene belajar ilmu pendinding, selama ni aku tak kisah tak peduli. Apa pun keadaanya aku hanya mampu berserah, harap2 tak de apa-apa yang pelik berlaku pada masa akan datang. Amin... Puas aku berdoa setiap hari.

Apa-apa pun terima kasih kerana membaca blog dan penulisan ini, ini cerita betul-betul punya bukan cobaannnnn....... Sekian.

Ahad, 2 November 2014

Takdir Seterusnya



Eemmm..... Ramai yang tak tahu aku dah bertukar pejabat. Memang senjaga menyembunyikannya dari kawan2 khususnya yg luar dari putrajaya dan bahagian lain di ibu pejabat. Rasanya tak penting untuk mereka tahu, dan bagi yang membaca blog ini harap Biar jadi  rahsia.

Aku bukan sekadar keluar dari jabatan, malah bertukar kementerian. Nyatanya memang aku yang sengaja mintak tukar. Ternyata di pentarama dah tak mampu nak bertahan.

Sebelum ni Asyraaf mak aku yang jaga, tapi sekarang dia dah x boleh jaga, sebab jaga cucu baru, akak aku bersalin. Akak aku ni pun 1, memang terasa sakit juga hati, dah agak dah mesti suruh mak aku jaga. Dah lama tak beranak masa ni le nak beranak masa aku perlukan mak, masa itu jugak la dia nak mak jugak, macam sengaja di rancang je. Dulu kini selamanya dia akan susahkan mak aku. Aku terpaksa mengalah. Aku senyap je la, Nak balik kg selalu pun da malas.

Masalah aku pulak sama je, Asyraaf x de orang nak jage. Bulan November pulak asyik nama aku naik untuk keluar@ show, jadi aku rasa fed up. Sebab dah berbulan aku tak keluar, di pejabat pun bukan tak ada kije. Keluar pun kije, kat opis pun ada kije Menunggu. Cuti orang aku kene  buat, failing aku buat, tahun ni ISO aku terlibat, malah fail ISO aku yang buat bertungkus lumus tanpa ada rasa hasad dengki dengan sesiapa, KOIR KKMM aku pun terlibat dari audition first, second, profile peserta, dan bila berlaku konflik aku tarik diri. Malas aku nak layan. Malah program kemerdekaan pun aku kene, so not affair dengan OC aka officer in charge yang sama gred dengan aku. Aku tak pernah jeles bila dia orang keluar aku tidak, sebab aku memang Nak duduk opis, OC2 faham masalah aku, cuma ada segelintir yang bila aku cakap la banyak kali, berbuih molot lom kene gila babi je, masih tak faham, masyakAllah Nak aku cakap keling ke apa.

Kemuncaknya yang menyebabkan aku hantar  borang tukar bila aku ditugaskan ke Terengganu. Apabila niat aku untuk kepentingan anak akan ada sahaja jalan yang di permudahkan, aku hantar  surat tukar 7 oktober dan aku dapat jawapan  17hb.  Dalam hati terfikir juga, kalau aku mintak tukar muar, mesti dapat. Memang sangat mengejutkan, siapa sangka, tak sampai sebulan. memang betul la Allah sahaja yang tahu bahawa aku memang tak mahu ke terengganu. So keputusan aku muktamat, aku tak akan pergi, walau di pujuk dengan beberapa orang kawan.

Pasal kerja baru lain kali akan aku cerita, bila rasa hati rela nak bercerita. Apa pun keadaanya aku rasakan jauh sungguh perjalanan kerjaya @ kerja aku. Dari minah kilang, ke hospital Muar sebagai pembantu tadbir sambilan, dapat kerja sekarang bermula dari bertugas di negeri, aku bertukar ke  2 daerah, daerah ke ibu Pejabat dan sekarang aku bertugas di kementerian pulak. 

In syaa Allah niat aku, akan aku bantu dan buktikan aku boleh diharap dan boleh buat kerja, masalah bahasa atau bertutur dalam bahasa inggeris itu semua boleh belajar. Selain itu, aku rancang untuk baca buku2 perintah am dan seumpamanya, sebagai persiapan untuk peperiksaan KPSL. Orang kata kalau ada rezeki tak kemana, kalau tak cuba mana nak tahu.

SESEDAP RASA