Rabu, 23 April 2014

Tugas yang penuh cabaran

Emmm.... selesai tugas di Pahang pada 11-20 April yang lalu. Dalam 10 hari ada 5 show, 3 di Lipis, 1 di Raub and last day at Pekan. Tapi kali ini  berbeza dugaannya dari show2 sebelum ni, sungguh!!!! perkara yang cukup mencabar. Hidup aku ni kalau tak de dugaan macam pelik, macam tak best, macam-macam ni aku terasa penat. 


Dah la aku ada tugas luar, di duga dengan tugas @ show di sekitar Putrajaya, yang meetingnya, raptainya hari sebenar. Memang tercabar kesabaran aku, bila dah tak tahan memang le aku merunggut, Aku bukan tak nak bantu, tapi pegawai ni semacam tak faham, mentang-mentang la kita yang buat kije mereka memang tak tahu.

Tugas aku nak uruskan penginapan anggota, nak berhubung dengan hotel, call setiap Daerah nak confrom tempat, adoi!!!! bukan senang punya kije, ingat bila call mesti dapat, ada pegawai yang tak de d pejabat call hendphone tak berangkat... semuanya makan masa. Dah le last minit pengarah kuiri show di Terengganu, memang sepatutnya semua show di pahang, tapi aku tak tau orang lain yang menguruskannya sebelum aku. Terpaksa cari jugak di Pahang call Daerah seperti mana jadual yang dirancang dan di kehendaki BOS. Ini pun satu hal jugak,  aku take over kije orang, bila berlaku pertukaran on the sport aku jadi mangsa. Sakit!!!!!!!! hati. Aku selalu jadi mangsa, kerana sikap orang lain..... huh!!!!!

tempat aku bermalam
Dugaan belum selesai, sebelum bergerak ke Lipis pulak di duga dengan tiada kenderaan untuk aku pergi ke Pahang, artis dan pemuzik dan bergerak awal naik bas.CC yg jaga transport terlepas pandang dia ingat minggu depan aku keluar. Aduhai!!!! masyakAllah kelam kabut, aku ke Pudu central, tak de bas ke Lipis, suruh ke titiwangsa @ petaling untuk ke Lipis. Pergi jugak, oleh kerana dah petang, tiket habis. Aku bergerak pulak ke KL Cetral untuk naik KTM, sebenarnya aku pun tak tau KTM ada laluan ke Lipis, main terjah je, Alhamdulillah ada, berkat niat ikhlas, Akhirnya di permudahkan. Selesai beli tiket sempat makan, penat tak usah cakap, dengan beg baju, beg tangan dengan frist aid kit aku angkut sekali. 8.30 mlm  gerak 5.00 pagi sampai ke lipis.

PPD Lipis yang jemput aku dan hantar ke Hotel Lipis Plaza, dan dia bekas OC di PENTARAMA ni. Oleh kerana dia bekas OC, show di Lipis aku tak buat lawatan tapak 1 perkara lagi aku tak de kenderaan untuk lawat tapak, hanya di Pekan je buat lawatan tapak, nasib baik aku baik dengan JAV, semuanya OK.

Sepanjang aku duk sini hanya artis yang tak boleh masuk ke dunia dia orang ni, dia orang pun kelompok besar, so aku buat kije aku, yang mana ok dengan aku, aku ok je.... tak de le nak hadap sangat. Aku pun boleh menyanyi, aku pun boleh menari.... cuma peluang tu tak ada, dan semuanya dah berlalu, bukan sekarang masanya.

rumah mak Datuk Siti Norhaliza 
Biasa la kan bila out station, bermacam ragam manusia, molot dia orang ni boleh tahan jugak, macam bagus jer, dia orang yang kerja bertahun, menyayi lirik tak ingat vokal tak mantap, menarik step tak ingat, aku masih simpan jer, belum nak lepas dalam briefing. Dia orang memang suka cari salah OC, tapi tak pe, tak salah mengalah, mengalah pun bukan bererti kalah.

Apa yang penting aku siap p merayap @ berjalan ke rumah Mak Datuk Siti Norhaliza, Penyanyi no 1 kita..... hehehe tu!!!!! atas tu rumah baru. Rumah lama dia pun aku tengok.... hahahaha...... bukan ada maknanya pun kan.... tapi saje je..... dah kebetulan berada di lipis, JAV Lipis pulak sporting nak melayan kami.... so dapat lah tengok.


Apa pun keadaan show berjalan seperti biasa di Lipis, tetapi di Raub terpaksa berhenti awal kerana hujan dan lori pentas basah manakala alat muzik pun terkena air, sebelum jadi apa2 stop jer, mohon maaf dengan PPD dan stop. Setiap keputusan yang aku buat, semuanya dengan perbincangan kebetulan bos produksi aku ada, so memang patut stop show. Memang agak sedih jugak sebab sambutan orang ramai sanggat menggalakkan. Ramai menunggu walaupun hujan.

Show kali ini juga artis bermain untuk acara sukaneka 3 game jer, netball dengan boling padang.... 1 game aku tak minat, lau bawah palang@kayu dengan diiringi muzik... tak nak aku segan hahaha... Dan show yang paling memenatkan aku last day bersama UIA.... dengan meeting ringkas dengan Dr. Mahadi J. Murad, berbincang secara terbuka, lawat kawasan dan show sebenar. 

Ini pun 1 hal jugak, kolaberasi (eh!!! betul ke ejaan tu) antara pentarama dan UIA nak di jadikan isu, memang pentarama tak dapat buat show sepenuhnya dan konsep show juga berunsur islamik, so hanya pemilihan lagu berunsur ketuhanan dan kontemperori dipilih dan artis juga memakai pakaian lebih sopan, lucu jugak artis wanita semua bertudung... Senyum je la, Alhamdulillah.

tarian hantu katanya dari penduduk tempatan Kg Baru Salong, Pekan

Aku jadi pakar rujuk pulak dengan budak2 UIA yang sedang mengendalikan show ni, dah macam floor manager le pulak!! maklum dengan PL@pengarah lakon, dengan teknikal, untuk memastikan show berjalan lancar, pada mulanya agak kurang memuaskan, itu pun bukan salah anggota @ kru pentarama, tapi show orang tempatan, tetapi akhirnya semuanya berjalan lancar dan mendapat pujian dari Dr. Mahadi J. Murad,  aku tak kenal siapa dia rasa mcm kounsaulten je, dan rupanya dia bukan calang2 orang. Yang aku yakin dan pasti dia orang yang cerdik pandai la.... bukan macam aku.

Dalam kes dan tugas ini aku banyak menerima, memaklumkan, mencadangkan dan berlemah lembut dengan orang lain khususnya yang tak di kenali. Tak de apa yang nampak macam ada masalah, tapi sedihnya sikap dan perwatakkan dari anggota di Daerah, agak kurang menyenangkan. Keras kepala, emosional tak tentu hala, suruh jadi MC asyik mengelak je, boleh pulak capa aku dengan dia duet jadi MC, at last aku terpaksa berkeras, aku sound je, nak cakap dia sorang perempuan tugas di daerah. eh!!!!! ingat aku dari planet mane, aku pun pernah sorang di daerah sorang FO d daerah, wakil PPD p Meeting, jadi MC dari Sultan Johor, Tim. Perdana Menteri, Menteri Besar, menteri dan sekecil2 majlis. Ok jer, tak de nak tolak2 kije. Bila semasa aku menjalankan tugas, angin, kepala batu memang aku tak tunjuk, aku layan jem ikut kehendak penganjur, adakalanya mencadangkan susun atur acara biar lancar. Haaa!!!! akhirnya orang memuji dan yang penting orang ingat kita. Urusetia dari Pejabat Tanah sangat terkilan bila tau aku bertukar, dia sangat berharap aku boleh lama d Ledang, senang berurusan dengan aku, boleh bertolak ansur. Ingat 1 je la sikap kita akan menjadi KARMA dimana sikap yang baik akan dipandang baik, itu je bukan susah.

dengan artis iqwal, kenal????? artis jemputan, aku pun tak kenal hahaha

Aku masih baru walaupun hampir setahun di sini, tu pun sebab aku di pinjamkan ke cawangan lain. Masih banyak yang aku perlu belajar, dan memperbaiki tugas. Semuanya bergantung kepada tempat. Tapi mereka  yang berkelompok besar ni. memang kurang ajar la, aku sabar je, memandangkan ramai orang tua, dan kerana fikir untuk mudah dapat kerjasama dari dia orang. Tapi sikit2 aku dah mula keras, tengok la bila aku straight dan ikut peraturan betul2 baru tau. Aku memang pesen orang yang ikut low, cari le pasal dengan aku, nanti sorang punya pasal, semua jadi mangsa, dan masa tu jangan marah aku, marah orang yang cari pasal dengan aku. Aku ikut cara betul, ikut peraturan, bila aku lebih kurang aku dicabar, jadi lepas ini, aku ikut low, aku lebih kurang bukan kerana lemah, tapi sebab timbang rasa. Masing2 berangan nak jadi OC pulak. meluat!!!!!

2 ulasan:

  1. Besarnya rumah banglo mak Siti Nurhaliza, kalau saya dapat rumah besar macam tu pun, takut saya...

    Artis Iqwal tu artis mana IDah, tak kenal pun?

    BalasPadam
  2. biasa la misah hadiah dari anak..... anak dia kan kaya....

    Ikhwal nama sebenar dia.... saya pun x kenal misah, tapi bagus low profile je budaknya, kecil je orgnya, rambut dia tu cantik hehehehe nak tau tengok blog dia :

    http://iqwal1malaysia.blogspot.com/

    BalasPadam

SESEDAP RASA