Selesai show |
Tujuan aku untuk mendapat kepastian siapa penerima, bila semua aku dah tau dikira selesai. Memang tak sangka segala mesej yang aku hantar pada zam, di hantar semula kepada bos... Akhirnya aku yang salah, ye la memang aku yang salah. Semuanya aku salah, buat kije pun salah....
tengah pening habis show, moto tak leh start .... |
Aku yang menjadi kepala di Majlis itu, yang berurusan dengan Zam sehari sebelum sehingga maljis selesai. Semuanya tak de masalah. Tapi sayang bila dapat peruntukan sikit pun tak maklum pada aku, bila orang bertanya pada aku seolah2 aku yang bersalah. ini bukan maklumat sulit yang harus dirahsiakan, takkan benda ni pun nak kene ajar. Group dalam whatapp pun ada just info je, bahawa majlis ini menerima peruntukan, akan dimasukkan ke dalam kelab. Susah sangat ke.?????????????????
Aku memang tak puas hati bila aku disalahkan, ye la memang aku salah kerana menghubungi orang luar cawangan ini. Ini kerana aku tak tahu.... Wei!!!! orang bodoh @ tak pandai, di ajar @ belajar dari orang yang pandai @ berilmu. Kalau sama2 bodoh, maknanya tak akan pandai. Begitu juga dengan situasi aku yang menjadi "si bodoh tu" @ tak tahu menahu, jadi orang yang tahu maklum le pada aku. Kenapa??? sebab aku orang bawah, tak de pangkat dan tak penting, so tak perlu tahu.... Ye la.... Tapi sibodoh ini le yang selalu membantu orang cerdik pandai diatas itu, yang kononnya Profesional.... Tapi ......
Oleh kerana bimbang jadi isu, aku disuruh jumpa zam, dengan bos aku @ menerima duit. Hakikatnya zam pun tak puas hati kenapa duit tu masuk tabung sebab duit itu sebagai sagu hati @ sumbangan tanda terima kasih kerana membantu menjayakan majlis Tim. Menteri.
Sakit hati ni aku aje yang tahu. Orang tak tahu betapa kelam kabutnya aku nak mengatur@menguruskan anak aku yang tak ada penjaga ni, surat terima &; arahan keluar sehari sebelum. Aku tak tolak tugas, tak beri alasan. Tapi terus call mak suruh datang Putrajaya. Lawat tempat, keluar surat arahan. Pada hari kejadian @ jumaat aku mintak pelepasan untuk ambik mak kat TBS, tub2 motor aku masalah tak boleh start, aku biarkan dulu semata-mata utamakan kerja.
Sampai mak ke Putrajaya Alhamdulillah, aku kesian jugak kat dia, terkejar2, maklum le orang tua, umur pun dah 75 tahun, tapi nak buat macam mane aku terdesak dan orang tak pernah nak faham masalah aku. Lepas hantar anak ke sekolah dengan berjalan kaki, sebab motor rosak. Sampai opis uruskan apa yang perlu dan bergerak ke UNITEN. Memang happy bekerja pasa masa tu. Balik naik teksi je, sebab motor tak boleh start. Nasib baik kawan free off caj. Selesai.
Tapi siapa sangka rumah siap, pahat berbunyi. Aku sangat terasa bahawa kerja dinilai oleh manusia selalu berlaku ketidakadilan. Tekanan dalam tugas bukan semua orang mampu hadapi. Nasib baik aku bukan orang berada.
Keje kat sini, mesti selalu kena kejar pasal bab bayaran, LO, duit itu duit ini. Mmm....tak kan kita pulak nak keluarkan duit utk bayar program kan??? Gaji pun tak seberapa...nak makan apa pulak.
BalasPadamMak Idah yang dah banyak umurnya sanggup berkorban untuk datang ke Putrajaya menjaga cucunya. Ya Allah...bertuahnya IDah. Mak saya umur baru 68, tapi dah tak nak jaga cucu. Selalu dah sakit2 jer...mak saya pulak tak berani naik bas ke sana sini. Kalau nak kemana-mana mesti anak-anak yang hantar. Bertuah IDah dapat emak yang sanggup berkorban untuk anak dan cucunya.
BalasPadamsaya memang tak sanggup nak susahkan mak misah, tapi da tak de pilihan. diapun kan orang tua, dia kesian jugak kat kita, duduk sorang, tak de sedara, kawan hanya di pejabat jer..... saya seboleh2 mengurangkan mak untuk panggil dia ke sini, kesian... Tu la... alhamdulilillah mak saya masih sihat lagi, masa bawak dia p klinik kesihatan kat putrajaya hari tu staff nurs pun mcm tak caya umur mak saya, mak saya ni misah kuat kije... sakit sikit2 je la sakit kepala.... anak saya tak banyak kerenak, sebelum keluar mesti pesan kat dia jangan susahkan atok dia...
PadamMak saya mmg orang kampung sangat la. Kalau datang rumah saya pun dia cakap Melayu jawa...orang2 lain mana la paham. Cakap Melayu tapi ala-ala jawa... Kadang kelakar juga tengaok, tapi sejak akhir2 ni jer dia selalu demam, darah tinggi naik, kencing manis naik. Mmg duduk rumah jer la jawabnya.
BalasPadammak saya pun darah tinggi misah, walaupun dia kurus, dia mkn jenis tinggi kolestrol saya bising ni banyak kolestrol... hahahaha..... orang tua.... kurang maklumat so kta bagi la tau....
Padam