Khamis, 10 April 2014

Terjaga dan berjaga-jaga


Macam biasa la kan. Tugas. Tugas yang ada tak siap bertambah-tambah lagi tugas. Redha je la walaupun dalam hati panas!!!Tapi panas-panas pun kije jalan, hati mau happy.

Oleh kerana show didalam program kesihatan@PUSPANITA, aku ambil peluang untuk check up, macam2 maklumat kesihatan dan kaunter pemeriksaan kesihatan, kali ni aku buat pemeriksaan dengan Yayasan Jantung Malaysia. Dari timbang berat, ukur tinggi, test darah, siap ukur pinggang dengan punggung pulak tu, lepas tu dapatlah hadiah result kesihatan.dan akhir sekali nasihat dari doktor.


Berita baiknya, berat badan OK dengan BMI, tekanan darah, gula dalam darah, Alhamdulillah. Tapi buruknya, badan aku ni berlemak 30%, adeh!!!!! yang best dotor tu kata pinggang dengan punggung@pinggul x balanced, pinggul besar..... tang situ katanya yang berkumpul lemak..... tersenyum simpul je aku. Tapi dalam hati, punggung pun x de, mana nak datang besaowwnya... hahahhaa perut yang buncit barangkali... 1 lagi apa rupa kalau pinggang dengan punggung sama besar....eeeee serupa tong dram ler... adeh!!! memang tak nak la jawabnya..

Yang best sekali result tu mengesan usia tubuh kita atau metabolic age, sedih!!!! tubuh badan aku tua 2 tahun dari usia@angka sebenar. Walaupun aku nampak lebih muda dari usia heheheh kononnya. Walauapapun memang tak disangkal, aku dah mula sakit2 tumit (mungkin sebab badan berat), penat, letih dengan aktiviti seharian menguruskan rumah, anak, kerja dan diri sendiri. 

Tapi banyak juga ramalan doktor yang bercangah dengan aktiviti aku, dia ingat aku ni kija banyak duduk, memang betul tapi banyak jugak berjalan tak kurang berlari, nak cepat beb. Kat rumah, buat kije rumah, menyapu mengemop, malah aku membasuh baju sekolah asyraaf pun guna tangan baru masuk mesin. Dia kata aku suka makan yang berminyak. Tapi aku masak pun kurang minyak, makan goreng2, macam pisang goreng dan sebagainya kurang. Ada pun ikan goreng, habis tu tak kan nak makan mentah pulak ingat aku kucing... hahahaha... Cuma aku suka makan tongkeng, sup ekor@tulang @gear box... haaa itu tak di nafikan memang banyak lemak. Tapi bukan selalu..... Kadang2 seminggu sekali pun tak.

Apa yang penting dah tau status kesihatan, lepas ni mesti kurangkan pengambilan makanan berminyak. Alhamdulillah aktiviti 2 in , macam ni la memberi aku peluang uat pemeriksaan kesihatan, kalau nak p klinik memang tak la kalau tak sakit....




4 ulasan:

  1. Idah punya keputusan kira ok lagi la. Saya ni siap overweight lagi. Hari tu klinik kesihatan ada buat pemeriksaan kat pejabat, setiap orang dia bukak kan fail. Saya semua ok cuma berat jer melampau2. Lagi satu pinggang saya banyak lemak...yer la lepas bersalin berat tak nak turun, makin naik dan naik dan naik. Bila umur makin banyak, jalan banyak pun kaki dah mula sakit. Mungkin sebab berat badan dah bertambah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la misah dulu zaman anak dara berat 43 jer.... la ni 57 pun da terasan penat bila berjalan.... faktor usia hehehee

      Padam
  2. Sebelum ada anak berat saya 58kg..skrg dah naik ke 70kg..mana tak terkejut....ntah bila nak turun berat ni. Dah macam2 kaedah cuba tapi tak nak turun pun lemak ni. Skrg saya amalkan makan nasi sekali sehari, malam tak makan.....kalau tak turun juga, tak tahu la apa nak buat lagi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dapat nasihat dr. makanan berlemak, minyak, gula dan garam kene kurangkan dan sebenarnya x d syorkan dr. nasi penting jugak.... cuma d syorkan makan sayur & buah banyak@lebih....

      Padam

SESEDAP RASA