Rabu, 30 April 2014

Complain !!!!

Tak senang nak rehat dan mencuci mata kan!!!! tiba2 call dari 05 kodnya perak le tu. Dari sebuah hotel. call mengadu rasa tak puas hati dan nak buat aduan, dan tanya pada siapa harus mengadu. Adeh!!!! kong kang kong kang duk marah rakan seangkatan @ sejawatan aku. Apa lagi aku pun korek la hehehehe..... sekadar ingin tahu. Apa ceritanya biarlah jadi rahsia aku..... 

Selasa, 29 April 2014

Kecoh sekampung


Kecoh!!!! memang Kecoh, 1 cawangan tempat aku ni bila aku melaram, riuh sekampung, kalau aku pakai baju yang bukan baju kurang @ senang cerita catting. Mak ai dia orang, jakun betul. Wal hal kat opis ni artis bukan main bergaya sakan, seksi bagai. Aku kalau setakat nak tunjuk heba, nak tunjuk cantik, nak tunjuk bagus memang tak la.Sebenarnya aku kalau p opis, simple je. Berbaju kurung. Lipstik pun tak pakai hahahaa. Malas la, yang penting anak terurus.  apa pun keadaan asyraaf la yang lebih penting. Sebab tu aku simple je.


Jumaat, 25 April 2014

Aku Takkan Bersuara - Nike Ardilla

hari ini bekerja sambil mendengar lagu, ramai tak de d opis out station ke sungai siput perak, sepatutnya aku yang pergi, tapi tak pe la bagi peluang pada yang lain. Aku ada urusan peribadi. Apa pun dalam banyak2 lagu yang aku dengar hari ini, lagu berjudul Aku Takkan Bersuara - Nike Ardilla jadi pilihan.

Hanya sekadar lagu yang tak ada kene mengena dengan sesiapa pun.... Sekadar hati seorang wanita... dan nyanyian dari seorang wanita yang telah tiada. Al-fatihah untuknya. 




Aku Takkan Bersuara

Izinkan Cintaku
Berbunga Dihatimu 
Biar Terus Mekar 
Jadi kenyataan

 Telah Lama Ku Dahaga 
Belaian Seorang Insan 
Semoga Bersamamu 
Ceria Hidupku

c/o  Ku Tak Akan Bersuara 
Walau Dirimu Kekurangan 
Hanya Setiamu Itu Kuharapkan 

Ku Tak Akan Menduakan 
Walau Kilauan Menggoda 
Kasih Dan Sayangku 
 Tetap Utuh Untukmu 

Hanya Kupinta Darimu 
Setialah Selamanya 
Sehingga Abadi... 
Cinta Ini Sayang 
Itu Kudoakan 

# Tak Mungkin Kan Terjadi 
Kehancuran Cinta Kita 
Andainya Hatimu 
Seperti Hatiku 

Khamis, 24 April 2014

Doa untuk dia

Bujang senang yang manja
Aku ada terbaca beberapa artikel berkaitan doa, khususnya untuk anak. Antaranya petikan artikel tu doakan dengan kuat dan sengaja biar dia dengar. Aku dah cuba praktikkan dan akan menjadikan amalan tapi bukan saje biarkan dia dengar malah dia bersama solat dan tadah tanggan.

Sebenarnya sejak dari dalam perut lagi aku amalkan doa2 yang sesuai untuk ibu mengandung dan doa untuk anak, walaupun masa tu aku tak lihat lagi rupa paras yang tampan lagi menawan  cahaya mata tunggal ni hehehehe.... In Shaa Allah..

Aku tak sangka tersentuh hati Asyraaf bila aku doakan dia, menitis air mata dia, merah hidungnya apabila aku mendoakan dia, khususnya lepas solat subuh supaya terang hati dia untuk menuntut ilmu. Ibu mana tak mau anak berjaya... dan aku pun nak dia doakan aku dimasa akan datang. Jadi doa aku merangkumi semua, untuk aku, untuk dia, untuk atok dia, untuk akak, saudara-mara dan "mereka yang beriman dengan Mu" tak ketinggalan, supaya dia tak mementingkan diri sendiri dan mengigati semua.

MasyakAllah lembut hati anak aku yang masih mentah itu, hati tersentuh hanya dengan doa, bukan di cubit atau dimarah. Sungguh!!!! aku sayang dia, perasaan sayang tu sentiasa ada, walau dia dalam keadaan nakal apalagi dalam keadaan yang menyenangkan. Sayang anak itu tak sama dengan insan lain, seolah kekal dalam hati mungkin sampai mati. 

wajah kesayangan hamba

Ibu mana tak sayang anak, ibu mana tak kenal anaknya. Aku tau dia mendengar kata asal kene dengan cara, degil budak itu perkara biasa. Bila telah menjadi ibu, barulah aku tahu bahawa marah mak kerana sayang bukan benci. dan marah timbul bila hilang rasa sabar, kerana itu sabar ada hadnya. 

Apa pun aku tetap katakan pada Asyraaf supaya dia faham tentang perbuatan aku. Bila aku marah dia memang sedih, tapi bila keadaan reda, aku kata pada dia marah sebab sayang. Sama ada mengaji @ cikgu marah, aku tetap cakap cikgu sayang sebab tu dia marah, sengaja ajar sentiasa positif.

Asyraaf yang semakin membesar, semakin banyak tanya dan banyak cakap. Aku ajar dia tentang perasaan sayang dan rindu selain apa yang patut dia belajar. Sentiasa ingatkan dia tentang tugas aku dan tanggungjawab, apa yang aku buat khususnya yang berlaku depan mata dia, dia tahu ibu dia bukan duduk rumah bersenang lenang, banyak urusan rumah tangga aku lakukan sesama cuti, sedikit sebanyak mengajar dia displin, barang mainan bersepah dia akan kemas lepas main, kalau tak memang aku membebel. Aku sentiasa praktikkan apa-apa maklumat yang aku dapat pada dia. Walaupun jauh dari ayah dia, aku nak pastikan dia cukup kasih sayang walaupun hidup tak cukup sempurna macam kanak2 lain.

tabung Asyraaf dari mula sekolah 5 tahun sampai sekarang.... dah beratus tapi tak di masuk2 ke dalam bank
Aku tetap usaha untuk hidup yang lebih selesa, cuma perlu masa kerana aku sendirian nak menampung pelbagai keperluan. Tapi Alhamdulillah Asyraaf yang sentiasa aku ingatkan dengan usaha dan menyimpan untuk dapatkan sesuatu tak banyak kerenah, dia seolah-olah faham dengan situasi aku. Kadang-kadang aku berjenaka dengan dia, belajar betul2, bila pandai senang dapat kerja, boleh beli kereta, rumah belikan sekali emas untuk ibu hehehehe......

Rabu, 23 April 2014

pore minimizer toner nivea



Dah habis toner dari brand nano white, sekarang bertukar kepada brand nivea. Bermula lah dengan pilihan baru untuk melengkapkan pengunaan pilihan baru dari nivea. Dengan jumlah yang sama, tetapi toner dari nivea ni lebih mudah di buka berbanding toner dari nano white. Baunya pun tak kurang harum. 

Dalam menggunakan sesuatu produk aku mesti nak tau berapa lama penggunaannya dalam sebotol. 


Tugas yang penuh cabaran

Emmm.... selesai tugas di Pahang pada 11-20 April yang lalu. Dalam 10 hari ada 5 show, 3 di Lipis, 1 di Raub and last day at Pekan. Tapi kali ini  berbeza dugaannya dari show2 sebelum ni, sungguh!!!! perkara yang cukup mencabar. Hidup aku ni kalau tak de dugaan macam pelik, macam tak best, macam-macam ni aku terasa penat. 

Khamis, 10 April 2014

Terjaga dan berjaga-jaga


Macam biasa la kan. Tugas. Tugas yang ada tak siap bertambah-tambah lagi tugas. Redha je la walaupun dalam hati panas!!!Tapi panas-panas pun kije jalan, hati mau happy.

Oleh kerana show didalam program kesihatan@PUSPANITA, aku ambil peluang untuk check up, macam2 maklumat kesihatan dan kaunter pemeriksaan kesihatan, kali ni aku buat pemeriksaan dengan Yayasan Jantung Malaysia. Dari timbang berat, ukur tinggi, test darah, siap ukur pinggang dengan punggung pulak tu, lepas tu dapatlah hadiah result kesihatan.dan akhir sekali nasihat dari doktor.

Ahad, 6 April 2014

Krim Siang Dan Krim Malam Nivea



Sebelum ni aku pilih produk nano white, dari pencuci muka, toner, pelembab, krim muka, pencuci mek up, krim mata, masker sampai le ke pengelupas. Serum pernah jugak juga sebotol ke dua tapi tak de apa2 kesan dan mahal, jadi tak la pakai. Aku selalu beli barang masa offer, selalu simpan buat stok, biasa la kalau tak offer mahai... tak boleh tahan.

Oleh sebab mahal la aku tukar ke jenama lain, mula dengan krim siang dan krim malam nivea, ok je tak de masalah. Yang penting lebih murah dari nano white. Aku pilih sebab produk berasaskan air, kalau yang krim yang banyak minyak sangat tak sesuai dengan muka aku ni yang berminyak walaupun nampak kering.

Sekarang ramai menggunakan produk yang popular di FB, tapi aku tak teruja nak try, walaupun teringin nak guna produk yang berasaskan argan. Tapi mahal sungguh harganya. Jadi Nivea pilihan yang mungkin sesuai. 



Jumaat, 4 April 2014

Amalan @ bekalan!!!!!

Alhamdulillah, dapat jugak puasa sunat isnin khamis untuk minggu ni. In syaa Allah akan datang nak puasa lagi. Tiba2 je kan teringin nak puasa sunat dan teringat da lama nak puasa sunat. 

Biasa puasa sunat sebab nak ganti puasa, oleh kerana puasa ganti dah ganti bersama dengan puasa nam shawal lalu, kemahuan untuk berpuasa sunat agak kurang sikit. Tapi bila tiba2 teringat, teringin dan terlaksana syukur sangat, diberikan masa, runag dan peluang.

Rabu, 2 April 2014

Kene Lagi

Selesai show

Eeemmm... pagi2 aku di terjah dengan soalan pasal bayaran show. Aduh!!!! kacau betul,aku tak tau menahu pasal ni, majlis pun da lama berlalu. Aku yang dungun ni tanya la orang yang aku berurusan zam namanya. Aku sangkakan memang tak de sesiapa yang tahu d tempat aku ni.

SESEDAP RASA