Selasa, 28 Januari 2014

Sebulan Telah Berlalu


Untuk tahun 2014 aku dah mula semula buat kira2 untuk bermula gaji bulan Disember. Kos yang di tanggung selama sebulan  iaitu Januari '14 ni berjumlah RM 3533.95, fuyoooooooo!!!! memang banyak sangat.... Dari gaji, duit nafkah anak, sewa rumah, bonus dan OT semuanya termasuk dalam kos ni. 


Memang ternyata bukan mudah untuk menguruskan kewangan, hati memang sentiasa risau, cukup tak cukup untuk sampai ke hujung bulan. Alhamdulillah telah berlalu pun sebulan...

Walaupun aku duduk di kuarters, bukan bererti masuk rumah basuh kaki jer. Aku dalam keadaan yang tak bersedia khususnya dari segi kos atau kewangan aku main redah jer, semua berbajet...... keluar banyak guna duit!! kalau sikit pun, guna duit. Cuma sedikit yg boleh di kongsi....

Inilah bil untuk bulan lalu...
Apabila dapat tawaran menduduki kuarters, pihak BPH akan bagi tempoh sebulan untuk selesaikan utiliti, apa dia??? SYABAS RM 130.00 ( sebelum gaji aku dah bayar x termasuk dalam bajet bulan Jan '14), TNB  RM 253.00, Deposit Kuarters RM 300.00 (ikut kelayakkan Gred, gred tinggi Deposit tinggi begitu sebaliknya, senarai kelayakkan dan bayaran diposit diberikan kepada mereka yang ditawarkan kuarters untuk rujukan) Deposit GAS RM 65.00 manakala caj convert RM 105.00 (ini yang dapur penunu dia 2 tungku kalau lebih lebih jugak cajnya). Tapi yang duduk di kuarters x semua pasang GAS NGV ni... sebab tiada paksaan. Aku bercadang nak pasang lonceng kat rumah ni hehehe.... tapi nanti2 la..



Itu baru pasal rumah @ kuarters..... nak pindah sewa lori lagi ditambah dengan keperluan asas yang perlu dibeli, termasuk la makanan  Maklum la masuk rumah baru. Barang kering, barang dapur perkakas rumah dibeli jugak apa yang perlu. Kunci@ mangga pun keperluan jugak, bukan setakat pintu utama, balkoni je ada 2, tempat sidai baju 1, dapur pun ada grill, aku x letak mangga pun, sebab selalu menggunakan pintu tu lagi pun tempat sidai baju da di mangga In Syaa Allah Selamat.

Haa... tak kira barang keperluan sekolah anak, aku kalau beli barang sekolah anak, pensel sekotak, pemadam seplastik, pembaris pun berbaris hehehe.... pemgorek pun sama mesti lebih dari 1 buat stok, beli 1 jawabnya tak cukup da!!! asyraaf kat sekolah entah apa dia buat kadang pensel hilang, pemadam hilang eh!!! serba serba dihilangkan, sebab tu tiap2 hari aku semak kerja sekolah dia, pencil box dia, termasuk le colour dia... S.K. belanja cuma RM 73.00 je tapi KAFA RM 155.00 ini lom masuk RM 300.00 bayaran untuk setahun di bayar 2 kali, sepertimana jadual yang diberikan.... RM 300.00 tu memang lom bayar lagi. termasuk duit sekolah....

Itulah jadinya kos mencecah RM 35++....... Untuk bulan lalu.

2 ulasan:

  1. Sama la Idah, anak saya pergi sekolah pun hari-hari barang hilang. Kalau setakat pensel dan pemadam hilang tak per la juga...ni sampai pensil warna sekotak pun hilang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. la ye ke..... setakat ni Asyraaf lom berlaku lagi.... setakat hilang sebatang dua tu ada la...

      Padam

SESEDAP RASA