Selasa, 21 Januari 2014

Lepaz Azab!!!!!

walaupun guna rice coocer, masak tetap masak.... di mana ada kemahuan disitu ada jalan...
Alhamdulillah selepas seminggu aku menunggu untuk pemasangan meter gas akhirnya hari di tunggu telah pun tiba, dan seronok memasak untuk bujang aku yang kije dia lepas makan  dia makan, lepas makan dia makan lagi.... eh!!!!! ibu dia makan pun reti berhenti la.... Tolongla!!!!!!



Tapi dalam tempoh seminggu tu antara masa convert gas dengan nak pasang meter hanya hari khamis jer gas pasang. Adoi!!! agak seksa jugak le, nak makan kat kedai mahal wo!!!!!! So masak la untuk berjimat cermat. Maklum la akukan akauntan kewangan keluarga huhu  kalau kerajaan ada bentang bajet setiap tahun, aku pun ada butjet jugak tapi setiap bulan huhuhuhu......kononnya.




Jadi dalam tempoh seminggu nak memasak aku rasa agak kecewa dengan gas. Last2 aku guna rice cooker hahahah!!! nak buat macam mane tak kan nak makan kat kedai, seminggu boleh habis lebih RM100 tu... tengok pulak apa menu.... 

Nabis baik ada ada 2 rice cooker, hadiah masa kawin dulu, dan hadiah masa pindah ke putrajaya, tu pun orang K1M yang buat. si yang baru tu aku buat masak air, yang lama aku buat masak laut dan masak nasi. Memang payah sikit tapi nak buat macam mane, langkah berjimat cermat duit da banyak keluar.




Datangnya idea tu sebab teringat masa aku duk bujang kat Muar bekerja di Hospital Muar. Housemate selalu masak guna rice cooker, ingat untuk masak nasi aje huhu... ye la bimbang kalau rosak ke apa ke kan... tu yang aku guna rice cooker..... Alhamdulillah selesai semuanya.

Yang aku tak puas hati, apasal pulak kat putrajaya pemasangan meter di buat seminggu sekali jer iaitu hari khamis. Walaupun HQ @ petugas dia bekerja di KL.... jauh mane aje KL ke Putrajaya... Kalau jem... dia boleh gerak selepas jam 9.00 pagi... da la masa aku call hot line ke apa ntah!!! atas arahan pejabat Putrajaya, eh!!! dia suruh call putrajaya lagi... wah!!!! apa lagi, hangin da mula nak naik... macam2 pulak... agak pening jugak le dia nak menjawab, untung aku cakap baik2 tapi tegas, maklum la aku da bayar diposit bukan sehari dua, 26 Disember 2013 aku bayar cash!!! ha!!!! bukan hutang.



Buat pemasangan @ convert dapur dari LPG ke NGV pada 9 Januari 2014, tunggu lagi seminggu 16hb, orang minyak datang hahahaha petugas gas malaysia kononnya. Itu pun kata dapur aku tak boleh la, itu la, ini la. Aku tak puas hati, Rosli yang convert dapur tu tak cakap apa pun, dia kata ok tak de masalah, orang tu pun 1 hal jugak mula2 kata nak datang tengok dulu, tub2 terus convert, apa lagi jam2 tu jugak aku p bank keluar duit.



Aje gila, kalau tak boleh aku kene beli dapur baru dan convert semula. Berapa banyak kos lagi tu nak keluar..... aduhai!!! memang macam2 la...Budak tu ikhtiar jugak, dia bukak gas lama2... last2 boleh.... MasyakAllah... syukur Alhamdulillah.... 

Kalau la aku layankan cakap budak gas tu mesti kene tambah kos lagi.... mau menyesal tak sudah.





4 ulasan:

  1. Saya pun lebih suka masak sendiri daripada makan kat luar. Jimat dan boleh makan ikut selera kita. Sekarang ni macam-macam nak kena bayar, kalau makan kat luar jer pun tak boleh tahan juga. Pergi kerja pun saya bawa bekal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la misah, banyak belanja.... nak2 anak dah sekolah, kat putrajaya anak sekolah kafa pun daRM400++ kalau d Johor bayar duit buku je RM100.++ je tu pun kadang2 ada perbelanjaan yg x d duga.....

      Padam
  2. Anak saya baru tadika pun yuran dah RM200... Kalau masuk tadika swasta yurannya dah sama macam daftar Universiti. Masuk tadika Perpaduan jer la, murah dan dekat dengan rumah. Nak pandai bukan kerana tadika tapi kerana diri sendiri. Dulu saya pun tak sekolah tadika, terus masuk darjah satu sebab mak bapak tak mampu. Tapi pandai jer...chewaaahh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. x pe misah, sama je, anak kita kalau terang hati kat mane pun pandai jugak... SK x de yuran duit buku dengan Tshirt sukan sekolah jer... tapi petang KAFA, di sekolah yang sama tapi duit buku, daftar bah2 14+.++ lom yuran 300 setahun.... kalau johor 1++.++ jer.... x pe la yg penting anak saya nak belajar, saya nampak Asyraaf ni mcm cerdik agama matematik.... dia minat

      Padam

SESEDAP RASA